Bani Quraizah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Bani Quraizah''' ({{lang-ar|بني قريظة; بنو قريظة}} ialah kaum Yahudi yang tinggal di oasis Yathrib sehingga abad ketujuh ...'
 
k Perbetul rujukan
Baris 1:
'''Bani Quraizah''' ({{lang-ar|بني قريظة; بنو قريظة}} ialah kaum [[Yahudi]] yang tinggal di oasis [[Madinah|Yathrib]] sehingga abad ketujuh Masihi. Pada Februari/Mac 627 M, pembelotan mereka sewaktu [[Perang Ahzab]] membawa kepada pengepungan penempatan mereka selama 25 hari dan berakhir dengan Bani Quraizah menyerah kalah.<ref>[http://military.hawarey.org/military_english.htm List of Battles of Muhammad]</ref> Bani Quraizah enggan menerima hukuman [[Nabi Muhammad s.a.w.|Nabi Muhammad (SAW)]] dan meminta dihakimi Bani Aws (juga dieja 'Auws'), sekutu mereka. Nabi Muhammad bersetuju dan memeinta kaum Aws menghakimi Bani Quraizah. Ketua-ketua Bani Quraizah dikumpulkan dan ditanya Aws mengikut apakah hukuman bagi seorang pengkhianat mengikut agama orang Quraizah. Mereka menundukkan kepala dan menyatakan bahawa mengikut kitab Taurat, hukumannya ialah hukum bunuh. Justeru, atas perintah [[Sa'd ibn Mua'dth]] (Ketua kaum Aws), orang lelaki Bani Quraizah dihukum bunuh, sementara wanita dan kanak-kanak dijadikan hamba.<ref> Emerick, Yahiya. "Muhammad" (Critical Lives Series), 2002, pp 225-226 </ref> Terdapat banyak perbahasan tentang berapa ramai orang Quraizah dibunuh: ada yang mengatakan seramai 400-900 orang lelaki dipenggal kepala, <ref> Arafat, W.N. "New Light on the Story of Banu Qurayza and the Jews of Medina," Journal of the Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland, 1976, pp 100-107 </ref> sementara [[Hadis]] menyatakan dengan tanpa memberi bilangan, kesemua orang lelaki termasuk seorang wanita dibunuh.<ref>Sunan Abu Dawud, Buku 14, Hadis Nombor 2665.</ref>
 
Dikatakan kaum Yahudi tiba di [[Hijaz]] ekoran Peperangan Rom-Yahudi, dan memperkenalkan ilmu pertanian yang meletakkan mereka dalam kedudukan kuat dari segi budaya, ekonomi dan politik.<ref name="Kurayza">Watt, ''[[Encyclopaedia of Islam]]'', "Kurayza, Banu".</ref><ref name="Peters192">Peters, ''Muhammad and the Origins of Islam'', p. 192f.</ref> Namun, dalam abad kelima, [[Bani Aws]] dan [[Banu Khazraj]], dua suku kaum Arab yang tiba dari [[Yaman]], menjadi berkuasa.<ref name="Madina"/> Apabila kedua-dua puak Arab ini bertelagah, kaum Yahudi yang sekarang menjadi klien<ref name="Peters192"/><ref name="Judaica"/> atau sekutu Arab<ref name="Madina"/>, menyokong pihak berlainan, dengan Quraizah menyokong Aws.<ref name="CambrWatt">Watt, "Muhammad", in: ''The Cambridge History of Islam''.</ref>
 
Dalam tahun 622 M [[Nabi Muhammad s.a.w.|Nabi Muhammad (SAW)]] tiba di Yathrib dari [[Makkah]] dan menggubal ''[[Piagam Madinah|Sahifat al-Madinah]]'' antara pihak yang bertelagah di Yathrib (yang ditukar nama kepada Madinah).<ref name="Kurayza"/><ref name="FirestoneJihad"/><ref name="Welch">Alford Welch, ''Encyclopaedia of Islam'', "Muhammad".</ref> Sementara bandar madinah itu sendiri berperang dengan [[Quraisy]] Makkah, ketegangan antara penduduk arab dan yahudi meningkat.<ref name="CambrWatt"/>