Kebun Raya Bogor

taman botani di Indonesia

Kebun Raya Bogor di Indonesia ialah sebuah taman botani yang terletak di Bogor, 60 kilometer (37 bt) ke selatan dari Jakarta pusat. Ia dikendalikan oleh Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia atau LIPI. Taman tersebut terletak di pusat bandar dan bersempadan dengan kawasan istana presiden iaitu Istana Bogor. Ia meliputi kawasan dengan 87 hektar (210 ekar) dan mengandungi 13,983 jenis pokok dan tumbuhan berlainan yang rencam asal usul.

Kebun Raya Bogor
Pintu masuk Kebun Raya Bogor.
Map
JenisTaman botani
Lokasi  Bogor, Jawa Barat
Keluasan87 hektar (210 ekar; 0.87 km2)
Dibangunkan
18 Mei 1817 (1817-05-18)
PengasasCaspar Georg Carl Reinwardt
Dikendalikan olehLembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia
StatusBuka
Capaian transit awam
Bogor
Laman sesawang
kebunraya.id/bogor
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Taman botani ini yang seluas 87 hektar dibina pada tahun 1817, dan merupakan usaha Prof. Dr. Caspar Georg Carl Reinwardt, seorang ahli botani dari Belanda. Terdapat 20,000 tanaman di sini yang tergolong dalam 6,000 spesies.

Sejarah sunting

Latar belakang sunting

 
Tugu ingatan Puan Raffles 1915.

Kawasan yang kini menjadi Taman Botani Bogor ialah sebahagian daripada samida (hutan buatan) yang paling tidak didirikan sekitar era ketika Sri Baduga Maharaja (Prabu Siliwangi, 1474-1513) memerintah Kerajaan Sunda, sesuai dengan yang tertulis pada prasasti Batutulis. Hutan ini dibangunkan untuk mengawasi benih pokok langka.[1] Hutan itu tinggal terbiar selepas kerajaan tersebut runtuh pada abad ke-16. Pada 1744, Syarikat Hindia Timur Belanda mendirikan taman dan rumah agam di tapak yang sekarang menjadi taman botani di Buitenzorg (kini disebut Bogor).

Selepas kejayaan serangan British di Jawa pada 1811, Stamford Raffles dilantik menjadi gabenor leftenan dan beliau menjadikan Istana Buitenzorg sebagai kediamannya. Beliau telah melandskap kembali taman itu menjadi taman ala Inggeris.[2] Isterinya Olivia Mariamne Raffles, meninggal di Buitenzorg pada 26 November 1819 dan dikebumikan di Batavia. Sebuah tugu peringatan didirikan di taman itu untuk memperingatinya.[3]

Bentuk dan susun atur sunting

Kolam Gunting sunting

Di selatan Istana Bogor, kolam buatan ini menjadi habitat bagi hidupan liar di Kebun Raya Bogor. Salah satu penghuni paling ketaranya ialah teratai Victoria amazonica. Benihnya dikirimkan dari Taman Botani Amsterdam pada 1960.[4] Tugu bagi memperingati isteri Raffles dan Reinwardt turut terletak berdekatan kolam.

Perkuburan Belanda sunting

 
Kubur Belanda (Prins, De Eerens) di Taman Botani Bogor

Berdekatan bahagian himpunan buluh Istana Bogor, terdapat perkuburan kecil dengan batu nisan Belanda. Salah satu makam yang ketara kepunyaan seorang gabenor terdahulu, D. J. De Eerens yang menjawat pada 1836 ke 1840. Terdapat 42 nisan dengan 38 orangnya dikenal pasti. Nisan tertuanya bertanggal 2 Mei 1784 yang lepas.[5]

Taman Araceae sunting

Bersebelahan tabung benih taman tersebut, sebuah kawasan yang diperuntukkan bagi spesies tumbuhan Araceae dibangunkan pada 2010. Taman ini terdiri daripada banyak jenis Schismatoglottis, Homalomena, Colocasia dan beberapa jenis pepanjat semacam Philodendron dan Raphidophora. Lebih kurang 10 batang pokok dengan ketinggian lebih daripada 2 meter (6 ka 7 in) ditanam di kawasan ini, berperanan menjadi pelindung terhadap dedahan langsung matahari.[6]

Taman Teijsmann sunting

 
Taman Teijsmann di Taman Botani Bogor.

Sebuah taman kecil dengan susun atur kebun mawar Perancis dibangunkan pada 1884 oleh M. Treub. Sesuai namanya, taman ini dibangunkan menjadi kenangan pada Johannes Elias Teijsmann atas sumbangan beliau dalam perkembangan taman tersebut. Di pusat taman itu, terletak tugu Teijismann, tegak dengan granit dari Berlin.[7]

Anggerik sunting

 
Rumah anggerik di Taman Botani Bogor.

Himpunan anggerik di Taman Botani Bogor lebih tertumpu kepada spesies liar, kira-kira sebilangan 500 spesies daripada lebih 100 genus. Grammatophyllum spesiosum, spesies anggerik terbesar di dunia pun sebahagian daripada himpunan ini. Spesimen yang terlihat dalam himpunan taman ini adalah sama ada spesimen asli yang dikumpulkan dari hutan ataupun anak-anak spesimen tersebut yang telah dibiakkan. Sungguhpun himpunan anggerik di Taman Botani Bogor terbibit lebih awal lagi, ia tidak lengkap sehinggalah 1927 di mana himpunan ini dipindahkan ke rumah hijau.[8]

Pengarah Taman sunting

 
Rudolph Herman Christiaan Carel Scheffer (1844–1880)
  • 1817–1822 : Caspar Georg Carl Reinwardt (1773–1854)
  • 1823–1826 : Carl Ludwig Blume (1789–1862)
  • 1830–1869 : Johannes Elias Teijsmann (1808–1882)
  • 1869–1880 : Rudolph Herman Christiaan Carel Scheffer (1844–1880)
  • 1880–1910 : Melchior Treub (1851–1910)
  • 1910–1918 : J.C. Koningsberger
  • 1918–1932 : Willem Marius Docters van Leeuwen (1880–1960)
  • 1932–1939 : K.W. Dammerman
  • 1939–1940 : L.G.M. Baas Becking
  • 1940–1941 : T.H. Honert
  • 1941–1943 : Dirk Fok van Slooten (1891–1953)
  • 1943–1945 : Takenoshin Nakai (1882–1952)
  • 1946–1948 : L.G.M. Baas Becking
  • 1948–1949 : Dirk Fok van Slooten
  • 1949–1959 : Kusnoto Setyodiwirjo
  • 1959–1969 : Soedjana Kassan
  • 1969–1981 : Didin Sastrapradja
  • 1981–1983 : Made Sri Prana
  • 1983–1987 : Usep Sutisna
  • 1987–1990 : Sampurno Kadarsan
  • 1990-1997 : Suhirman
  • 1997-2002 : Dedi Darnaedi
  • 2002-2008 : Irawati
  • 2008-2013 : Mustaid Siregar
  • 2013-2019 : Didik Widyatmoko
  • 2019–sekarang : R. Hendrian

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Masatoshi Iguchi (1999). Java Essay: The History and Culture of a Southern Country. Masatoshi Iguchi. m/s. 161–163. ISBN 978-1784621513. Dicapai pada Februari 19, 2015.
  2. ^ Sejarah Kebun Raya Bogor, krbogor.lipi.go.id
  3. ^ KERKHOF IN DE PLANTENTUIN (KEBUN RAYA) VAN BUITENZORG (BOGOR) IN WEST-JAVA Diarkibkan 2015-02-17 di Wayback Machine, dodenakkers.nl
  4. ^ Wah! Ada Teratai Raksasa dari Amazon di Kebun Raya Bogor. Detik, November 3, 2014.
  5. ^ Raya-LIPI, PKT Kebun. "Komplek pemakaman belanda".
  6. ^ Raya-LIPI, PKT Kebun. "Taman Araceae".
  7. ^ Raya-LIPI, PKT Kebun. "Taman Teisjmann".
  8. ^ Orchid Collection Diarkibkan Julai 21, 2011, di Wayback Machine