Khalayak
Khalayak ialah sekelompok orang yang mempunyai cita rasa yang sama. Mereka ini mungkin berbeza dari segi umur, ras, tahap pendidikan, ataupun kedudukan sosioekonomi mereka. Walau bagaimanapun, ada khalayak yang dikelompokkan berdasarkan maklumat demografi seperti pendapatan, jantina, pendidikan, pekerjaan, status perkahwinan, pemilikan rumah, umur, ras, ataupun kedudukan sosioekonomi mereka.