Kabinet Ismail Haniyeh pertama

kabinet kerajaan di Palestin

Kerajaaan Pihak Berkuasa Palestin Mac 2006, juga dikenali dengan Kabinet Ismail Haniyeh pertama, ialah sebuah pemerintahan bagi Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin, yang diketuai oleh Ismail Haniyeh, yang mengangkat sumpah pada 29 Mac 2006 dan disusuli dengan kerajaan perpaduan Palestin pada 17 Mac 2007. Pada 25 Januari 2006, Hamas telah memenangi pilihan raya bagi Majlis Perundangan Palestin (PLC) dengan 44.4% undian berbanding 41.4% diperoleh Fatah. Ketuanya, Ismail Haniyeh membentuk kerajaan, yang menggabungkan ahli parlimen Hamas dengan empat orang ahli parlimen bebas, selepas Fatah dan kumpulan lain menolak untuk membentuk kerajaan dengan Hamas. Ini ialah pemerintahan pihak berkuasa Palestin pertama yang diterajui Hamas di wilayah Palestin.[1][2][3][4]

Kabinet Ismail Haniyeh pertama

Kabinet Pihak Berkuasa Palestin Ke-10
Tarikh dibentuk29 Mac 2006
Tarikh dibubarkanMac 2007
Orang dan pertubuhan
Ketua negaraMahmud Abbas
Ketua kerajaanIsmail Haniyeh
Timbalan ketua kerajaanNasiruddin Al-Syair
Bilangan menteri25
Jumlah bilangan menteri25
Parti anggotaHamas
Status dalam badan perundanganPemerintahan majoriti
Parti pembangkangFatah
Ketua pembangkangMahmud Abbas
Sejarah
Pilihan rayaPerundangan 2006
PendahuluKabinet Ahmed Qurei ketiga
PenggantiKabinet Ismail Haniyeh kedua

Pembentukan sunting

Pilihan raya perundangan Palestin yang diadakan pada 25 Januari 2006 telah dimenangi oleh Blok Perubahan dan Pembaharuan yang diterajui Hamas.

Pada 26 Januari 2006, pemimpin Fatah Saeb Erakat berkata partinya tidak mahu menyertai Kerajaan Hamas. Jawatankuasa Pusat Fatah memutuskan bahawa Fatah tidak akan menyertai Kerajaan yang akan dibentuk, tetapi ia bergantung pada keputusan Presiden Mahmud Abbas. Pada 28 Januari 2006, Hamas mengumumkan mereka akan cuba membentuk sebuah kerajaan teknokrat, jika kerajaan bersama Fatah dan kumpulan politik lain tidak berjaya dibentuk. Pada 29 Januari 2006, Ahli parlimen dari Fatah mengesahkan selepas berbincang dengan Mahmud Abbas bahawa blok mereka tidak akan menyertai Hamas dalam sebuah kerajaan campuran dan akan duduk di tempat pembangkang, menolak seruan Hamas untuk membentuk kerjasama politik. Keputusan ini, walau bagaimanapun, tidak dibincangkan dan disahkan oleh Jawatankuasa Pusat Fatah.[5]

Pada 27 Mac 2006, Ismail Haniyeh mengusulkan pembentukan kerajaan baharu, melibatkan anggota Hamas dan empat orang ahli politik bebas, kepada Malis Perundangan Palestin.[6] Pada 28 Mac, kerajaan ini diluluskan oleh PLC dan mengangkat sumpah pada 29 Mac 2006.[7]

Anggota Kabinet sunting

Mac 2006 hingga Mac 2007 [8][9]

Nama Jawatan[Nota 1] Parti
1 Ismail Haniyeh Perdana Menteri   Hamas
Menteri Sukan dan Belia
2 Nasiruddin Al-Syair Timbalan Perdana Menteri   Hamas
Menteri Pendidikan
3 Mahmud al-Zahar Menteri Hal Ehwal Luar   Hamas
4 Omar Abdul Razak Menteri Kewangan   Hamas
5 Said Seyam Menteri Dalam Negeri dan Keselamatan Negara   Hamas
6 Basem Naim Menteri Kesihatan   Hamas
7 Alauddin Al-Araj Menteri Ekonomi   Hamas
8 Fakhri Turkman Menteri Hal Ehwal Masyarakat   Bebas
9 Wasfi Kabha Menteri Hal Ehwal Tahanan   Hamas
10 Yusuf Rizkah Menteri Penerangan   Hamas
11 Mariam Saleh Menteri Hal Ehwal Wanita   Hamas
12 Ahmed Khalidi Menteri Keadilan   Bebas
13 Jamal al-Khudari Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat   Bebas
14 Abdul Rahman Zaidan Menteri Kerja Raya   Hamas
15 Judah George Murqos Menteri Pelancongan   Bebas[Nota 2]
16 Ataallah Abu Al-Sabah Menteri Kebudayaan   Hamas
17 Ziad Al-Zaza Menteri Pengangkutan   Hamas
18 Nayef Rajub Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama   Hamas
19 Samir Abu Eishah Menteri Perancangan   Hamas
20 Mohammad al-Agha Menteri Pertanian   Hamas
21 Khaled Abu Arfah Menteri Negara bagi Hal Ehwal Baitulmaqdis   Hamas
22 Isa Al-Jaabari Menteri Kerajaan Tempatan   Hamas
23 Atif Adwan Menteri Hal Ehwal Pelarian   Hamas
24 Mohammad Barghusi Menteri Buruh   Hamas
25 Mohammed Awad Ketua Setiausaha Majlis Menteri (bertaraf Menteri)   Hamas

Nota sunting

  1. ^ Sesetengah menteri telah ditahan Israel, menyebabkan tugas mereka dipangku oleh menteri lain.
  2. ^ Joudeh George Murqos ialah satu-satunya menteri Kristian dalam kerajaan ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Palestinian PM to quit after poll. BBC, 26 January 2006
  2. ^ Chronological Review of Events Relating to the Question of Palestine Monthly media monitoring review, January 2006. UN, Division for Palestinian Rights, 8 February 2006. Day 26:"Saeb Erakat, who won re-election to the PLC in his home town of Jericho, beating back a challenge from a Hamas candidate, said his party did not want to join a Hamas Government. ... “The Fatah Central Committee has decided that Fatah will not join the next Government,” Intissar Wazir, a member of the Committee, said after the group met to discuss the outcome of the PLC elections. Officials said the ultimate decision on whether Fatah could join a new Government would still depend on PA President Abbas." Day 29: "After talks with PA President Abbas, PLC deputies from Fatah confirmed that their faction would not join Hamas in a coalition Government and would prefer to sit in opposition, despite calls by Hamas for a “political partnership”."
  3. ^ TIMELINE: Key events since 2006. Reuters, 20 June 2007
  4. ^ The Impact of Semi-Presidentialism on Governance in the Palestinian Authority (pdf). Francesco Cavatorta and Robert Elgie. Parliam Affairs (2009). (Also in HTML version) p. 9: Hamas offered Fatah a grand coalition, but Fatah refused"
  5. ^ Chronological Review of Events Relating to the Question of Palestine Monthly media monitoring review, January 2006. UN, Division for Palestinian Rights, 8 February 2006. Day 26:"Saeb Erakat, who won re-election to the PLC in his home town of Jericho, beating back a challenge from a Hamas candidate, said his party did not want to join a Hamas Government. ... “The Fatah Central Committee has decided that Fatah will not join the next Government,” Intissar Wazir, a member of the Committee, said after the group met to discuss the outcome of the PLC elections. Officials said the ultimate decision on whether Fatah could join a new Government would still depend on PA President Abbas." Day 29: "After talks with PA President Abbas, PLC deputies from Fatah confirmed that their faction would not join Hamas in a coalition Government and would prefer to sit in opposition, despite calls by Hamas for a “political partnership”."
  6. ^ The ministerial statement of the new government as read by PM elect Ismail Hanieh in front of the PLC. JMCC, 27 March 2006
  7. ^ US cuts diplomatic ties with Hamas government. Guardian, 29 March 2006
  8. ^ The PA Ministerial Cabinet List March 2006 - March 2007. JMCC. Archived on 4 October 2009
  9. ^ The ministerial statement of the new government as read by PM elect Ismail Hanieh in front of the PLC. JMCC, 27 March 2006