Khurafat: Perjanjian Syaitan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Menambah lebih maklumat.
Baris 53:
 
===Ulasan===
Filem ''Khurafat: Perjanjian Syaitan'' menerima ulasan yang agak memuaskan pada keseluruhannya. Menurut tapak sesawang berita hiburan Oh! Artis, pengulasnya menceritakan bahawa "Satu panggung terkejut dengan babak-babak menarik yang ada … memang kecoh satu panggung wayang lagi-lagi kaum wanita yang terjerit-jerit ketakutan." Pengulas Oh! Artis memuji kesan bunyi yang "sentiasa membawa debaran", dan penamat "di luar jangkaan" penonton, tetapi menyatakan plot cerita yang kurang tersusun tetapi masih mudah difahami dan kepanjangan filem ini (1 jam 20 minit) sebagai kelemahan kecil.<ref name=ohartis>[http://ohartis.com/2011/01/review-filem-khurafat-perjanjian-syaitan/ Review Filem: Khurafat – Perjanjian Syaitan], Oh! Artis, 17 Januari 2011. Dicapai pada 2 Februari 2011.</ref> Akhbar Internet mStar pula menyiarkan ulasan yang memuji Syamsul Yusof kerana lakonannya yang makin matang serta kerja arahannya yang cekap menyusun naratif filem ini.<ref>[http://mstar.com.my/hiburan/tengokwayang/cerita.asp?file=/2011/1/20/mstar_tengokwayang/20110120121847&sec=mstar_tengokwayang Saspens, Kejutan Diuji Dalam 'Khurafat'], mStar Online, 20 Januari 2011. Dicapai pada 2 Februari 2011.</ref>
 
Ulasan Reel Ayie untuk portal Murai.com.my meluahkan bahawa filem ''Khurafat'' "sangat menyeramkan" dan memuji kesan bunyinya yang "sangat mengerunkan serta boleh bikin gugur jantung". Jelasnya, "Khurafat berjaya menjelmakan elemen seram dan jalan cerita yang menarik daripada pengarah muda berbakat ini. Biarpun baru pertama kali mengarahkan filem genre seram, namun hasilnya sungguh memberangsangkan."<ref>[http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=8705&c=4&s=10 Khurafat Sangat Menyeramkan, Menggugurkan Jantung!], Murai.com.my. Dicapai pada 8 Februari 2011.</ref>
 
==Anugerah==
''Khurafat: Perjanjian Syaitan'' menerima 8 pencalonan di [[Festival Filem Malaysia ke-24]], namun tidak memenangi sebarang kategori.
 
{| class="wikitable"
|-
! Anugerah
! Kategori
! Penerima
! Keputusan
|-
| align="center" rowspan=8| [[Festival Filem Malaysia ke-24]]
| [[Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM)|Pelakon Pembantu Wanita Terbaik]]
| [[Sabrina Ali]]
| {{nom}}
|-
| [[Lakon Layar Terbaik (FFM)|Lakon Layar]]
| [[Syamsul Yusof]]
| {{nom}}
|-
| [[Cerita Asal Terbaik (FFM)|Cerita Asal Terbaik]]
| Syamsul Yusof
| {{nom}}
|-
| Penyunting Terbaik
| Syamsul Yusof
| {{nom}}
|-
| Sinematografi Terbaik
| Azami Alias dan Omar Ismail
| {{nom}}
|-
| Skor Muzik Asal Terbaik
| Syamsul Yusof
| {{nom}}
|-
| Penataan Bunyi Terbaik
| Hisham Jupri
| {{nom}}
|-
| Kesan Visual Terbaik
| Syamsul Yusof
| {{nom}}
|-
|}
 
==Rujukan==