Kesatuan mahasiswa dalam demokrasi


Kesatuan mahasiswa merujuk kepada kerajaan mahasiswa yang mempunyai kemampuan untuk mentadbir urus urusan mereka sendiri di universiti tanpa bantuan pengurusan dan pentadbiran universiti. Mereka bebas untuk menjalankan segala program yang memberi impak positif dan memberi manfaat kepada mereka tanpa perlu meminta kebenaran dan pengesahan dari pihak pentadbiran. Mereka juga bebas menyuarakan pendapat dan membahaskan isu yang berlaku di dalam universiti. Dalam kesatuan mahasiswa ini, perkara yang menjadi tonggak kesatuan adalah mahasiswa yang membawa prinsip-prinsip seperti kebebasan akademik serta autonomi universiti dalam memberi manfaat kepada mahasiswa. Demokrasi pula adalah elemen yang sangat penting untuk dititikberatkan oleh mahasiswa. Menurut Aristotle, demokrasi memacu kebebasan setiap warganegara untuk saling berbahagi kuasa yang dikendali rakyat.

Penglibatan mahasiswa dalam demokrasi Malasysia sunting

Di Malaysia, zaman kegemilangan dan kebangkitan mahasiswa adalah pada era 1960an dan awal 1970an di mana mahasiswa sangat memainkan peranan yang signifikan dalam masyarakat dengan pendekatan yang berani kehadapan demi membela nasib rakyat sekaligus menjaga kemaslahatan sejagat. Walaupun gerakan mahasiswa ini telah berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya semasa isu kemiskinan di Baling, Kedah pada 1974, dilaporkan sebanyak 60-90% mahasiswa telah terlibat secara aktif dalam gerakan ini termasuk demonstrasi khususnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan di Universiti Malaya (UM). Namun, setelah adanya pengenalan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), persepsi umum melihat bahawa mahasiswa tidak lagi seagresif pada era 1960an dan awal 1970an yang digelar sebagai the angry youngman (Chang-Da Wan, 2017)[1].

Penglibatan mahasiswa dalam demokrasi merupakan komponen yang sangat penting dalam merealisasikan keterlibatan secara aktif generasi muda dalam proses pengambilan keputusan yang mempengaruhi kedaulatan negara dan masyarakat. Mahasiswa memiliki peranan sebagai kunci dalam memperjuangkan nilai-nilai demokrasi, mengadvokasi isu-isu sosial, dan mempromosikan perubahan positif dalam masyarakat. Penglibatan Mahasiswa juga dapat dilihat dengan jelas melalui pilihan raya di kampus.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Malaysian Journal of Society and Space bertajuk "Pendemokrasian mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi di UKM" menunjukkan bahawa apa yang diinginkan oleh mahasiswa pada hari ini adalah segala keperluan dan kehendak mereka dipenuhi dalam aspek kebajikan kebebasan berpolitik. Mahasiswa rata-rata menyokong adanya pilihan raya di kampus diwujudkan secara adil dan telus agar mereka sendiri dapat memilihkan wakil pelajar yang diinginkan dalam menjaga kebajikan mereka. Para pelajar yang terlibat dalam pencalonan dan juga dapat menyuarakan aspirasi mereka untuk membuka ruang dan peluang memimpin dan mengendalikan sebuah kesatuan mahasiswa[2]

Kesatuan-kesatuan mahasiswa di Malaysia sunting

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya merupakan kesatuan pelajar yang paling awal ditubuhkan dalam konteks kesatuan mahasiswa di Malaysia.  Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya ini bermula dengan penubuhan Medical College Union (MCU) di King Edward VII College of Medicine di Singapura pada 1922 dan Raffles College Union (RCU). MCU dan RCU kemudiannya berkembang dan digabungkan menjadi Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya. Ekoran dengan penubuhan Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan Universiti Singapura pada 1962 Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya mewakili gerakan mahasiswa di Kuala Lumpur dan University of Singapore Student Union ditubuhkan di Universiti Singapura. Kesatuan kelab politik seperti Kelab Sosialis dan Kelab Sosial Demokratik termasuk Persatuan Mahasiswa Islam, Persatuan  Mahasiswa  Katholik, Persatuan Sastera dan Budaya Cina adalah antara yang paling aktif. Kesatuan mahasiswa Universiti Malaya kemudiannya membentuk gabungan dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjuang (GPMS). GPMS juga merupakan antara gerakan mahasiswa yang aktif menjadi tapak kepada tokoh pejuang dan pimpinan politik tanahair seperti Ahmad Boestamam, Syed Husin Ali, Sanusi Osman dan Abdullah Ahmad Badawi. [1]

 
Universiti Malaya yang melahirkan gerakan mahasiswa Universiti Malaya

Kesatuan-kesatuan mahasiswa di Malaysia menunjukkan bahawa kesatuan pelajar bukanlah sesuatu yang baru dan tidak asing lagi di Malaysia. Sejarah telah membuktikan bahawa kebangkitan awal gerakan mahasiswa dipelopori oleh kesatuan pelajar. Suasana pada waktu itu pula adalah kondusif kepada mahasiswa untuk beraktiviti memandangkan mereka menikmati kebebasan, tanpa ada halangan undang-undang seperti AUKU. Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya adalah antara contoh yang kegemilangan aktivisme mahasiswa di mana mereka memainkan peranan sangat signifikan kepada negara. Kita dapat melihat bagaimana mahasiswa terlibat aktif memperjuangkan hak dan pelbagai perkara merentasi isu dalaman universiti, nasional sehingga antarabangsa. Gerakan mahasiswa pada waktu itu mendapat liputan utama media perdana dan sentiasa menjadi perhatian dan rujukan masyarakat. [1]

Penglibatan mahasiswa dalam demokrasi di dunia sunting

Sejarah awal gerakan pelajar di Eropah dilaporkan bermula di Universiti Bologna yang ditubuhkan pada 1088. Antara isu yang dibawa oleh gerakan ini seperti isu kenaikan kos sewaan penginapan pelajar yang menjadi antara faktor bermulanya gerakan pelajar. Mereka telah bertindak di mana mereka membawa kes ini kepada Frederick Barbossa yang kemudiannya memberikan kuasa kepada pelajar yang dipilih dikenali  sebagai Dominus Rector. Dominus Rector ini diberikan autoriti untuk menjaga hal ehwal pelajar dan mempunyai tadbir urus sendiri termasuk suara memilih Rektor. Universiti di Scotland seperti St Andrews, Glasgow dan Aberdeen mengambil pendekatan model Universiti Bologna ini. Kesatuan Pelajar pertama ditubuhkan di United Kingdom ialah  The Student Societies of Edinburgh University, iaitu pada 1737 kemudiannya dijenamakan semula sebagai the Student Representative Council pada 1884.[1]

Di Eropah, terdapat beberapa pertubuhan pelajar menerajui gerakan mahasiswa yang lebih bersifat ideologikal dan keagamaan. World Student Christian Federation, World Federation of Democratic Youth, World Assembly of Youth dan International Union of Socialist Youth memainkan peranan penting dalam gerakan mahasiswa. Namun, terdapat gerakan mahasiswa sangat berpengaruh, iaitu Internationale Des Etudiants (IDE) yang telah ditubuhkan pada 1919. IDE melibatkan 42 pertubuhan pelajar tetapi akhirnya terkubur pada 1940 setelah tentera Jerman menutup ibu pejabatnya di Brussels. Selain itu, International Union of Students (IUOS) ditubuhkan di Prague pada 1946 yang membawa ideologi sosialis, manakala di Eropah Barat, International Student Conference dan Coordinating Secretariat for National Unions of Students ditubuhkan di Leiden sebagai reaksi kepada penubuhan IUOS. Gerakan mahasiswa di Eropah pada era ini lebih menjurus kepada ideologi antara Eropah Timur dan Eropah Barat. Dalam konteks negara-negara Eropah, European Students’ Union (ESU) adalah gabungan Kesatuan Pelajar paling berpengaruh.[1]

Hubungan mahasiswa dengan demokrasi sunting

Kesatuan mahasiswa dan demokrasi memiliki hubungan yang erat dan sering kali saling mempengaruhi. Mahasiswa sebagai agen perubahan sosial memiliki peran penting dalam menjaga dan memperkuat prinsip demokrasi di suatu negara. Di bawah ini adalah beberapa aspek penting dalam hubungan antara kesatuan mahasiswa dan demokrasi:

Pemberdayaan mahasiswa sunting

Kesatuan mahasiswa dapat menjadi wadah untuk memberdayakan mahasiswa dalam menyuarakan aspirasi dan kepentingan mereka. Mahasiswa memiliki hak untuk berpartisipasi dalam proses demokrasi dan memiliki kebebasan berekspresi untuk mengkritik dan mengajukan tuntutan kepada pemerintah atau lembaga-lembaga yang bertanggungjawab.[3]

Pengawasan terhadap pemerintah sunting

Mahasiswa memiliki peranan penting dalam memantau dan mengawasi tindakan pemerintah. Mereka dapat menjadi penjaga demokrasi dengan mengkritik tindakan yang dianggap tidak sesuai dengan prinsip-prinsip demokrasi. Kesatuan mahasiswa sering kali melakukan diskusi publik untuk mengekspresikan ketidakpuasan mereka terhadap pemerintah atau institusi yang dianggap korupsi atau otoriter.

Pendidikan Politik sunting

Kesatuan mahasiswa juga berperanan dalam meningkatkan kesedaran politik dan memperkuat pemahaman tentang demokrasi di kalangan mahasiswa. Mereka dapat menyelenggarakan seminar, karya, atau diskusi terbuka untuk memperluas wawasan mahasiswa mengenai hak-hak mereka sebagai warganegara, serta mempelajari sistem politik dan proses demokrasi yang berlaku di negara mereka.

Reformasi sistem sunting

Melalui aksi-aksi yang mereka lakukan, kesatuan mahasiswa dapat menjadi kekuatan pendorong dalam mendorong reformasi sistem yang lebih demokratik. Mereka dapat mengadvokasi perubahan undang-undang, peningkatan transparansi, akuntabilitasi, dan partisipasi publik yang lebih luas dalam proses pembuatan keputusan politik. Mahasiswa juga dapat terlibat dalam organisasi-organisasi politik atau bahkan mencalonkan diri dalam pemilihan umum untuk membawa perubahan dari dalam sistem.

Penyebaran nilai-nilai deokrasi sunting

Penyebaran Nilai-Nilai Demokrasi: Kesatuan mahasiswa berperan dalam memperjuangkan nilai-nilai demokrasi di kalangan mahasiswa dan masyarakat umum. Mereka dapat mengedukasi dan membantu masyarakat memahami pentingnya demokrasi, hak-hak asasi manusia, kebebasan berpendapat, serta pentingnya proses demokratis dalam membangun masyarakat yang inklusif dan berkeadilan.


Namun, penting juga untuk diingat bahwa kesatuan mahasiswa dan demokrasi dapat beroperasi dengan baik jika ada kebebasan berorganisasi dan kebebasan berpendapat yang dijamin oleh pemerintah. Kebebasan mahasiswa untuk mengkritik dan menyuarakan pendapat mereka harus dihormati

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Zulkifli, Hasan (2021). "KESATUAN PELAJAR DI MALAYSIA:NARATIF BAHARU GERAKAN MAHASISWA". International Islamic University Malaysia. 1: 121–143 – melalui Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM).
  2. ^ Roslizawati, Taib (2017). "PENDEMOKRASIAN MAHASISWA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA" (PDF). -: 93–105 – melalui GEOGRAFIA.
  3. ^ Prayogi, Ryan. (2018). Peningkatan Kesadaran Demokrasi dalam Organisasi Badan Eksekutif Mahasiswa Universitas Pasir Pengaraian. Journal of Education, Humaniora and Social Sciences (JEHSS). 1. 52-59. 10.34007/jehss.v1i1.8.