Bob Kuman: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah rujukan.
Baris 41:
}}
 
'''Husni bin Mohd Rawi''' (19 April 1971 - 3 Mei 2012)<ref>[http://www.sinarharian.com.my/hiburan/bob-kuman-meninggal-dunia-1.45079 Bob Kuman meninggal dunidunia - Sinar Harian]</ref> atau lebih dikenali sebagai '''Bob Kuman''' merupakan seorang pelakon, pelawak dan penyanyi yang terkenal di [[Malaysia]]. Nama beliau terlebih dahulu pernah dikenali menerusi [[Kumpulan KU2]] yang ketika itu ditubuhkan pada 1995 sebelum beralih sebagai pelakon dan pelawak terkenal dalam hiburan dunia seni.<ref name="Bob Kuman dalam kenangan">[http://www.sinarharian.com.my/hiburan/bob-kuman-dalam-kenangan-1.45623 Bob Kuman dalam kenangan - Sinar Harian]</ref> Beliau juga membintangi filem komedi iaitu [[Jangan Pandang Belakang Congkak]], [[Jutawan Fakir]], serta [[Brainscan: Aku &Dan Topi Ajaib]] pada zaman kegemilangannya selepas bergelar artis.
 
==Kerjaya==
 
=== Pembabitan awal ===
Pada awal tahun 1995, Bob pernah melibatkan diri dalam dunia hiburan dengan menceburi bidang nyanyian dalam usia beliau yang muda secara permulaan dan menubuhkan [[Kumpulan KU2]] bersama rakan sekampungnya, '''Kumin''' atau '''Khuzaimi Ismail''' dan mencipta fenomena baru dengan menghasilkan single pertama mereka iaitu '''"Nicky & Rozi'''". Selepas itu, mereka menghasilkan album pertama yang sulung iaitu '''Motivasi''' pada 1996. Selain kejayaan dalam meraih anugerah platinum bagi album pertama mereka, mereka juga menghasilkan album iaitu '''Evolusi''' pada 1997, '''Album Baru Aku''' pada 1999, serta album keempat mereka iaitu '''The Best Of KU2''' pada 2001. Karier beliau sebagai penyanyi pada masa itu memberi peluang kepada beliau untuk menonjolkan bakatnya sebelum beralih kepada pelakon dan pelawak terkenal.<ref name="Bob Kuman dalam kenangan"/>
 
=== Kerjaya dalam lakonan ===
Pada masa yang sama, beliau memulakan kerjaya dalam lakonan pertama beliau menerusi filem pertama iaitu '''[[Sama Tak Serupa']]'' secara permulaan sebelum nama beliau dikenali dan telah muncul di layar perak. Selain itu, beliau juga bergandingan bersama pelawak yang ketika itu merupakan bekas ahli [[Kumpulan Senario]], [[Saiful Apek]] dalam filem siri komedi terbitan '''[[Metrowealth Movies Production]]''' iaitu [[Jutawan Fakir]] arahan pengarah [[Prof Madya A. Razak Mohaideen]]. Dalam filem ini, beliau mengambil watak sebagai Bob, rakan serumah Fakir yang dikelilingi masalah hutang. Selain itu, Bob Kuman digandingkan bersama pelakon [[Mazlan Pet Pet|Lan Pet Pet]], [[Cat Farish]], termasuk [[Nora Danish]] dalam filem komedi iaitu Jangan Pandang Belakang Congkak musim pertama dan kedua pada 2011. Beliau mengambil watak sebagai Wak Ketari, seorang bomoh yang cuba sedaya-upaya membantu dua pemuda yang melarikan diri selepas musim pertama dan menyelesaikan masalah tersebut.<ref name="Bob Kuman dalam kenangan"/>
 
=== ''Maharaja Lawak Mega'' ===
Selain itu, beliau juga pernah muncul di kaca TV dalam program Maharaja Lawak Mega pada akhir tahun 2011 bersama pelakon Sobri Anuar dengan membentuk kumpulan Bawal Power.<ref name="Bob Kuman dalam kenangan"/>
Pada masa yang sama, beliau sebenarnya pernah dikejarkan ke hospital selepas minggu pertama Maharaja Lawak Mega kerana kepenatan. Namun, apabila memikirkan kos rawatan ditanggung, Bob terpaksa menggagahkan diri dengan hadir setiap konsert program mingguan. Meskipun begitu, Bob bersyukur apabila Sobri memahami masalah dihadapinya dan sanggup berulang-alik ke hospital untuk mengadakan latihan. Tetapi, kumpulan ini telah tersingkir dalam minggu ketujuh program MLM.<ref name="Bob Kuman dalam kenangan"/>
 
== Filemografi ==
Baris 77:
 
== Kontroversi berita palsu ==
Pada 21 April 2012, industri hiburan digemparkan apabila disebarkan bahawa beliau meninggal dunia menerusi laman [[Twitter]]. Rakan baik Bob, Mohd Razali Harun, melaporkan bahawa Bob pada masa itu masih dalam keadaan sihat dan kini berada di [[Kota Damansara]], [[Kuala Lumpur]]. Menurut Razali, beliau kesal apabila penyebaran khabar angin ini telah berlaku dan sedih apabila perkara sebegini terjadi kepada Bob. Selain itu, rakan artis iaitu '''Richie Rachman''' menyifatkan bahawa penyebaran khabar angin ini adalah dibuat oleh individu yang tak bertanggungjawab. Beliau juga menasihatkan agar penyebaran ini dihentikan dengan segera.<ref name="Bob Kuman dalam kenangan"/>
 
== Kematian ==
Bob Kuman bagaimanapun telah meninggal dunia pada 3 Mei 2012 di kediamannya jam 4:38 petang akibat sakit jantung, obesiti dan paru-paru berair yang dialami oleh beliau. Perkara itu telah disahkan oleh jururawat yang menjaga beliau, Mohd Farid Hamzah.<ref>[https://www.thestar.com.my/news/nation/2012/05/04/actor-bob-kuman-passes-away-at-41/ Actor Bob Kuman passes away at 41 - The Star Online]</ref>
 
Tahap kesihatan Bob mula merosot selepas beliau terjatuh dari set penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak pada akhir tahun 2010. Sejak itu, dia sering mengalami masalah sesak nafas dan bengkak kaki.<ref name="Bob Kuman dalam kenangan"/>
 
Jenazah beliau telah dibawa ke kampungnya di [[Negeri Sembilan]] untuk dimandikan dan dikafankan serta memberi penghormatan terakhir kepada beliau. Kematian beliau turut dirasai malah telah dihadiri oleh beberapa rakan artis iaitu [[Saiful Apek]], [[Yassin Yahya]], [[Mazlan Pet Pet]], serta vokalis kumpulan Search, [[Amy Search]] dan juga Presiden Seniman Malaysia, [[Harun Salim Bachik]]. Mereka juga telah merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Bob Kuman serta kehilangan besar buat industri seni hiburan tanahair.<ref>[http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0505&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm Berakhir derita Bob Kuman - Kosmo!]</ref><ref>[http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2012/05/03/bob-kuman-meninggal-dunia/ Bob Kuman meninggal dunia - mStar Online]</ref>
 
== Rujukan ==