Monolingualisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Epilepson (bincang | sumb.)
Baris 34:
=== Prestasi ingatan ===
Dalam satu kajian yang diadakan di [[Universiti Florida]], yang membandingkan penutur bilingual Inggeris-asli dengan penutur monolingual Inggeris, walaupun tidak terdapat sebarang perbezaan dalam ketepatan antara kedua-dua kumpulan, jelas terdapat kadar menjawab lebih lambat daripada penutur bilingual dalam tugasan yang melibatkan kependaman mengenali satu senarai perkataan abstrak dan tugasan keputusan leksikal.<ref>Ransdell, Sarah Ellen; Fischler, Ira (1987). "Memory in a monolingual mode:When are bilinguals at a disadvantage?". ''Journal of Memory and Language''. '''26''' (4): 392–405. doi:10.1016/0749-596x(87)90098-2.</ref> Untuk kedua-dua tugasan ini, proses khusus-bahasa dan didorong data lebih berleluasa, iaitu tugasan-tugasan tersebut didorong oleh bahasa yang dominan dan data (perkataan yang digunakan dalam tugasan). Kajian tersebut berlainan daripada kajian sebelumnya kerana terdapat lebih banyak keadilan dalam pengenalaan bahasa dominan. Hipotesis Magiste (1980), yang ia mungkin disebabkan oleh pengenalan berbeza dengan bahasa dominan, dicadangkan sebagai satu sebab yang boleh dipercayai bagi kelemahan penutur bilingual.<ref>Magiste, Edith (1980). "Memory for numbers in monolinguals and bilinguals". ''Acta Psychologica''. '''46''': 63–68. doi:10.1016/0001-6918(80)90059-1.</ref> Mereka menjelaskan bahawa bagi penutur bilingual, ia mungkin kerana perolehan dan penggunaan bahasa kedua bermaksud terdapat kurang masa untuk memproses bahasa Inggeris, apabila dibandingkan dengan peserta-peserta monolingual dalam kajian.
 
<br />
Namun, bukti daripada kajian yang terkini menunjukkan bahawa penutur bilingual mempunyai masa tindak balas yang lebih pantas dalam kebanyakan tugasan daya ingatan yang bekerja. Walaupun kebanyakan kajian menegaskan bahawa kanak-kanak monolingual mengatasi kanak-kanak bilingual, terdapat juga kajian yang lain yang mengatakan keputusan yang bertentangan. Kajian oleh Bialystok et al., seperti yang telah dilaporkan oleh Kapa dan Colombo (2013, m.s. 233), menunujukkan individu-individu bilingual mengatasi individu-individu monolingual dalam pelbagai ujian kognitif, lalu menunjukkan manfaat kawalan kognitif.
== Rujukan ==
<references />