KDB Jerambak adalah kapal ketiga dalam kapal kelas Nakhoda Ragam yang dibina di dermaga BAE System’s Yarrow di Clyde. KDB Jerambak merupakan kapal Peronda Luar Pantai "Offshore Patrol Vessel (OPV)" kepunyaan tentera laut Indonesia yang berkebolehan dengan berat 1,500 tan.

KDB Jerambak merupakan kapal perang tentera laut Diraja Brunei kelas Nakhoda Ragam yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Brunei.

Kapal peronda luar pantai kelas Nakhoda Ragam dibina oleh BAE Systems bagi angkatan laut Diraja Brunei. Kapal pertama dan kedua, KDB Nakhoda Ragam dan KDB Bendahara Sakam, dilancarkan pada Januari dan June 2001 di Limbungan Scotstoun di BAE Systems Marine. Kapal peronda ketiga, KDB Jerambak, dilancarkan pada June 2002. Tentera laut Diraja Brunei akan mengendalikan kapal-kapal tersebut dari pengkalan tentera laut Muara.

Kerajaan British dan Brunei mencapai Persetujuan Bersama "Memorandum of Understanding" pada 1994 bagi kerjasama pertahanan. Brunei mengeluarkan permohonan tender ulangan revised request for tenders (RFT) pada 1995 untuk tiga kapal peronda luar pantai. Pada tahun 1995 ia mengumumkan bahawa BAE Systems (ketika itu GEC Shipbuilders) telah dipilih sebagai kontraktor utama..

Rekabentuk kapal adalah variasi baru keluarga F2000. Automasi aras tinggi di kapal membenarkan ia dikendalikan oleh hanya 79 kakitangan. Kelengkapan disediakan bagi anak kapal dan tambahan 24 orang jika diperlukan.

Kawal dan Perintah

sunting

Kapal peronda KDB Jerambak dilengkapi dengan sistem kawal senjata dan perintah Nautis II yang dibekalkan oleh Alenia Marconi Systems. Nautis II mempunyai konsole pelbagai fungsi untuk menyokong pertempuran dengan ancaman udara, permukaan dan kapal selam. Data di pindah terima dari pengesan kapal dan sistem senjata untuk memberikan paparan zon perang/situasi kawasan operasi termasuk juga navigasi, menjejak sasaran, ancaman, pembahagian senjata dan fungsi kawalan senjata. Sistem perintah dan kawal juga boleh beroperasi dalam mod latihan untuk memberikan pertempuran dan senario rekaan yang sebenar.

Peluru berpandu

sunting

Kapal peronda KDB Jerambak juga dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal MBDA (Aerospatiale) Exocet MM40 Block II missile, dengan jarak berkesan 70km. Data mengenai jarak dan arah di pindah terima kepada komputer pada peluru berpandu. Peluru berpandu itu menggunakan pengendalian pegun "inertial guidance" untuk trajektori fasa kruise dan kemudian pensasar radar aktif dengan kepala pencari denyut tunggal aktif "monopulse". Peluru berpandu sea-skimming menghampiri sasaran pada kelajuan subsonik tinggi, 0.9 Mach. Dua blok dari empat pelancar dipasang bersilang, satu blok menghala ke kiri kapal dan satu ke kanan, pada dek peluru berpandu dibelakang tiang layar utama.

Peluru berpandu darat ke udara KDB Jerambak adalah MBDA (BAE Systems) Seawolf, yang mempunyai jarak sehingga 6km pada kapal terbang atau peluru berpandu. Peluru berpandu ini menggunakan sambungan gelombang mikro sistem kendalian perintah-garis-pandangan dengan penjejak "television" dan radar. Roket tujahan pepejal membekalkan kelajuan Mach 2.5. 16 sel 16-cell Pelancar Menegak "VLS (Vertical Launch System)" dipasang dihadapan dek meriam utama antara meriam utama dan Dek Pemerintah "bridge".

Meriam

sunting

Meriam utama, Oto Melara 76mm Super Rapid, dipasang pada dek meriam hadapan, memberikan pertahanan terhadap sasaran udara dan darat. Kadar tembakan pada 110 biji seminit dan jarak sejauh 16km. Dua meriam MSI Defence DS 30B REMSIG 30mm, dipasang di kedua-dua belah di dek atas belakang ""aft", hadapan dek penerbangan, dan mampu memuntahkan 650 biji seminit sehingga jarak 10km.

Torpedo

sunting

KDB Jerambak dilengkapi dengan tiga tiub torpedo 324mm berkembar yang dibekalkan oleh BAE Systems.

Penangkis

sunting

Kumpulan eletronik tempur termasuk sistem eletronik penilai sokongan "Thales Sensors Cutlass 242" dan penganggu radar Scorpion. Sistem pelancar umpan Super Barricade yang dibekalkan oleh Wallop Defence dipasang dikedua belah dek menara tinggi dibelakang Dek Pemerintah "bridge".

Pesawat Terbang

sunting

Dek penerbangan belakang, anggaran seluas 285m², mempunyai tempat pendaratan tunggal untuk helikopter bersaiz serdahana, seperti S-70B Seahawk. Kapal KDB Jerambak tidak mempunyai kemudahan "hangar".

Sensor

sunting

KDB Jerambak dilengkapi dengan pengarah senjata Radamec 2500 electro-optic, yang merangkumi pencari-jarak laser selamat-mata "eye-safe", TV dan penggambar haba "thermal imager" dan digunakan bagi kawal tembakan meriam dan pengawasan. Sonar frekuensi serdahana yang pasang di badan jenis Thales Underwater Systems TMS 4130C1.

Antena besar empatsegi jalur E- dan F- untuk radar carian udara dan darat, Alenia Marconi Systems (AMS) AWS-9 3D untuk penunjuk sasaran dan pengawasan, dipasang dipuncak menara tiang utama. Sistem radar termasuk dua penjejak radar AMS 1802SW jalur I/J, yang memberikan pemastian sasaran bagi sistem peluru berpandu Seawolf.

Kapal KDB Jerambak dibekalkan kuasa tujahan oleh empat enjin disel MAN 20 RK270 yang memancu dua gandar. KDB Jerambak mampu mencecah kelajuan 30 knot. Jarak pada kelajuan ekonomi 12 knot adalah 5,000 batu nautikal.