Anemia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Laman baru: {{dablink|Rencana ini membincangkan keadaan perubatan. Untuk genus paku-pakis, sila lihat Anemia (paku-pakis)}} {{Infobox_Disease | Name = Anemia | Image =...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 16:35, 26 Januari 2007


Anemia, perkataan yang berasal daripada bahasa Greek (Ἀναιμία) yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia; oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkat anemia yang berbeza-beza menimbulkan berbagai-bagai akibat klinikal. Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.

Anemia
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10D50-D64
ICD-9280-285
P. Data Penyakit663
MedlinePlus000560
eMedicinemed/132 emerg/808 emerg/734
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Tiga kelas anemia yang utama termasuk:

  1. kehilangan darah yang berketerlaluan (genting seperti dalam kes perdarahan, atau kronik melalui kehilangan darah isi padu rendah);
  2. pemusnahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis); dan
  3. pengeluaran sel darah merah yang kurang (hematopoisesis yang tidak berkesan).

Bagi wanita-wanita yang datang haid, kekurangan ferum diet merupakan satu sebab yang umum untuk kekurangan pengeluaran sel darah merah.

Anemia merupakan gangguan darah yang paling biasa. Terdapat berbagai-bagai sebab yang mendasari anemia. Anemia boleh digolongkan melalui berbagai-bagai cara, berdasarkan morfologi sel darah merah, mekanisme etiologi, dan spekrum klinikal nampak, antara lain.

Adanya dua pendekatan utama untuk mengelaskan anemia, iaitu pendekatan "kinetik" yang melibatkan penilaian pengeluaran, pemusnahan, dan kehilangan sel darah merah, [1] serta pendekatan "morfologi" yang mengelaskan anemia mengikut saiz sel darah merah. Pendekatan morfologi mempergunakan satu ujian makmal yang murah dan mudah didapati (min isi padu korpuskel, MCV) sebagai titik permulaannya. Sebaliknya, menumpukan perhatian pada persoalan pengeluaran pada peringkat awal membenarkan seseorang klinisian untuk mendedahkan kes-kes anemia yang diakibatkan oleh berbilang sebab dengan lebih cepat.


Lihat juga

Pautan luar

Templat:Hematology