Buka menu utama

Kangchenjunga (Nepali: कञ्चनजङ्घा Kanchanjaŋghā) SewaLungma (Limbu) ialah gunung ke-3 tertinggi di dunia selepas Gunung Everest dan K2) dengan ketinggian 8,586 meter (28,169 kaki). Gunung ini juga merupakan gunung ke-2 tertinggi di Nepal. Kangchenjunga bererti "Lima Harta Karun Salji, kerana ia terdiri dari 5 puncak, empat di antaranya mencapai lebih dari 8,450 meter. Harta karun itu melambangkan 5 benda milik dewa iaitu emas, perak, permata, bijian dan kitab suci. Kangchenjunga disebut Sewalungma dalam bahasa Limbu dan dianggap suci dalam tradisi agama Kirant. Tiga dari 5 puncaknya (utama, tengah, dan selatan) membatasi wilayah Sikkim Utara daerah Sikkim, India dan Daerah Taplejung di Nepal, manakala 2 yang lain berada di Daerah Taplejung. Selain itu wilayah ini juga dijadikan Kangchenjunga Conservation Area Project oleh Tabung Alam Sedunia [1] [2] [3] [4] [5], yang melindungi Panda Merah, burung, dan tanaman khas Nepal. Bahagian India juga memiliki wilayah yang dilindungi dalam Taman Nasional Khangchendzonga.

Kangchenjunga
Kangchenjunga.JPG
Kangchenjunga di pagi hari, dari Chouda Pheri, Sikkim
Titik tertinggi
Ketinggian8,586 m (28,169 ka) [1]
Tempat ke-3
Tonjolan3,922 m (12,867 ka) Tempat ke-30
Pengasingan124 kilometer (77 mi)
Senarai8 ribuan
Titik tertinggi negara
Ultra
Geografi
Lokasi India
   Nepal[2]
Induk banjaranHimalaya
Pendakian
Pendakian pertama25 Mei 1955
United Kingdom Joe Brown
United Kingdom George Band
Laluan paling mudahPendakian glasier/salji/ais

Nama-nama puncak:

Nama puncak Tinggi (m) Tinggi (ka)
Kangchenjunga Utama 8,586 28,169
Kangchenjunga Barat (Yalung Kang) 8,505 27,904
Kangchenjunga Tengah 8,482 27,828
Kangchenjunga Selatan 8,494 27,867
Kangbachen 7,903 25,925

RujukanSunting

  1. ^ Angka mengenai ketinggian tepat Kangchenjunga beragam. Ketinggian 8,598 meter (28,209 ka) dan 8,586 m (28,169 ka) sering diberikan. Pada peta rasmi Nepal 1:50.000, tinggi yang lebih rendah diberikan, oleh itu turut digunakan di sini.
  2. ^ Puncak tertinggi berada di perbatasan India dan Nepal. Lihat peta ini.

Pautan luarSunting