Raja Jaafar bin Raja Aris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pembaharuan.
Baris 1:
{{Hatnote|"R. Jaafar" dilencongkan di sini.}}
Allahyarham '''Raja Jaafar bin Raja Aris''' atau lebih dikenali sebagi '''R. Jaafar''' merupakan seorang pelawak yang terkenal era 1970-an dan 80-an. Raja Jaafar berasal dari [[Batu Pahat]], [[Johor]] memulakan karier seninya sebagai pelakon bangsawan sebelum dikenali ramai memenangi Pertandingan Bakat TV [[1975]] anjuran [[RTM]] bersama rakan baiknya, [[A. R. Badul]] di [[Ipoh]], [[negeri Perak|Perak]].
 
Sebelum berkecimpung dalam bidang seni, beliau berpengalaman menyertai Pasukan Polis Hutan (PPH), malah pernah ditugaskan di Balai Polis Campbell (kini Balai Polis Dang Wangi) dan Balai Polis Simpang Lelong, Georgetown, selain mengikuti operasi di sempadan [[Malaysia]] - [[Thailand]] di [[Kedah]].
Baris 23 ⟶ 24:
 
==Meninggal dunia==
R. Jaafar meninggal dunia di Hospital Universiti, [[Petaling Jaya]] pada 5 pagi [[14 Mei]] [[1995]] akibat serangan jantung dan penyakit paru-paru berair. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan isterinya, Aishah Abdullah, selepas hampir seminggu dimasukkan ke hospital berkenaan akibat [[demam]] dan batuk yang berpanjangan kira-kira dua bulan sebelum kematiannya.<ref>"R. Jaafar meninggal dunia, ''Berita Harian'', 14 Mei 1995.</ref><ref>"Pelakon R. Jaafar meninggal", ''Utusan Malaysia'', 14 Mei 1995.</ref><ref>"Veteran actor R. Jaafar dies", ''New Straits Times'', 14 May 1995.</ref>
 
Jenazah R Jaafar kemudian dibawa pulang ke Surau Flet Seri Selangor, Jalan San Peng, [[Kuala Lumpur]] untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras, [[Kuala Lumpur]].<ref>"Jenazah pelakon R. Jaafar selamat dikebumikan", ''Berita Harian'',
15 Mei 1995.</ref><ref>"R. Jaafar laid to rest", ''New Straits Times'', 15 May 1995.</ref>
 
==Rujukan==
{{Reflist}}
 
==Pautan luar==
* {{IMDb name|2590605}}
* http://www.imdb.com/name/nm2590605/
 
[[Kategori:Pelawak Malaysia]]