Zul Ariffin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LoveNora (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 35:
Selepas ''Gerak Khas'' "direhatkan" dengan episod terakhirnya disiarkan pada 22 Julai 2011, beliau membintangi drama ''[[Nora Elena]]'' bersama pelakon jelita [[Siti Saleha]] yang disiarkan di [[Slot Akasia|Slot Akasia TV3]], beliau dikatakan telah mengalami kesuraman pada 2012, pada ketika beliau mencapai berat badan yang berlebihan. Pada masa itu, beliau tidak menerima tawaran kerja selama setahun setengah. Pada 2013, Zul berlakon dalam satu-satunya drama TV lakonannya pada tahun itu, ''Luluhnya Sebuah Ikrar'' bersama [[Sara Ali]] dan [[Ryzal Jaafar]].
 
Bekerja di bawah arahan pelakon senior [[Ellie Suriati]], Zul berlakon dalam filem keduanya&mdash;filem seram berjudul ''Penanggal'' bersama [[Fasha Sandha]] dan diikuti oleh filem ketiga lakonannya, ''[[Bikers Kental]]'' bersama [[Awie]], [[Zizan Razak]] dan [[Bront Palarae]] yang ditayangkan pada 23 Mei 2013. Beliau kembali ke bidang lakonan dan ternyata kemunculan semulanya membuahkan hasil apabila membintangi ''[[drama Rindu Awak 200%|Rindu Awak 200%]]''<ref>Kemalia Othman (23 Mac 2015). [http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/03/23/zul-ariffin/ Rindu Awak 200% Bawa Karier Zul Ariffin Ke Tahap Lebih Tinggi] ''[[mSTAR Online]]''. Dicapai pada 1 April 2015.</ref> bersama pelakon dan penyanyi yang sedang meningkat naik, [[Ayda Jebat]] yang melakonkan watak Armel Aisya dan Zul memegang watak sebagai Zill Faezrul, drama ini disiarkan di [[Slot Akasia|Slot Akasia TV3]] dari 15 Julai hingga 1 September 2014.<ref>Nina Farzuin Md. Sharom (23 Mac 2015). [http://www.sinarharian.com.my/hiburan/rindu-awak-200-bukti-kehebatan-drama-adaptasi-1.371833 Rindu Awak 200% bukti kehebatan drama adaptasi] ''[[Sinar Harian]]''. Dicapai pada 1 April 2015.</ref> Profil Zul sebagai pelakon bertambah teguh apabila beliau memenangi [[Bintang Harapan FFM|Pelakon Harapan Lelaki Terbaik]] di [[Festival Filem Malaysia ke-26]] menerusi persembahan cemerlangnya dalam filem ''Penanggal'', sekaligus menewaskan pelakon lain termasuk [[Karl Shafek]] (''[[Zaiton Ceritaku]]''), [[Shukri Yahaya]] (''Ular'') dan [[Syazwan Zulkifli]] (''[[Juvana (filem)|Juvana]]'').
 
Pada tahun yang sama, beliau memegang watak sebagai Airil dalam siri televisyen waktu perdana [[Slot Akasia|Slot Akasia TV3]], ''[[Istikharah Cinta]]'' bersama heroinnya, [[Faye Kusairi]] yang memegang watak sebagai Dina Alia, seterusnya melakonkan watak ketua [[mafia]] dalam filem aksi ''[[Balistik (filem)|Balistik]]'' bersama pelakon utamanya, [[Rosyam Nor]] dan [[Rita Rudaini]]. Bekerja di bawah arahan [[Pierre Andre]], beliau bersama Mon Ryanti membintangi filem seram, ''Jin'' terbitan Empat Samudera.<ref>{{cite news|url=http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0819&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm|title=Jin temukan Zul Ariffin, Mon Ryanti|author=|publisher=[[Kosmo!]]|date=19 Ogos 2014|accessdate=30 Ogos 2014}}</ref>