Aziz Desa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah sumber.
Baris 30:
==Kerjaya==
[[Fail:AzizDesaDiSriPentas.jpg|thumb|kanan|Aziz Desa di perkarangan [[Sri Pentas]], [[Bandar Utama]].]]
Beliau memulakan kerjaya awalnya sebagai wartawan di akhbar [[Berita Harian]] dari tahun 1985 hingga 1987, dan kemudiannya menyertai [[TV3]] sebagai pengacara rancangan ''Seulas Pinang'' bersama Datin Seri Normala Samsudin. Beliau juga antara pengacara terawal di rancangan bual bicara pagi TV3, [[Malaysia Hari Ini]] pada 1994, sebaris dengan nama-nama besar seperti Omar Abdullah, [[Mahadzir Lokman]] dan [[Hasbullah Awang]]. Beliau juga pernah menjadi pegawai media kepada bekas [[Menteri Besar Kedah]], [[Gelaran|Tan Sri]] [[Sanusi Junid]].<ref>{{cite news |title=Cerita Aziz Desa yang sudah lama menyepi...|first=Saodah|last=Ismail|newspaper=Agenda Daily|date= 8 Julai 2014|url=http://www.agendadaily.com/CATATAN-ODAH/cerita-aziz-desa-yang-sudah-lama-menyepi.html|accessdate=15 Mei 2016 }}</ref>
 
Aziz pernah berkhidmat sebagai pengacara bersama [[Astro Oasis]] melalui rancangan ''Zuriat Kita'' dan ''Dahsyat 13''. Profilnya dalam bidang penyiaran juga pernah dilebarkan sebagai penyampai radio di [[Langkawi FM|Radio Langkawi]], yang merupakan kampung halamannya. Beliau juga seorang ahli perniagaan berjaya dan menguruskan dua buah syarikat, Aziz Desa Holidays & Consultancy dan Media Glokal Sendirian Berhad. Beliau pernah menjawat sebagai Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Centre (KTC) selama empat bulan pada 2012 sebelum meninggalkan pusat itu antaranya atas faktor kesihatan. <ref>{{cite news |title= Aziz Desa kembali ke Rahmatullah|first=Wartawan |last=Sinar Harian |newspaper=[[Sinar Harian]] |date= 27 Disember 2015|url=http://www.sinarharian.com.my/semasa/aziz-desa-kembali-ke-rahmatullah-1.466106|accessdate=15 Mei 2016 }}</ref>
 
==Pengalaman kerja==