Kerakyatan (bahasa Inggeris: nationality) merupakan hubungan di sisi undang-undang antara seseorang dengan sebuah negara. Jika sebuah negara hanya mempunyai satu sistem undang-undang, undang-undang itu akan bersepadan dengan persepsi yang umum, akan tetapi jika negara itu dibahagikan kepada negeri-negeri yang berasingan, peraturan yang berbeza-berbeza akan terjadi.

<font-size=1px>Konflik Undang-undang
Perkara awal
Pencirian  · Soalan kebetulan
Renvoi  · Pilihan undang-undang
Konflik undang-undang di Amerika Syarikat
Dasar awam  · Persidangan Hague
Unsur-unsur takrif
Negara  · Bidang kuasa  · Tatacara
Forum non conveniens  · Lex causae
Lex fori  · Menengok-nengok forum
Faktor penghubung
Mastautin  · Lex domicilii
Kediaman kebiasaan
Kerakyatan  · Lex patriae
Lex loci arbitri  · Lex situs
Lex loci contractus
Lex loci delicti commissi
Lex loci solutionis  · Undang-undang wajar
Lex loci celebrationis
Fasal pemilihan undang-undang
Fasal pemilihan forum
Bidang undang-undang substantif
Taraf  · Keupayaan  · Kontrak  · Tort
Perkahwinan  · Pembatalan  · Perceraian
Mendapat perceraian  · Perceraian Talaq
Harta  · Pewarisan
Penguatkuasaan
Penguatkuasaan keputusan mahkamah
asing

Dalam common law British, setiap orang akan memperolehi mastautin sewaktu dilahir. Ini merupakan hubungan antara seseorang dengan sistem undang-undang yang tertentu. Justera itu, seseorang mungkin mempunyai kerakyatan Australia tetapi bermastautin di New South Wales, ataupun seseorang mempunyai kerakyatan Amerika Syarikat tetapi bermastautin di Arizona. Orang itu masih ditakluk oleh bidang kuasa negeri (lex domicilii dalam Konflik Undang-Undang) bagi tujuan menentukan taraf dan keupayaannya (di sisi undang-undang) sewaktu dia keluar daripada kawasan negerinya; sebagai pertukaran, individu itu berhak mendapat perlindungan negeri, serta hak-hak yang lain. Ini adalah aspek dasar awam parens patriae yang berasal daripada kontrak sosial. Dalam sistem undang-undang sivil Eropah, undang-undang kerakyatan (dikenali sebagai lex patriae) ataupun undang-undang bagi tempat yang biasa didiaminya selalunya digunakan untuk menentukan taraf dan keupayaan (di sisi undang-undang) seseorang berbanding kegunaan domisilnya. Pada umumnya, setiap rakyat mempunyai hak kediaman dalam kawasan negaranya, walaupun terdapatnya beberapa kekecualian (umpamanya, Undang-undang Kerakyatan British).

Kerakyatan harus dibezakan daripada kewarganegaraan: seorang warganegara mempunyai hak-hak untuk menyertai bidang politik negerinya, seperti mengundi ataupun menjadi calon pilihan raya; sebaliknya, seorang rakyat tidak seharusnya mempunyai hak-hak tersebut, walaupun biasanya mereka mempunyainya.

Mengikut tradisi, di bawah undang-undang antarabangsa dan Konflik Undang-undang, adalah hak sesuatu negeri untuk menentukan siapakah yang merupakan rakyatnya. Bagaimanapun pada hari ini, undang-undang kerakyatan semakin berkuat kuasa, umpamanya berbagai-bagai konvensyen mengenai ketidaknegaraan, dan "Konvensyen Eropah mengenai Kerakyatan".

Kerakyatan biasanya boleh diperolehi melalui jus soli, jus sanguinis ataupun pewarganegaraan.

Sebahagian negara-negara tidak membenarkan kerakyatan duaan, sedangkan yang lain hanya membenarkan bentuk kerakyatan duaan yang terhad (umpamanya undang-undang kerakyatan India dan undang-undang kerakyatan Afrika Selatan). Seseorang yang bukan rakyat mana-mana satu negeri dirujuk sebagai "orang yang tidak bernegara".

Kerakyatan sebuah entiti sah (umpamanya, perbadanan) biasanya ialah negeri di bawah undang-undang yang mana entiti itu didaftar.


Penggunaan alternatif sunting

Di banyak kawasan dalam dunia yang tidak bertutur dalam bahasa Inggeris, perkataan seketurunan untuk 'kerakyatan' dalam bahasa tempatan merupakan sinonim untuk keetnikan. Ini adalah kerana negara boleh ditakrifkan sebagai sebuah perkumpulan yang berdasarkan kepada penentuan diri berbanding hubungan mereka dengan negara itu. Umpamanya, ramai orang mengatakan bahawa mereka adalah Kurd, iaitu rakyat Kurdistan, walaupun Kurdistan bukannya sebuah negara.

Dalam konteks bekas Kesatuan Soviet dan bekas Yugoslavia, 'kerakyatan' sering dipergunakan untuk terjemahan bagi nacional'nost' dalam bahasa Rusia dan nacional'nost', narodnost dalam bahasa Serbia yang digunakan untuk kelompok etnik dalam (bekas) negara itu. Serupa juga, istilah "kerakyataan China" merujuk kepada kelompok etnik di China.

Pautan luar sunting

Sila lihat sunting