Buka menu utama

Junichiro Koizumi (小泉 純一郎, Koizumi Jun'ichirō, lahir 8 Januari 1942) ialah seorang ahli politik Jepun yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara tersebut dari tahun 2001 sehingga 2006.

Junichiro Koizumi
Junichiro Koizumi (cropped) during arrival ceremony on South Lawn of White House.jpg
Perdana Menteri Jepun ke-87
Dalam jawatan
26 April 2001 – 26 September 2006
RajaAkihito
Didahului olehYoshiro Mori
Digantikan olehShinzo Abe
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri
Dalam jawatan
26 Januari 2002 – 16 Februari 2002
Didahului olehMakiko Tanaka
Digantikan olehYoriko Kawaguchi
Menteri Kesihatan dan Kebajikan
Dalam jawatan
7 November 1996 – 29 Julai 1998
Perdana MenteriRyutaro Hashimoto
Didahului olehNaoto Kan
Digantikan olehSohei Miyashita
Dalam jawatan
27 Disember 1988 – 10 Ogos 1989
Perdana MenteriNoboru Takeshita, Sosuke Uno
Didahului olehTakao Fujimoto
Digantikan olehSaburo Toida
Menteri Pos dan Telekomunikasi
Dalam jawatan
12 Disember 1992 – 20 Julai 1993
Perdana MenteriKiichi Miyazawa
Didahului olehHideo Watanabe
Digantikan olehKiichi Miyazawa
Ahli Parlimen
untuk Ahli Dewan Perwakilan
untuk daerah ke-11 Kanagawa
Dalam jawatan
11 September 2006 – kini
Didahului olehKawasan pengundian baru
Majoriti197,037 (73.16%)
Butiran peribadi
Lahir (1942-01-08) 8 Januari 1942 (umur 77)
Jepun Yokosuka, Kanagawa, Jepun
Parti politikLDP

Koizumi yang dipandang sebagai seorang pemimpin yang degil dalam Parti Demokratik Liberal (LDP) ini menaikkan nama beliau sebagai seorang pembaharu ekonomi yang menumpu perhatian beliau kepada hutang kerajaan Jepun serta penswastaan perkhidmatan pos negara ini. Pada tahun 2005, Koizumi membawa LDP kepada kejayaan memenangi antara majoriti yang terbanyak dalam parlimen dalam sejarah Jepun moden.

Koizumi juga meraih perhatian dunia dengan menghantar Angkatan Pertahanan Diri Jepun ke Iraq, menjadikannya penghantaran tentera Jepun ke luar negara buat julung kalinya sejak Perang Dunia II, dan lawatan-lawatan beliau ke Kuil Yasukuni yang mengakibatkan ketegangan hubungan Jepun dengan China dan Korea Selatan.

Pautan luarSunting