Joanne Yeoh

Electric violinist

Joanne Yeoh (dilahirkan pada tahun 1977) ialah seorang pemain violin wanita Malaysia yang muda dan terkemuka. Dia pernah membuat persembahan di sekurang-kurang 13 buah negara antarabangsa. Pada tahun 2004, dia telah dilantik untuk "Anugerah Pemuda-Pemudi Cemerlang Malaysia" di dalam kategori "Kemajuan Peribadi dan Bakat".

Pendidikan sunting

Joanne ialah pemegang Sarjana Muda Sastera (Kelas Pertama dengan Kepujian) dari Universiti Middlesex, Britain bagi tahun 1998. Selepas penerimaan ijazahnya, dia telah ditawari Biasiswa Ernest Gaunt untuk melanjutkan pendidikannya di Universiti Leeds. Sewaktu belajar di sana, dia juga dilantik untuk menerima Biasiswa Jabatan Luar Negeri dan Komanwel bersamaan "British Council" dan Universiti Leeds. Joanne menerima Saujana dalam Persembahan Muzik (MMus) pada tahun 1999.

Joanne ialah Ahli Agung Kolej Trinity, Britain (Bahagian Piano), dan juga Ahli Agung Kolej Trinity, Britain (Bahagian Violin).

Kerjaya muzik sunting

Semasa membelajari di Britain, Joanne terdapat kesempatan untuk mengambil bahagian dalam beberapa persidangan dan kelas pakar yang diadakan oleh pemain-pemain muzik yang termashyur. Pada musim panas tahun 1998, dia telah menyertai:

Joanne juga bermain peranan yang aktif dalam "Quartet Sorrel" semasa "Perayaan Muzik Tahunan Leeds" pada tahun 1999. Selepas dia kembali ke Malaysia, dia telah mengambil bahagian dalam "Pancaragam Pemuda-Pemudi Negara-Negara Asia (2000)", dan melawati negara-negara Vietnam, Jepun, Australia, Korea dan Hong Kong.

Pada tahun 2002, Joanne mempersembahkan dengan bintang filem yang termashyur, Jacky Cheung, dalam "Persiaran Odyssey Muzik Tahun 2002/03" yang meliputi lebih daripada 40 buah konsert di seluruh dunia. Persiarannya dengan Jacky Cheung termasuk persembahan-persembahan di negara Malaysia, Hong Kong, Singapura, Jepun, China, Taiwan, Brunei, Amerika Syarikat, Britain dan Kanada.

Pada tahun 2003, dia mempersembahkan dengan penyanyi Taiwan yang popular, David Tao, dalam "Persiaran Daya Jiwa Tahun 2003" di negara Hong Kong, Malaysia, Singapura dan Taiwan.

Peristiwa korporat Malaysia dan peristiwa antarabangsa yang Joanne pernah mengambil bahagian, termasuknya:

  • Anugerah-anugerah Video Malaysia
  • Anugerah-anugerah Pemuda-Pemudi Cemerlang Malaysia
  • Majlis Dialog Pemuda-Pemudi Asia
  • Anugerah-anugerah Platinum Hospitaliti Asia (2003)
  • Anugerah-anugerah Antarabangsa Pelancungan Malaysia (2004)
  • Anugerah-anugerah ICT Kawasan Asia Pasifik
  • Anugerah-anugerah Logistik Asia (2004)
  • Majlis Makan Keinsafan Kolej-Kolej Sepakat Antarabangsa (2004).

Pada tahun 2003, Joanne terkarang sebuah buku yang bertajuk "Muzik dalam Konteks Multidisiplin: Penulisan dalam Berbagai Aspek Penyelidikan Muzik", yang diterbitkan oleh Percetakan Universiti Putra Malaysia, Serdang. Dia juga memberi syarahan berkaitan dengan muzik, termasuknya:

  • Faedah dan Batasan Menggunakan Kaedah-kaedah Saintifik Dalam Penyelidikan Persembahan Muzik (2000)
  • Perlukah Wanita-wanita Mempunyai Muzikologi Sendiri? (2001)
  • Kaedah-kaedah Untuk Mengatasi Kegelisahan dalam Persembahan Muzik (2003)
  • Adakah Anda Mangsa Kegelisahan Persembahan? Sebuah Penjelasan Kegelisahan Persembahan (2003)
  • Adakah Muzik Sejenis Bentuk Penghiburan? Menerokai Kuasa-kuasa Tersembunyi Muzik (2004)

Pada tahun 2004, Joanne mengeluarkan sebuah albumnya yang pertama sekali, bertajuk Joanne Yeoh: Denyut Metropolitan, yang mengandungi sembilan buah lagu bahasa Inggeris dan sebuah lagu bahasa Melayu. Dalam tahun yang sama, dia telah dilantik untuk Anugerah Pemuda-Pemudi Cermelang Malaysia dalam kategori "Kemajuan Peribadi dan Bakat".

Pada masa ini, Joanne bersyarah di Bahagian Muzik di Universiti Putra Malaysia.

Pautan luar sunting

http://www.joanneyeoh.com.my