Kesatuan Sains Geologi Antarabangsa

Kesatuan Sains Geologi Antarabangsa (IUGS) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang menumpukan kerjasama antarabangsa dalam bidang geologi.[1] Sehingga 2023, ia mewakili lebih daripada 1 juta ahli geosains di seluruh dunia.[2]

Kesatuan Sains Geologi Antarabangsa
Kerangka
KependekanIUGS
Jenis/bentuk sahINGO, pertubuhan rasmi
BidangGeologi Sunting ini di Wikidata
Anggota bagiMajlis Sains Antarabangsa, Jawatankuasa mengenai Penyelidikan Angkasa, Majlis Sains Antarabangsa (2022) Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.iugs.org Sunting ini di Wikidata
Facebook: iugspage Twitter: theiugs Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk1961; 63 tahun yang lalu (1961)
Pengurusan
PresidenQiuming Cheng (Kanada/China)
Tokoh penting
  • Stanley Finney
    (Setiausaha Umum)
  • Hiroshi Kitazato
    (Bendahari)
Organisasi indukMajlis Sains Antarabangsa (ISC)
SubsidiariCommission for the Management and Application of Geoscience Information, International Geological Congress, Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa, Geoscience Education, Training and Technology Transfer, International Commission on the History of Geological Sciences Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatDitubuhkan di Paris, Perancis, sekretariat di Beijing, China
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tentang sunting

IUGS telah diasaskan pada tahun 1961 untuk memastikan kerjasama berterusan antara pelbagai Kongres Geologi Antarabangsa, yang telah berlangsung setiap empat tahun sejak 1875. Ia merupakan ahli Kesatuan Saintifik Majlis Sains Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Science Council; ISC),[3] dahulunya International Council for Science (ICSU), yang diiktiraf sebagai badan penyelaras untuk organisasi sains antarabangsa. Pada masa ini terdapat pewakilan ahli geologi meliputi 121 negara (dan wilayah) dalam IUGS. Pelbagai topik saintifik diliputi oleh suruhanjaya, kumpulan tugas, program bersama dan organisasi gabungannya. IUGS mempromosi dan menggalakkan kajian masalah geologi, terutamanya yang mempunyai kepentingan di seluruh dunia, dan menyokong serta memudahkan kerjasama antarabangsa dan kerjasama antara disiplin berkaitan sains bumi.[4] Sekretariat Kesatuan kini terletak di Akademi Sains Geologi China di Beijing, China.

Aktiviti sunting

IUGS merupakan rakan kongsi bersama UNESCO untuk Program Geosains Antarabangsa (IGCP) dan turut mengambil bahagian dalam Rangkaian Taman Geologi Global (GGN). Persatuan Geologi London menyelia pengeluaran dan pengedaran Penerbitan IUGS. Persatuan Geologi India menghasil dan mengedarkan jurnal suku tahunan Kesatuan, bertajuk <i id="mwIg">Episod</i>, serta menyediakan sokongan editorial. Pihak yang berminat boleh memuat turun keluaran terbaru Episod secara percuma.[5]

Suruhanjaya sunting

IUGS mempunyai tujuh suruhanjaya antarabangsa di bawahnya, meliputi topik berikut:

  • Suruhanjaya Pengurusan dan Penggunaan Maklumat Geosains (CGI)
  • Pendidikan, Latihan dan Pemindahan Teknologi Geosains (COGE)
  • Geosains Pengurusan Alam Sekitar (GEM)
  • Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa (ICS)
  • Suruhanjaya Sejarah Sains Geologi Antarabangsa (INHIGEO)
  • Suruhanjaya Tektonik dan Geologi Struktur (TECTASK)
  • Suruhanjaya Garis Pangkal Geokimia Global (CGGB)

Suruhanjaya terakhir (CGGB) merupakan suruhanjaya yang termuda: penubuhannya telah diluluskan pada 31 Ogos 2016 di Cape Town pada Sesi Biasa Keempat mesyuarat Majlis IUGS. Ia telah menjadi kumpulan tugas sejak 1998, dengan pendahulunya wujud sejak 1988.

Kongres Geologi Antarabangsa sunting

 
Setem India dikeluarkan pada malam Kongres Geologi Antarabangsa ke-22 pada tahun 1964.

Kesatuan Sains Geologi Antarabangsa merupakan penaja saintifik utama Kongres Geologi Antarabangsa[6] (IGC), yang berlangsung setiap empat tahun. Kongres pertama diadakan di Perancis pada tahun 1878[7] yang melibatkan beberapa ahli geosains berkumpul untuk berkongsi penemuan baru dan tujuannya adalah untuk mewujudkan rangka kerja dan platform untuk ahli geosains bertemu pada selang masa yang tetap. Acara ini telah berkembang lebih besar dengan setiap kongres.

Brisbane menjadi tuan rumah kongres sesi ke-34 pada Ogos 2012[8] dan Cape Town pula merupakan tuan rumah untuk sesi ke-35 pada 2016.[9] Delhi sepatutnya menjadi tuan rumah yang ke-36 pada Mac 2020 sebagai usaha kerjasama antara Bangladesh, India, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka. Disebabkan COVID-19, kongres telah ditangguhkan dua kali dan kini dijadualkan semula pada Ogos 2021. Temanya ialah "Geosains: Sains Asas untuk Masa Hadapan yang Mampan".[10]

100 Tapak Warisan Geologi IUGS Pertama sunting

Untuk meraikan ulang tahun keenam puluh penubuhannya, pada Oktober 2022 IUGS menerbitkan senarai 100 tapak di seluruh dunia yang dianggap penting dalam pembangunan sains bumi.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ International Union of Geological Sciences, International Union of Geological Sciences, dicapai pada 6 June 2012
  2. ^ Hunt, Katie (11 July 2023). "Scientists say they've found a site that marks a new chapter in Earth's history". CNN. Dicapai pada 7 September 2023.
  3. ^ International Union of Geological Sciences (IUGS), International Science Council, dicapai pada 5 September 2023
  4. ^ A Brief history of the IUGS, International Union of Geological Sciences, dicapai pada 6 June 2012
  5. ^ Episodes, International Union of Geological Sciences, dicapai pada 5 June 2012
  6. ^ The International Geological Congress(A Brief History) (PDF), diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 March 2012, dicapai pada 6 June 2012
  7. ^ International Geological, Congress. "About IGC". 36igc.org. IGC.
  8. ^ "South Asian bid for IGC2020-Home". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-23. Dicapai pada 2013-05-12.
  9. ^ 35th IGC
  10. ^ 36th IGC
  11. ^ Purtill, Corinne. "'A story of extinction.' La Brea Tar Pits recognized as a geological heritage site". LA Times. Los Angeles Times. Dicapai pada 2 November 2022.

Pautan luar sunting