Kamaruzaman Mohamad

Tuan Haji Kamaruzaman Mohamad adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Dalam parti, beliau merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) sehingga tahun 2019. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pensijilan Kayu Malaysia pada 11 Mei 2020 lalu.

Tuan Haji

Kamaruzaman Mohamad

JSM
Pengerusi
Majlis Pensijilan Kayu Malaysia
Memegang jawatan
11 Mei 2020
Didahului olehDatuk Yogeesvaran Kumaraguru
Ketua Penerangan PAS Pusat
Dalam jawatan
2019–2021
Didahului olehNasrudin Hassan
Digantikan olehKhairil Nizam Khirudin
Ketua Pegawai Eksekutif Harakah
Memegang jawatan
2019
Didahului olehZainal Abidin Kidam
Butiran peribadi
Parti politik PAS
PekerjaanAhli politik

Pendidikan & kerjaya sunting

Kamaruzaman merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) (1997) dan Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Sistem Maklumat (2000) dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau memulakan kariernya sebagai Pensyarah dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) di sebuah kolej swasta pada tahun 2000 sebelum meneruskan kerjaya dalam industri perkhidmatan di sektor swasta khusus dalam bidang insurans takaful. Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah sebagai Ketua Bahagian Integrasi Web serta Ketua Bahagian Pengurusan Sistem Maklumat. Kamaruzaman mengasah kemahiran dan kepakarannya dalam bidang jualan, perkhidmatan dan pengurusan sumber manusia ketika berkhidmat di sebuah agensi takaful dan amanah saham pada tahun 2007. Berbekalkan pengalaman serta kebolehan dalam bidang keusahawanan, beliau memulakan perniagaan dalam industri minyak dan gas sejak tahun 2010 sehingga kini (2020)[1].

Politik sunting

Kamaruzaman telah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat pada 2019. Beliau mula menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sejak 2017. Pascapemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2021, beliau telah dipilih sekali lagi sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[2] untuk penggal ketiga.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Darjah kebesaran sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "YBrs Tuan Haji Kamaruzaman Mohamad Dilantik Sebagai Pengerusi MTCC". Malaysian Timber Certification Council. 19 Mei 2020. Dicapai pada 9 Jun 2020.
  2. ^ Nur Fazlizai Ali (7 November 2021). "Muktamar Pas :Tiga penyandang Naib Presiden Pas kekal". Astro Awani. Dicapai pada 15 November 2021.
  3. ^ "Senarai nama penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 - Johan Setia Mahkota" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.