Buka menu utama

João Mário Naval da Costa Eduardo (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈʒwɐ̃w̃ ˈmaɾju]; lahir 19 Januari 1993), dikenali sebagai João Mário, merupakan seorang pemain bola sepak Portugal yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Rusia, Lokomotiv Moscow secara pinjaman dari Inter Milan dan untuk pasukan kebangsaan Portugal.

João Mário
Por-Mar (2) (cropped).jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhJoão Mário Naval da Costa Eduardo[1]
Tarikh lahir (1993-01-19) 19 Januari 1993 (umur 26)
Tempat lahirPorto, Portugal
Ketinggian1.73 m[2]
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniLokomotiv Moscow
(dipinjam dari Inter Milan)
Nombor23
Kerjaya remaja
2002–2004Porto
2004–2012Sporting CP
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2011–2016Sporting CP65(11)
2012–2013Sporting CP B44(2)
2014Vitória Setúbal (pinjam)15(0)
2016–Inter Milan64(4)
2018West Ham United (pinjam)13(2)
2019–Lokomotiv Moscow (pinjam)1(0)
Pasukan kebangsaan
2007–2008Portugal U153(0)
2008–2009Portugal B169(3)
2009–2010Portugal B1717(4)
2010–2011Portugal B189(1)
2010–2012Portugal B1917(2)
2012–2013Portugal B2014(1)
2013–2015Portugal B2113(3)
2014–Portugal43(2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 31 Ogos 2019.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 22 Mac 2019

Beliau memulakan kariernya di Sporting Lisbon sejak dari akademi. Beliau telah dipinjamkan ke kelab Vitória de Setúbal pada tahun 2014. Setelah kembali semula ke Sporting, beliau memainkan peranan penting dalam membantu pasukannya menjuarai Piala Portugal 2015.

João Mário melakukan penampilan sulungnya untuk Portugal pada tahun 2014. Beliau telah mewakili Portugal ke kejohanan Piala Dunia 2018 selain membantu Portugal merangkul kejohanan Euro 2016.

Kerjaya kelabSunting

SportingSunting

Selepas mengikuti akademi bersama kelab tempatan iaitu FC Porto, João Mário berpindah ke Sporting Lisbon pada tahu 2004 semasa berusia 11 tahun. Pada 14 Disember 2011, beliau telah dipanggil untuk menghadapi aksi peringkat kumpulan Liga Europa menentang Lazio bersama dengan pemain-pemain muda yang lain seperti Betinho, Ricardo Esgaio, Tiago Ilori dan João Carlos. Hal ini kerana skuad Lions sememangnya telah mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati. Beliau menggantikan Oguchi Onyewu pada minit ke-76 permainan dan perlawanan berkesudahan Sporting tewas 2-0.[3]

João Mário beraksi dalam musim pertamanya ialah sewaktu kempen 2012–13 apabila beliau beraksi dalam 31 perlawanan untuk Sporting Lisbon B dalam Segunda Liga. Pada 8 Januari 2014, beliau telah dipinjamkan ke Vitória untuk diberi peluang bagi beraksi dalam saki baki kempen.[4] Beliau telah diundi sebagai pemain muda terbaik buat bulan Januari dan Februari.[5]

Pada 31 Mei 2015, João Mário beraksi semula bersama skuad Sporting dan telah berpeluang beraksi dalam perlawanan akhir Piala Portugal menentang Braga. Namun, beliau telah dikeluarkan pada minit ke-21 setelah Cédric Soares dibuang padang sekali gus memaksa jurulatih untuk membawa masuk Miguel Lopes bagi mengukuhkan benteng pertahanan. Sporting akhirnya menang dalam penentuan penalti.[6][7]

Inter MilanSunting

Pada 27 Ogos 2016, João Mário melakukan perpindahan ke kelab Serie A, Inter Milan dengan perpindahan yang bernilai €40 juta bersama bonus €5 juta.[8][9] Kemunculang sulungnya di Serie A hadir pada 11 September apabila beliau beraksi sehingga masa penuh ketika menewaskan Pescara 2–1.[10][11] Sementara itu, beliau menjaringkan gol pertamanya di Inter pula pada 16 Oktober ketika menentang Cagliari.[12]

Di bawah kendalian pengurus baru Luciano Spalletti, João Mário kurang diberi peluang untuk meraih minit permainan yang lebih.[13][14] Pada 25 Januari 2018, beliau telah dipinjamkan ke kelab yang beraksi di Liga Perdana Inggeris, West Ham United[15] Kontrak beliau termasuk bayaran €1.5 juta secara pinjaman berserta pilihan untuk membawa masuk pemain itu dengan bayaran sebanyak €40 juta.[16] Beliau telah melakukan penampilan sulungnya dua hari kemudian dengan menggantikan Pablo Zabaleta pada separuh masa ketika menentang Wigan Athletic dalam pusingan keempat Piala FA Inggeris.[17]

João Mário menjaringkan gol pertamanya untuk West Ham pada 31 Mac 2018 dengan membantu pasukannya menewaskan Southampton 3–0.[18] Beliau telah beraksi dalam 14 perlawanan kompetitif dan menjaringkan dua gol. Kariernya di West Ham telah dipuji dengan meluas.[19]

Pada 27 Ogos 2019, João Mário menyertai kelab Rusia, Lokomotiv Moscow secara pinjaman dalam tempoh jangka panjang.[20][21]

Kerjaya antarabangsaSunting

Berasal daripada keturunan Angola,[22] João Mário telah memiliki 82 penampilan untuk pasukan Portugal di peringkat remaja. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior pada 11 Oktober 2014 dengan menggantikan Cristiano Ronaldo ketika perlawanan persahabatan menentang Perancis. Beliau seterusnya dikasari oleh Paul Pogba sekali gus Portugal dianugerahkan tendangan penalti dan disudahkan oleh Ricardo Quaresma namun Portugal tewas 1–2.[23]

João Mário mewakili pasukan bawah-21 Portugal ke Kejohanan Eropah Bawah-21 2015. Beliau menjaringkan gol tunggal permainan dalam perlawanan pembukaan ketika menewaskan England[24] dan pasukannya mengakhiri kejohanan dengan bergelar naib juara.[25] Beliau telah dipilih ke dalam skuad UEFA Euro 2016[26] dan beraksi dalam perlawanan pembukaan kejohanan ketika menentang Iceland.[27] Beliau kemudiannya beraksi dalam tiap-tiap perlawanan Portugal sepanjang kempen termasuk aksi final menentang tuan rumah, Perancis dan berkesudahan Portugal akhirnya bergelar juara Eropah.[28][29]

João Mário menjaringkan gol pertamanya untuk Portugal pada 10 November 2017 dalam perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi.[30] Beliau telah diletakkan ke dalam skuad Portugal bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia.[31]

Statistik kerjayaSunting

KelabSunting

Sehingga 26 Mei 2019.[32]
Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Lain[nb 2] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Sporting Lisbon 2011–12 0 0 0 0 1 0 1 0
2012–13 1 0 0 0 0 0 1 0
2013–14 30 5 6 2 8 0 44 7
2014–15 33 6 2 0 7 1 3 0 46 7
Jumlah 64 11 8 2 16 1 3 0 92 14
  Vitória de Setúbal 2013–14 15 0 0 0 1 0 16 0
  Inter Milan 2016–17 30 3 2 0 0 0 32 3
2017–18 14 0 1 0 15 0
2018–19 20 1 2 0 22 1
Jumlah 64 4 5 0 69 4
  West Ham United 2017–18 13 2 1 0 14 2
  Lokomotiv Moscow 2019–20 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah kerjaya 155 17 14 2 16 1 4 0 188 20
  1. ^ Termasuk kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa
  2. ^ Termasuk kejohanan Piala Super Portugal dan Piala Liga Portugal

AntarabangsaSunting

Sehingga 22 Mac 2019.[33]
Pasukan kebangsaan Portugal
Tahun Kmncln Gol
2014 2 0
2015 4 0
2016 17 0
2017 8 1
2018 11 1
2019 1 0
Jumlah 43 2

Gol antarabangsaSunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
10 November 2017 Viseu, Portugal   Arab Saudi
3–0
3–0
Persahabatan
2
28 Mei 2018 Braga, Portugal   Tunisia
2–0
2–2

PencapaianSunting

CatatanSunting

  1. ^ "Updated squads for 2017/18 Premier League confirmed". Premier League. 2 February 2018. Dicapai 18 February 2018. 
  2. ^ "Joao Mario". Dicapai 25 October 2018. 
  3. ^ "Clinical Lazio through after Sporting triumph". UEFA. 14 December 2011. Dicapai 6 June 2013. 
  4. ^ "João Mário emprestado ao V. Setúbal" [João Mário loaned to V. Setúbal]. O Jogo (dalam bahasa Portugis). 8 January 2014. Dicapai 12 October 2016. 
  5. ^ "João Mário (Vitória de Setúbal) eleito melhor jogador jovem janeiro/fevereiro" [João Mário (Vitória de Setúbal) voted best young player for January/February]. Expresso (dalam bahasa Portugis). 4 March 2014. Dicapai 12 October 2016. 
  6. ^ Godinho, João Paulo (31 May 2015). "Sporting faz a festa da Taça nos penáltis" [Sporting get Cup party going on penalties] (dalam bahasa Portugis). SAPO. Dicapai 19 June 2015. 
  7. ^ "Sporting Lisbon stage remarkable comeback after having man sent off and going 2–0 down after half hour... to win Portuguese Cup on penalties against Braga". Daily Mail. 1 June 2015. Dicapai 21 June 2015. 
  8. ^ "Comunicado" [Announcement] (Siaran akhbar) (dalam bahasa Portugis). Lisbon: Sporting CP. 27 August 2016. Dicapai 11 January 2018. 
  9. ^ "Official: Inter sign Joao Mario". Football Italia. 27 August 2016. Dicapai 27 August 2016. 
  10. ^ "Doppietta di Icardi e l'Inter passa a Pescara" [Icardi brace and Inter takes it in Pescara]. Il Messaggero (dalam bahasa Itali). 11 September 2016. Dicapai 11 September 2016. 
  11. ^ "Pescara-Inter 1–2, doppietta di Icardi" [Pescara-Inter 1–2, Icardi brace] (dalam bahasa Itali). Quotidiano.net. 11 September 2016. Dicapai 11 September 2016. 
  12. ^ "Joao Mario deceives, Melchiorri gives victory to Cagliari". FC Inter News. 16 October 2016. Dicapai 16 October 2016. 
  13. ^ "Inter 'don't want to lose Joao Mario'". Football Italia. 19 December 2017. Dicapai 22 January 2018. 
  14. ^ "Manchester United target Joao Mario won't be leaving Inter Milan, says club director". The Independent. 20 December 2017. Dicapai 22 January 2018. 
  15. ^ "Joao Mario: Inter Milan midfielder completes loan move to West Ham". BBC Sport. 25 January 2018. Dicapai 26 January 2018. 
  16. ^ "Figures behind Joao Mario's West Ham move revealed as player completes medical". Calciomercato. 25 January 2018. Dicapai 26 January 2018. 
  17. ^ "Wigan Athletic 2–0 West Ham United". BBC Sport. 27 January 2018. Dicapai 27 January 2018. 
  18. ^ "West Ham United 3–0 Southampton". BBC Sport. 31 March 2018. Dicapai 5 May 2018. 
  19. ^ Dyer, Ken (29 May 2018). "West Ham keen on second Joao Mario loan". London Evening Standard. Dicapai 3 June 2018. 
  20. ^ "Жоао Марио – в «Локомотиве»!" [João Mário – to Lokomotiv!] (dalam bahasa Rusia). FC Lokomotiv Moscow. 27 August 2019. Dicapai 27 August 2019. 
  21. ^ "João Mário leaves for Lokomotiv Moscow". Inter Milan. 28 August 2019. Dicapai 28 August 2019. 
  22. ^ "A seleção de Portugal de sangue mais africano" [The Portugal national team with the most African blood] (dalam bahasa Portugis). EFE. 9 July 2016. Dicapai 16 October 2017. 
  23. ^ "France 2–1 Portugal: Pogba and Benzema on target for Les Bleus". Goal. 11 October 2014. Dicapai 11 October 2014. 
  24. ^ Jurejko, Jonathan (18 June 2015). "England U21 0–1 Portugal U21". BBC Sport. Dicapai 18 June 2015. 
  25. ^ Kell, Tom (30 June 2015). "Spot-on Sweden beat Portugal to win U21 EURO". UEFA. Dicapai 1 October 2018. 
  26. ^ "Portugal name Bayern Munich signing Renato Sanches for Euros squad". ESPN FC. 17 May 2016. Dicapai 14 June 2016. 
  27. ^ "Ice-cool Iceland claim Portugal point". UEFA. 14 June 2016. Dicapai 14 June 2016. 
  28. ^ "Portugal 1–0 France". BBC Sport. 10 July 2016. Dicapai 27 January 2018. 
  29. ^ "Nine things you didn't know about Joao Mario". West Ham United F.C. 26 January 2018. Dicapai 27 January 2018. 
  30. ^ "Portugal vence Arábia Saudita com golos de Manuel Fernandes, Gonçalo Guedes e João Mário" [Portugal beat Saudi Arabia with goals from Manuel Fernandes, Gonçalo Guedes and João Mário] (dalam bahasa Portugis). SAPO. 10 November 2017. Dicapai 11 November 2017. 
  31. ^ "Nearly half Portugal's Euro squad to miss World Cup". Special Broadcasting Service. 17 May 2018. Dicapai 17 May 2018. 
  32. ^ "João Mário". Soccerway. Dicapai 21 July 2014. 
  33. ^ "João Mário". European Football. Dicapai 27 March 2018. 
  34. ^ "Technical report: European Under-17 & Under-19 Championships" (PDF). UEFA. Dicapai 12 July 2017. 
  35. ^ "Seleção recebe insígnias de Marcelo no Porto" [National team receives insignia from Marcelo in Porto]. Diário de Notícias (dalam bahasa Portugis). 25 August 2016. Dicapai 11 August 2017. 

Pautan luarSunting

Templat:Skuad FC Lokomotiv Moscow