Aristoteles
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Indonesia. (Julai 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Arab. (Februari 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Perancis. (Februari 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Aristoteles (Yunani: Αριστοτέλης, rumi: Aristotelēs , bahasa Inggeris: Aristotle , Arab: أَرِسْطُو, rumi: Ārisṭū atau أَرِسْطُوطَالِيس Ārisṭūṭālīs dimelayukan sebagai Arsatalis;[a] 384–322 SM) adalah seorang ahli falsafah dan polimatik Yunani semasa zaman Klasik di Yunani Kuno. Beliau didikan Plato pengasas Lykeion, sekolah falsafah Peripatetik, dan kebudayaan aristoteles. Penulisannya merangkumi banyak subjek termasuk fizik, biologi, zoologi, metafizik, logik, etika, estetika, puisi, teater, muzik, retorik, psikologi, linguistik, ekonomi, politik, dan pemerintahan. Aristoteles memberikan sintesis kompleks dari pelbagai falsafah yang ada sebelumnya. Di atas semua ajarannya, Barat mewarisi leksikon intelektualnya, serta masalah dan kaedah penyelidikan. Hasilnya, falsafahnya memberikan pengaruh yang unik pada hampir semua bentuk pengetahuan di Barat dan terus menjadi subjek perbincangan falsafah kontemporari.
Aristotélēs Ἀριστοτέλης | |
---|---|
Kelahiran | 384 SM Stagira, Chalcidice |
Meninggal dunia | 322 SM (umur 61 atau 62) Euboea |
Era | Filsafat kuno |
Falsafah | Filsuf barat |
Sekolah | Sekolah Peripatetik Aristotelianisme |
Kepentingan utama | Fisika Metafisika Puisi Teater Musik Retorika Politik Pemerintahan Etika Biologi Zoologi |
Idea cemerlang | Golden mean Logika Silogisme |
Dipengaruhi | |
Mukadimah
suntingTiga ahli falsafah silam teragung adalah Aristotle, Plato (gurunya), dan Socrates (c. 470-399 SM), yang corak pemikirannya banyak mempengaruhi Plato. Antara lain, ia menukar falsafah Yunani awal (Pre-Socratic) kepada asas falsafah Barat sebagaimana yang terdapat masa kini. Socrates--kemungkinannya disebabkan pendapatnya yang menentang menulis falsafah sebagaimana yang diterangkan dalam penulisan perbualan Plato, Phaedrus--tidak menulis apapun, dan ideanya sampai kepada kita secara tidak langsung melalui Plato dan beberapa penulis silam lain. Tulisan Plato dan Aristotle membentuk teras falsafah silam (Ancient philosophy).
Hasil penulisan mereka, walaupun berkait dalam kebanyakan asasnya, amat berbeza dalam gaya dan bahan kandungan. Plato menulis beberapa dozen perbualan falsafah--perdebatan dalam bentuk perbicaraan, biasanya dengan Socrates sebagai ahli--dan beberapa pucuk surat. Walaupun perbualan awal menjurus kepada kaedah mendapatkan ilmu pengetahuan, dan kebanyakan yang terakhir mengenai keadilan dan moral pratikal (practical ethics), hasil kerjanya yang paling penting menggambarkan pandangan (synoptic view ) mengenai moral (ethics), metafizik, sebab (reason), pengetahuan, dan kehidupan manusia. Idea pentingnya adalah pengetahuan diterima melalui deria selalunya mengelirukan dan tercemar, dan pengetahuan sebenar didapati oleh mereka yang berfikir jauh dari urusan dunia. Mereka ini yang mempunyai pengetahuan mengenai bentuk, pati sebenar sesuatu, manakala apa yang terdapat di dunia ini hanyalah salinan cacat. Pengetahuan sedemikian mempunyai kepentingan moral dan saintifik. Plato boleh digelar sebagai mendokong idealisme dan rasionalisme.
Aristotle, sebaliknya, lebih mementingkan pengetahuan yang didapati dari deria, dan lebih sesuai dikelaskan di kalangan ahli empirisisme (empiricists) moden (lihat materialisme dan empirisisme). Dengan itu, Aristotle meletakkan asas bagi apa yang akhirnya berkembang kepada kaedah saintifik beberapa abad kemudiannya. Walaupun dia menulis perbualan awal pada kerjayanya, tidak banyak perca yang terselamat sehingga hari ini. Hasil penulisan Aristotle yang wujud masakini adalah dalam bentuk karangan (treatise) dan, kebanyakannya, teks yang tidak diterbitkan. Ini mungkin merupakan nota syarahan, atau teks yang digunakan oleh pelajarnya, dan hampir pasti disunting beberapa kali kembali sepanjang beberapa tahun. Hasilnya, tulisan ini padat, dan sukar dibaca. Antara yang terpenting adalah Fizik, Metafizik, moral Nicomachean, Politik, De Anima (Berkenaan Roh), dan Poetik.
Aristotle dikenali sebagai beberapa tokoh yang mempelajari hampir kesemua bidang yang mungkin pada masa itu. Dalam sains, Aristotle mempelajari anatomi, astronomi, embriologi, geografi, geologi, meteorologi, fizik dan zoologi. Dalam falsafah, Aristotle menulis berkenaan estetika, ekonomi, moral (ethics), kerajaan, metafizik, politik, psikologi, retorik, teologi; juga pendidikan, adat asing, penulisan, dan sastera. Gabungan kerjanya boleh dikatakan merupakan ensiklopedia pengetahuan Yunani.
Nota
sunting- ^ Nama yang digunakan dalam manuskrip Bustanus al-Salatin[1]
Rujukan
sunting- ^ Nuruddin al-Raniri (1638–1643). Bustan al-Salatin. Dicapai pada 27 Feb 2023 – melalui Malay Concordance Project, Universiti Nasional Australia.CS1 maint: date format (link)
Pautan luar
sunting- Aristoteles di Encyclopædia Britannica
- Karya-karya oleh Aristotle di Projek Gutenberg
- Karya oleh atau tentang Aristoteles di Internet Archive
- Karya oleh Aristoteles di LibriVox (buku audio domain awam)