Kemalangan helikopter Lumut 2024

Pada 9:32 pagi (Waktu Piawai Malaysia) 23 April 2024, dua helikopter ketenteraan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung di udara ketika raptai persembahan. 10 orang dalam kedua-dua helikopter maut dalam kejadian.

Kemalangan
Tarikh23 April 2024 (2024-04-23)
RingkasanPerlanggaran di udara
Tapak kejadianPangkalan TLDM Lumut, Lumut, Perak, Malaysia
4°13′19″N 100°36′18″E / 4.222°N 100.605°E / 4.222; 100.605
Jumlah kematian10
Jumlah terselamat0
Pesawat pertama
JenisEurocopter Fennec
PengendaliTentera Laut Diraja Malaysia
Kod pendaftaranM502-6
Asal penerbanganLapangan Terbang Sitiawan
DestinasiPangkalan TLDM Lumut
Anak kapal3
Kematian3
Terselamat0
Pesawat kedua
JenisAgustaWestland AW139
PengendaliTentera Laut Diraja Malaysia
Kod pendaftaranM503-3
Asal penerbanganLapangan Terbang Sitiawan
DestinasiPangkalan TLDM Lumut
Anak kapal7
Kematian7
Terselamat0
Di darat
Kecederaan di darat1

Latar belakang sunting

Pada 23 April 2024, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM di Lumut, Perak, sedang melaksanakan raptai sempena hari ulang tahun ke-90 TLDM. Kemalangan melibatkan sebuah helikopter Eurocopter Fennec dan sebuah helikopter AW139, kedua-duanya milik TLDM, dan berlepas dari Lapangan Terbang Sitiawan. Ketika raptai, kedua-dua helikopter hilang kawalan ketika ingin melatih raptai lintas hormat lalu berlanggar.[1] Helikopter Fennec kemudiannya terhempas di kompleks sukan TLDM, manakala AW139 pula terhempas di Stadium TLDM.[2]

Mangsa sunting

10 orang tentera dalam kedua-dua helikopter terkorban ketika kejadian, dengan tiada penumpang yang terselamat. Mayat-mayat mangsa kemudiannya dibawa ke hospital tentera Lumut, sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.[3] Di samping itu, seorang anggota TLDM di kolam renang berdekatan tercedera akibat terkena serpihan perlanggaran.[4]

Senarai nama mangsa nahas sunting

AgustaWestland AW139 (M503-3)

  1. Komander Muhammad Firdaus bin Ramli
  2. Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal bin Wan Zainal Abidin
  3. Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris bin Mohamad Marzukhi
  4. Pegawai Waran III (AQM) Muhammad Faisol bin Tamadun.
  5. Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi binti Mohd Saedy (Penumpang)
  6. Bintara Muda TNL Noor Rahiza binti Anuar (Penumpang)
  7. Laskar Kanan JJM Joanna Felicia anak Rohna (Penumpang)

Eurocopter Fennec (M502-6)

  1. Komander Muhamad Amir bin Mohamad TLDM - PM Skuadron 502.
  2. Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan TLDM.
  3. Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan bin Mohd Termizi.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "TERKINI: 10 korban dua helikopter bertembung di Lumut". Berita Harian. 23 April 2024. Dicapai pada 23 April 2024.
  2. ^ "'Lambaian terakhir buat pesawat HOM-AW139'". Berita Harian. 23 April 2024. Dicapai pada 23 April 2024.
  3. ^ Muhammad Zulsyamini Sufian Suri (23 April 2024). "Nahas helikopter TLDM: Tujuh mangsa lelaki, tiga wanita, dibedah siasat di HRPB - Polis". Berita Harian. Dicapai pada 23 April 2024.
  4. ^ Nor Azizah Mokhtar (23 April 2024). "TERKINI: Anggota TLDM dalam kolam renang turut cedera terkena serpihan helikopter". Berita Harian. Dicapai pada 23 April 2024.
  5. ^ Reporters, F. M. T. (2024-04-23). "Navy reveals identities of Lumut helicopter crash victims". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-23.