Kampung Madras

(Dilencongkan dari Kampung Keling, Medan)

Kampung Madras (dahulunya disebut Kampung Keling) ialah sebuah petempatan seluas sekitar 10 hektar di Medan, Indonesia yang menjadi rumah kepada masyarakat India yang banyak. Kawasan ini terletak di sekitar mukim Medan Polonia dan Medan Petisah. Di kawasan ini, terdapat kuil Hindu yang tertua di Medan iaitu, Kuil Sri Mariamman dan sen bina kuil Cina terbesar di Medan, Vihara Gunung Timur. Selain itu, di Kampung Madras juga terdapat Sekolah Khalsa (sekolah Sikh; sekarang Khalsa English School), yang dulu pernah terkenal kerana merupakan satu-satunya sekolah dengan pelajaran dalam bahasa Inggeris di Medan.

Kampung Madras
Petempatan
Transkripsi lokal
 • Jawiكامڤوڠ مدرس
 • Tamilமதராஸ் கிராமம்
Matarās kirāmam
 • Hindiमद्रास गांव
Madraas ganv
 • Cina馬德拉斯村
Mâ dé lā sī cūn
Nama panggilan: Little India
NegaraIndonesia
ProvinsiSumatra Utara
KotaMedan
KecamatanMedan Polonia
Medan Petisah

Kawasan tersebut awalnya dipanggil "Patisah", namun kemudian terjadi perubahan nama menjadi "Kampung Madras" guna mencerminkan tanah asal para warga keturunan India yang berdiam di sana. Nama "Kampung Madras" ternyata tidak masyhur dan sebaliknya istilah "Kampung Keling" digunakan.[1]

Meskipun hingga tahun 1950-an kawasan ini masih dihuni oleh warga keturunan India dalam jumlah yang besar, sejak itu jumlah tersebut telah berkurang karena keadaan ekonomi yang sulit sehingga membuat mereka mesti berpindah ke kawasan lain. Kampung Madras kini, lebih banyak dihuni oleh warga keturunan Cina daripada India. Sebelumnya khalsa dibuka dan diajar oleh guru-guru yang profesional, dan akhirnya diambil alih oleh orang tidak bertanggung jawab.

Rujukan sunting

  1. ^ "Pallavi Aiyar on Indonesia's Medan city and its deep-rooted Indian connections - The Hindu".