Kampung Durian Hijau, Jerantut

Kampung di Daerah Jerantut

Kampung Durian Hijau merupakan kawasan perkampungan yang terletak di Daerah Jerantut, Pahang iaitu sebuah negeri dalam Malaysia.[1]

Kampung Durian Hijau
Peta Malaysia
Peta Malaysia
Negara Malaysia
Negeri Pahang
DaerahJerantut
KampungKampung Durian Hijau
Pentadbiran
 • Pengerusi JKKKYusri Mat Yusoh
Zon waktuWaktu Piawai Malaysia (MST)
Poskod
27090

Latar belakang sunting

Kampung Durian Hijau mendapatkan namanya dari sepohon pokok Durian yang besar dan sentiasa berbuah lebat. Dipercayai isi buah durian itu berwarna hijau dan disitulah nama kampung ini mendapat namanya. Kampung Durian Hijau terletak di pinggiran Sungai Pahang dan dihuni oleh golongan petani dan nelayan. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terkini ialah Yusri Mat Yusoh.[2]

Kemudahan asas sunting

Tempat beribadah sunting

Kampung Durian Hijau mempunyai satu masjid yang bernama Masjid Kampung Durian Hijau. Ianya digunakan sebagai pusat beribadah masyarakat setempat dan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan seperti ibadah korban. Terdapat juga masjid yang baru dibina dengan ruang yang lebih luas untuk keselesaan penduduk setempat.

Kemudahan masyarakat sunting

  1. Gelanggang Futsal
  2. Dewan serbaguna
  3. Balai raya

Pendidikan sunting

  1. Sekolah Kebangsaan Durian Hijau

Poskod sunting

Poskod yang digunakan bagi Kampung Durian Hijau ialah 27090.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting