Pasangan Perdana Menteri Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 51:
 
==Kontroversi Penggunaan istilah "Wanita Pertama"==
[[Malaysia]] merupakan sebuah negara yang tidak mengamalkan konsep [[Raja mutlak]], iaitu satu konsep yang memberikan Raja menggarap hasil kekayaan negaranya dan mengagihkan hasil kekayaan kepada rakyat jelata melalui kuasa penuh pentadbiran yang ada digenggamannya. Namun di Malaysia sebenarnya hanyalah mengamalkan konsep [[Rajaraja berpelembagaanberperlembagaan]] di mana [[Perdana Menteri]] merupakan ketua eksekutif negara, jawatan Raja hanya memainkan peranan sebagai simbol negara yang berdaulat. Berbalik kepada isu penggunaan gelaran "Wanita Pertama", Artikel 32 (2) [[Perlembagaan Persekutuan]] menetapkan bahawa isteri [[Yang di-Pertuan Agong]] ialah hanya yang kedua kepada [[Yang di-Pertuan Agong]] itu sendiri. Maka, oleh itu dapatlah ditafsirkan bahawa Seri Paduka Baginda [[Raja Permaisuri Agong]] adalah orang yang layak memegang gelaran "Wanita Pertama" mengikut tafsiran Perlembagaan Persekutuan Malaysia.<ref>{{cite web|title=First Lady: To be or not to be|url=http://www.malaysiakini.com/news/134653|publisher=Malaysiakini|accessdate=29 July 2012}}</ref><ref>{{cite web|last=Razak|first=Aidila|title=Najib: 'First Lady' not higher than the queen|url=http://www.malaysiakini.com/news/134579|publisher=Malaysiakini|accessdate=29 July 2012}}</ref>
 
Andaian bagi memegang gelaran "Wanita Pertama" di Malaysia sebenarnya dianggap sebagai isu yang cukup "panas" bagi sesetengah pihak khususnya yang berada dibawah naungan Malaysia (rakyat dan pemerintah), ini kerana gelaran ini sering dipersoalkan di meja-meja diskusi dalam gelanggang politik Malaysia. Malaysia bukanlah sebuah negara republik yang diperintah oleh Presiden yang memenangi mana-mana bahagian dalam gelanggang pilihan raya, tetapi hakikatnya Malaysia adalah sebuah negara Raja Perlembagaan yang menetapkan Raja sebagai simbol kedaulatan dan orang yang bertanggungjawab memperkenan sebarang usul perundangan dan entiti kehakiman. Perdana Menteri pula ialah seorang rakyat jelata yang mendapat mandat dari rakyat menerusi pilihan raya, lalu bertanggungjawab mengepalai pentadbiran eksekutif selain memacu pembangunan negara dan memerintah Malaysia secara adil dan saksama, berlandas nas-nas yang termaktub dalam perlembagaan negara seperti yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.