Kampung Pokok Asam, Jelutong

Kampung Pokok Asam merupakan perkampungan Melayu yang terletak di Jelutong , Pulau Pinang. Seramai 200 penduduknya dijangka terjejas apabila diusir pemaju perumahan.

100 buah rumah di Kampung Tengah di lokasi berhampiran juga akan terjejas berikutan projek komersial oleh sebuah syarikat pemaju lain. Pihak pemaju menawarkan pampasan wang tunai sebanyak RM70,000 bagi setiap rumah yang terlibat dan mengarahkan penduduk mengosongkan kediaman masing-masing serta keluar daripada kawasan tersebut. Penduduk tidak akan mampu membeli rumah bertingkat dengan kos lebih RM800,000 sebuah.

Demonstrasi bantahan sunting

Pada 9 Julai 2010, penduduk mengadakan demonstrasi jalanan di hadapan Masjid Jamek Jelutong selepas solat fardhu Jumaat . Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Pulau Pinang, Norman Zailan. Mereka menentang projek mega yang bakal dijalankan di atas tanah kampung itu. Lantas mereka menghentam kerajaan negeri Pulau Pinang, pimpinan PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Majlis MPPP kononnya bersubahat dengan pemaju mahu menghalau penduduk Melayu dari Kampung Pokok Asam.

Tuduhan UMNO terhadap Pakatan Rakyat dinafikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Jelutong, Mohd Yusof Mohd Noor.Beliau mengatakan bahawa pihak Barisan Nasional sengaja mahu kestabilan kerajaan negeri Pakatan Rakyat terus tergugat, beliau juga berkata bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak membela nasib rakyat ketika merka berkuasa dan beliau menyeru agar Barisan Nasional Buktikan apa yang mereka buat ketika berkuasa dan membantu ketika kemusnahan beberapa buah kampung Melayu di Jelutong sebelum ini.[1]


Rujukan sunting

Pautan luar sunting