Orkestra RTM: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah info dan sumber.
Baris 36:
 
==Konsert Gemilang 50 Tahun==
Sambutan ulangtahun Jubli Emas ke-50 Orkestra RTM diterjemahkan dengan penganjuran Konsert Gemilang 50 Orkestra RTM yang menyaksikan seramai 35 orang pemuzik orkestra berpengalaman memberikan persembahan yang bertenaga bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Persembahan konsert itu nyata memukau hadirin termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, [[Rais Yatim|Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim]] yang memeriahkan rakaman konsert ini yang berlangsung pada 3 Oktober lalu.<ref name="Konsert Gemilang 50 Tahun">{{cite news|urlhttpurl=http://www.budiey.com/konsert-gemilang-50-orkestra-rtm/|title=Konsert Gemilang 50 Orkestra RTM|publisher=Sensasi Selebriti|date=25 Oktober 2011|accessdate=15 Mac 2017}}</ref>
 
Pemuzik yang kebanyakannya berkelulusan hingga ke peringkat sarjana muzik dari universiti dalam dan luar negara itu mempamerkan persembahan hebat dengan dipimpin oleh beberapa tokoh berpengalaman dalam bidang orkestra seperti Dato’ Johari Salleh, Dato’ Mokhzani Ismail, Mohd Asnawi Mutaal, Leon Yap, Azman Mustafa dan Lokman Abdul Aziz.<ref name="Konsert Gemilang 50 Tahun"/> Peralatan yang digunakan pemuzik juga dari pelbagai jenis termasuklah wood-winds seperti bassoon, flute dan jenis bertali yang lengkap serta kumpulan brass, saxes dan rhythm. Ini sepertimana yang terdapat dalam orkestra profesional bertaraf dunia.<ref name="Konsert Gemilang 50 Tahun"/>