Khurafat: Perjanjian Syaitan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 59:
''Khurafat'' merupakan filem keempat arahan [[Syamsul Yusof]] dan merupakan filem ke-26 terbitan [[Skop Productions]] dengan kerjasama [[Grand Brilliance]]. Ia merupakan percubaan pertama Syamsul bagi genre seram selepas sekian lama bertumpu pada genre aksi. Kos pembikinan dan promosi filem ini dianggarkan bernilai RM1.7 juta. Penggambaran dijalankan selama 25 hari bermula 14 Januari 2010 di sekitar [[Kuala Lumpur]], [[Hulu Langat]] dan [[Bukit Tinggi]], dan dimuktamadkan pada 7 Februari 2010.<ref name="Info Khurafat">[http://www.budiey.com/sinopsis-trailer-movie-still-poster-info-filem-khurafat/ Info filem Khurafat] ''Sensasi Selebriti''. Diperoleh pada 25 Januari 2012.</ref>
 
[[Liyana Jasmay]] yang terkenal dengan peranannya dalam beberapa filem seperti ''[[Castello]]'' (2006), ''[[Papadom]]'' (2009) dan ''[[Duhai Si Pari-Pari]]'' (2010) memegang watak sebagai Aisyah, isteri kepada Johan.<ref name="Info Khurafat"/> Ditanya mengenai pemilihan Liyana, Syamsul berkata: "Berlakon dengan pelakon hebat seperti Liyana, segalanya berjalan dengan lancar dan mudah. Bahkan dalam filem ini, beliau (Liyana) berjaya menjiwai watak Aishah dengan baik selain tampak lebih matang dan dewasa daripada watak sebenar".<ref>Norhadiani Baharom, "Gigitan manja buat Syamsul", ''Harian Metro'', 18 Februari 2010.</ref> [[Salina Saibi]] yang sebelum ini pernah berlakon dalam filem ''[[Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam]]'' (2009) arahan Syamsul, memegang watak sebagai Zura, rakan karib Anna yang dilakonkan oleh [[Sabrina Ali]].<ref name="Info Khurafat"/> Pos-produksi filem ini dijalankan di Siam Film Development Co. Ltd. di [[Bangkok]], [[Thailand]], manakala sistem bunyi disediakan oleh [[Dolby Digital|Dolby Digital Surround]].<ref name="Info Khurafat"/>
 
==Keluaran dan sambutan==