S. Roomai Noor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 36:
Beliau pernah bekerjasama dengan [[Ho Ah Loke]] dalam penubuhan produksi Cathay-Keris. Akibat daripada itu, beliau telah dihalang untuk berlakon selama tiga tahun apabila Shaw Brothers berjaya mendapat perintah mahkamah menghalangnya muncul sebagai seorang pelakon. Perkara ini disebabkan tindakan beliau menubuhkan Cathay-Keris.
 
Ketika menghadiri Pesta Filem Asia di Taiwan pada tahun 1964, pesawat yang membawa delegasi Malaya telah terlibat dalam nahas udara. WalaubagaimanapunWalau bagaimanapun, beliau, [[M. Amin]], [[Roseyatimah]], [[Umi Kalthum]] dan [[Latifah Omar]] dilaporkan terselamat. Tetapi, nahas tersebut telah mengorbankan Loke Wan Thoo serta 53 penumpang yang lain.
 
Setelah industri perfileman Melayu di Singapura menampakkan kemerosotan, [[Jins Shamsuddin]] telah mempelawa beliau membintangi filem arahan pertamanya di Studio Merdeka iaitu [[Filem Bukan Salah Ibu Mengandung|Bukan Salah Ibu Mengandung]] yang turut menampilkan [[P. Ramlee]], Umi Kalthum, [[Sarimah Ahmad|Sarimah]], [[Sharifah Hanim]] dan [[Ed Osmera]]. Sejak itu, beliau dan isterinya Umi Kalthum kerap membintangi filem-filem arahan Jins. Filem terakhir S. Roomai Noor ialah [[Sumpahan Mahsuri]] yang ditayangkan pada tahun 1989 dan selepas itu beliau menumpukan perhatian dalam lakonan untuk drama di kaca televisyen.