Araceae[1] adalah merupakan sebuah keluarga tumbuhan berbunga kotiledon tunggal yang dapat dikenal dengan mudah melalui perbungaannya (inflorence) yang berbentuk seludang (spadiks). Terdapat sekitar 114 genus dan 3750 spesies Araceae yang diketahui di seluruh dunia. Famili ini turut dikenali selaku keluarga Arum, keluarga Keladi-keladian[2] atau suku Talas-talasan (terutama di Indonesia)[3].

Araceae (Keladian)
Alocasia macrorrhiza BotGardBln1105InflorescenceLeavesHabitus.jpg
Pokok Alocasia macrorrhizos
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga

Beberapa tumbuhan yang sedia dikenal umum termasuklah pokok keladi, talas dan birah (mencangkupi genus Caladium, Colocasia, Alocasia dan Xanthosoma), tumbuhan lekir (Amorphophallus), tumbuhan terapung seperti kiambang (Pistia) dan sesudu itik (Lemna), pokok gegeli (Lasia), bunga Anthurium dan Arum serta lain-lain lagi[4][5]. Kebanyakan genus dan spesies dalam keluarga ini adalah jenis yang beracun lantaran mengandung sejumlah kristal kalsium oksalat yang boleh menyebabkan kecederaan. Beberapa spesies pula adalah berguna sebagai bahan makanan sekiranya disediakan dengan langkah-langkah yang betul.

GaleriSunting

Keluarga Keladian
Bunga selundang Syngonium podophyllum yang berbentuk centung atau gayung
Daun Philodendron bipinnatifidum yang bercabang-cabang
Pokok Sirih gading,
Epipremnum aureum
Talas ubi, Colocasia esculenta, tumbuhan Araceae yang dapat dimakan
Tumbuhan berbunga terkecil di dunia, Wolffia globosa
Bunga bangkai, bunga majmuk terbesar di dunia,

RujukanSunting