Kawasan autonomi di Republik Rakyat China

(Dilencongkan daripada Kawasan berautonomi di China)

Kawasan autonomi (Cina ringkas: 自治区Cina tradisional: 自治區pinyin: zìzhìqù) ialah sejenis subbahagian pentadbiran peringkat pertama di Republik Rakyat China. Seperti wilayah di China, kawasan autonomi ditadbir kerajaan sendiri, tetapi sewajarnya memegang hak perundangan yang lebih. Sebenarnya, kawasan autonomi hanya berhak melantik gabenor (di kalangan golongan minoriti setempat). Di semua kawasan autonomi di China, Setiausaha Parti yang memegang kuasa sebenar berbangsa Cina Han.[1]. Kawasan Autonomi ini ialah entiti minoriti di mana kebanyakan penduduknya adalah kelompok kaum minoriti tertentu. Terdapat lima kawasan autonomi di China, iaitu: orang Tibet di Tibet, orang Zhuang di Guangxi, orang Uyghur di Xinjiang, orang Mongol di Mongolia Dalam, dan orang Hui di Ningxia.

Peta kawasan-kawasan autonomi di Republik Rakyat China
Peta # Nama Bahasa Cina/
pinyin
MT1 Nama
tempatan
(Bahasa)
Sing.2 Ibu wilayah
1 Kawasan Autonomi Xinjiang Uyghur 新疆维吾尔自治区
Xīnjiāng Wéiwú'ěr Zìzhìqū
Uyghur شىنجاڭ ئۇيغۇر ئاپتونوم رايونى
Shinjang Uyghur Aptonom Rayoni
(Uyghur)

Xīn
Urumqi
2 Kawasan Autonomi Mongolia Dalam 内蒙古自治区
Nèiměnggǔ Zìzhìqū
Mongol
Öbür Mongghul-un Öbertegen Jasaqu Orun
(Mongol)

Měng
Hohhot
3 Kawasan Autonomi Tibet 西藏自治区
Xīzàng Zìzhìqū
Tibet བོད་རང་སྐྱོང་ལྗོངས
Bod.raṅ.skyoṅ.ljoṅs
(Tibet)

Zàng
Lhasa
4 Kawasan Autonomi Ningxia Hui 宁夏回族自治区
Níngxià Huízú Zìzhìqū
Hui 宁夏回族自治区
(Cina)
寧 / 宁
Níng
Yinchuan
5 Kawasan Autonomi Guangxi Zhuang 广西壮族自治区
Guǎngxī Zhuàngzú Zìzhìqū
Zhuang Gvangjish Bouxcuengh Swcigih
(Zhuang)

Guì
Nanning
1 Minoriti tentuan.
2 Singkatan.

Rujukan

sunting
  1. ^ Setiausaha parti Xinjiang, Wang Lequan, ialah orang Cina Han: chinavitae.org.
    Setiausaha parti Mongolia Dalam, Chu Bo, ialah orang Cina Han: chinavitae.org.
    Setiausaha parti Ningxia, Chen Jianguo, ialah orang Cina Han: chinavitae.org.
    Setiausaha parti Tibet, Zhang Qingli, ialah orang Cina Han: chinavitae.org.
    Setiausaha parti Guangxi, Guo Shengkun, ialah orang Cina Han: chinavitae.org.

Lihat juga

sunting