Kampung Lugu

kampung di Daerah Brunei dan Muara, Brunei

Kampung Lugu ialah sebuah kampung dalam Mukim Sengkurong di Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Ia merangkumi petempatan kampung asal Lugu dan kawasan perumahan awam Perumahan Negara Lugu. Poskod bagi Kampung Lugu ialah BG2921.[2][3]

Kampung Lugu
Kampung Lugu is located in Bumi
Kampung Lugu
Kampung Lugu (Bumi)
Koordinat: 4°52′33″N 114°48′12″E / 4.8758°N 114.8032°E / 4.8758; 114.8032Koordinat: 4°52′33″N 114°48′12″E / 4.8758°N 114.8032°E / 4.8758; 114.8032
NegaraBrunei
DaerahBrunei dan Muara
MukimSengkurong
Penduduk
 (2016)[1]
 • Jumlah2,082
Zon waktuUTC+8 (BNT)
Poskod
BG2921

Geografi sunting

Kampung Lugu terletak di bahagian barat Daerah Brunei dan Muara, Brunei, iaitu berdekatan dengan sempadan dengan Daerah Tutong. Petempatan yang terdekat dengan Kampung Lugu ialah Kampung Katimahar iaitu di bahagian selatan.[4] Terdapat dua kawasan petempatan utama dalam Kampung Lugu iaitu kampung Lugu asal yang merangkumi bahagian selatan dan berjiran dengan Kampung Katimahar, dan Perumahan Negara Lugu iaitu kawasan perumahan awam yang terletak di bahagian utara dan dekat dengan Lebuhraya Muara-Tutong (kini Jejambat Lugu).[4]

Perumahan sunting

Selain daripada rumah-rumah persendirian, Kampung Lugu juga mengandungi Perumahan Negara Lugu iaitu sebuah kawasan perumahan awam di bawah skim Rancangan Perumahan Negara (RPN). Skim ini memberi peluang memiliki rumah persendirian bagi rakyat Brunei.[5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 21 Jun 2021.
  2. ^ "postcodes". post.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Julai 2018.
  3. ^ "Kampong Lugu, Sengkurong, Brunei Muara: BG2921". brn.postcodebase.com. Dicapai pada 1 Julai 2018.
  4. ^ a b "Geoportal - Survey Department". survey.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Jun 2018.
  5. ^ "Mengenai Rancangan Perumahan Negara (RPN)". www.mod.gov.bn. Dicapai pada 1 Julai 2018.