Keppel Corporation

Keppel Corporation (juga dikenali sebagai Keppel Corp) ialah konglomerat Singapura yang beribu pejabat di Keppel Bay Tower, HarbourFront. Syarikat ini terdiri daripada beberapa perniagaan sekutu yang mengkhususkan dalam perniagaan luar pantai & marin, harta, infrastruktur dan pengurusan aset.[1]

Keppel Corporation
Jenis/bentuk sahAwam (SGX: BN4)
ISINSG1U68934629 Sunting ini di Wikidata
IndustriPesisir Laut & Marin
Hartanah
Infrastruktur
Pelaburan
Ditubuhkan1968; 56 tahun yang lalu (1968)
Ibu pejabatKeppel Bay Tower, HarbourFront, Singapura
Kawasan perkhidmatan30 negara
Tokoh pentingDr Lee Boon Yang (Pengerusi)
Loh Chin Hua (CEO)
Bilangan kakitanganSeramai 30,000
PembahagianKeppel Offshore & Marine
Keppel Land
Keppel Bay
Keppel Infrastructure Holdings
Keppel Telecommunications & Transportation
Keppel Capital Holdings
Tapak webwww.kepcorp.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Syarikat ini diasaskan pada tahun 1968 sebagai Keppel Shipyard di Pelabuhan Keppel yang terletak di Tanjong Pagar sebelum beralih ke Jurong, di mana syarikat ini berfokus pada aktiviti luar pesisir dan laut. Anak syarikat Keppel termasuk Keppel Offshore & Marine (pembina pelantar minyak terbesar dunia)[2] dan Keppel Land (pemaju hartanah pelbagai paling mampan ke-2 dunia).[3]

Anak syarikat sunting

Kumpulan Syarikat Keppel merangkumi anak syarikat, syarikat bersekutu, serta pegangan saham dalam syarikat lain.

Anak syarikat utama sunting

  • Keppel Offshore & Marine
    • Keppel FELS
    • Keppel Singmarine
    • Keppel Shipyard
  • Keppel Land
  • Keppel Bay
  • Keppel Infrastructure Holdings
  • Keppel Telekomunikasi & Pengangkutan
  • Keppel Capital Holdings

Anak-anak syarikat milik penuh dan pegangan saham dalam syarikat-syarikat lain sunting

Nama syarikat Negara Kepentingan saham
Keppel Telecommunications & Transport Singapura 80%
Keppel REIT Singapura 46%
k1 Ventures Limited Singapura 36%
M1 Limited Singapura 19%
Sino-Singapore Tianjin Eco-City Investment and Development China 50%
Nakilat - Keppel Offshore & Marine (N-KOM) [4] Qatar 20%

Siasatan rasuah sunting

Dalam kenyataan akhbar selepas anak syarikat Amerika mengaku bersalah di mahkamah persekutuan di Brooklyn, New York, pendakwa AS berkata unit Keppel membayar kira-kira $55 juta untuk memenangi 13 kontrak dengan Petrobras dan syarikat lain. Pembayaran melalui satu siri syarikat cengkerang adalah rasuah yang menyamar sebagai perjanjian perundingan. Keppel Offshore & Marine USA mengaku bersalah terhadap skim rasuah yang berlarutan selama lebih kurang sedekad, sementara syarikat induk, Keppel Offshore & Marine yang berpangkalan di Singapura memeterai perjanjian pendakwaan tertunda dengan kerajaan. Ia bersetuju untuk membayar $ 422 juta untuk menamatkan siasatan rasuah AS.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Keppel Corp's Q3 profit soars 32 per cent". AsiaOne. Oct 20, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-21. Dicapai pada 15 July 2016.
  2. ^ "Keppel unit in Guinness World Records as largest offshore rig manufacturer". The Straits Times. Dicapai pada March 15, 2017.
  3. ^ "CapitaLand, Keppel Corp lauded for sustainable practices". The Straits Times. Dicapai pada March 15, 2017.
  4. ^ "Nakilat-Keppel O&M". Keppel Offshore & Marine. Dicapai pada 2016-08-08.
  5. ^ "Keppel Offshore to Pay $422 Million to End Bribery Probe". 22 December 2017. Dicapai pada 21 April 2018.

Pautan luar sunting