Kampung Mensudut Lama

Kampung Mensudut Lama merupakan sebuah kampung yang terletak dalam Mukim Buloh Kasap, Segamat, Johor. Majoriti penduduk di kampung tersebut adalah orang Melayu. Ia terletak berhampiran dengan Gugusan Felda Palong Timur serta berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan dan Pahang. Kampung tersebut mendapat namanya kerana kedudukannya yang berada di sudut paling utara negeri Johor. Kegiatan utama penduduk di sini adalah pertanian serta perladangan getah dan kelapa sawit, di samping penternakan lembu dan juga kambing.

Bagaimana untuk ke sana sunting

Perjalanan ke kampung ini adalah melalui jalan darat, sama ada melalui  J155 Laluan Negeri Johor J155 dari Buloh Kasap ataupun  J157 Laluan Negeri Johor J157 dari Batu Enam, sebelum melalui jalan kampung yang sempit serta hanya boleh dilalui kenderaan ringan. Ia juga dihubungkan ke Felda Palong Timur melalui jalan estet yang kini sudah diturap.

Kemudahan sunting

Terdapat liputan telefon bimbit yang baik di sini dengan adanya menara pemancar telekomunikasi. Selain itu, kampung ini turut dilengkapi bekalan air, elektrik, talian telefon tetap, masjid, balai raya, tadika,sekolah serta Pusat Jalur Lebar Komuniti. Bagi kemudahan kesihatan pula, penduduk terpaksa ke Klinik Desa Kampung Balai Badang atau ke Klinik Kesihatan Palong 4, 5 dan 6. Bagi kes yang lebih serius, pesakit terpaksa dikejarkan ke Hospital Segamat.

Pengangkutan Awam Tiada kemudahan pengangkutan awam di sini.Perkhidmatan bas ekspres mahupun bas henti-henti tidak membuat perkhidmatan ke sini.Penduduk atau orang ramai yang mahu ke kampung ini perlu menggunakan kenderaan mereka sendiri atau sewaan teksi.Perkhidmatan bas ekspres dan keretapi berhenti di bandar Segamat dan dari situ anda boleh mengambil perkhidmatan teksi bagi menuju kesini.Tiada kemudahan homestay atau rumah persinggahan mahupun hotel di sini.

Tempat Menarik sunting

Di kampung ini di katakan terdapat sebuah cerita lagenda yang menarik.Kehebatan Panglima Badoh yang suatu ketika dahulu mendiami kampung ini telah menjadi buah mulut masyarakat setempat.Kehebatan Panglima Badoh menentang tentera siam masih misteri di katakan sehingga kini.Ada sumber yang menyatakan Panglima Badoh telah ghaib sehingga kini.Di sini juga terdapat beberapa tempat yang menarik bagi anda yang gemarkan aktiviti memancing.Datanglah dan cuba rasai kehebatan ikan di sini.Di sini anda masih lagi boleh menikmati dan merasai suasana kampung tradisional yang asli dan tidak banyak terusik.