Agama Islam mempunyai sejarah yang lama di China. Agama ini telah wujud sejak Dinasti Tang setelah seorang sahabat Nabi Muhammad, Sayyidina Sa`ad ibn Abi Waqqas, diutuskan sebagai wakil baginda Rasul kepada Maharaja Gaozong pada 650 M. Maharaja itu berkenan dengan agama Islam dan memerintahkan pembinaan masjid yang pertama di China.[1] Sebuah ciri terkenal masyarakat Islam Muslim di China ialah kemunculan imam wanita bagi makmum wanita.[2] Suatu bentuk kaligrafi Islam, Sini, dan telah ditubuhkan dengan baik di China. Haji Nur Din Mi Guangjiang ialah seorang penulis khat sini terkenal menurut tradisi ini. Populasi Muslim di China berkisar 23 juta jiwa pada tahun 2010 yang tersebar diseluruh penjuru negeri.

Muslim di Shanghai.

Sejarah sunting

 
Masjid Agung Xi'an, salah satu masjid tertua di China

Islam pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Sayyidina Uthman ibni Affan r.a., Khalifah Islam, pada 651, lebih kurang dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Rombongan itu diketuai oleh Sayyidina Sa`d ibn Abī Waqqās r.a. , bapa saudara Nabi di sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid di Canton, masjid pertama yang dibina di negara itu. Zaman Dinasti Tang merupakan zaman gemilang di China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Orang-orang Islam yang pertama kali bermastautin di China ialah dari kalangan saudagar Arab dan Parsi.[3] Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut kemudian diubah suai menjadi huihui atau Hui untuk merujuk kepada suku Cina Han yang memeluk agama Islam.

Makanan halal di China sunting

Oleh sebab bilangan penduduk Islam di China barat besar, banyak restoran Cina yang menghidangkan makanan halal. Di kebanyakan bandar raya utama di China, terdapat restoran halal atau gerai makanan milik pendatang dari China Barat seperti Orang Uyghur. Daging kambing biri dan kambing lebih biasa didapati di restoran-restoran tersebut berbanding dengan restoran makanan Cina yang lain disebabkan cita rasa mereka.

Khat sunting

Khat Sini ialah bentuk gaya tulisan Islam Cina untuk skrip Arab. Seni khat ini sering digunakan untuk menghiasi masjid-masjid di China. Salah seorang penulis khat Sini yang terkenal ialah Haji Noor Deen Mi Guangjiang.

Seni bela diri sunting

Masyarakat Hui telah mengubah suai seni bela diri wushu dan melahirkan seni yang baharu seperti bajiquan, piguazhang, dan liuhequan. Ada daerah-daerah utama yang dikenali sebagai pusat wushu Muslim, seperti Daerah Cang di Wilayah Hebei. Seni mempertahankan diri ini berbeza dengan seni yang diamalkan di Xinjiang.[4]

Istilah Cina untuk institusi Islam sunting

Qīngzhēn (清真) ialah suatu istilah bahasa Cina yang boleh merujuk kepada agama Islam, orang Islam atau apa sahaja perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Secara harfiah, qīngzhēn bermaksud "kesucian benar."

Dalam bahawa Cina, makanan halal dikenali sebagai qīngzhēn cài (清真菜) atau "makanan suci lagi benar." Masjid dipanggil qīngzhēn sì (清真寺) atau "tempat ibadat yang suci lagi benar."


Orang Islam yang masyhur di China sunting

Penjelajah sunting

  • Zheng He, Wakil Kerajaan Islam Ming, ahli pelayaran dan pengembara
  • Fei Xin, penterjemah Zheng He
  • Ma Huan, seorang sahabat Zheng He

Ketenteraan sunting

Sarjana dan penulis sunting

Politik sunting

Lain-lain sunting

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ www.orientalarchitecture.com
  2. ^ news.bbc.co.uk
  3. ^ Israeli (2002), pg. 291
  4. ^ "NTU Bajiquan Kungfu Club". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-03. Dicapai pada 2007-09-03.


Pautan luar sunting