Orkestra RTM: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Pengemasan.
Baris 21:
}}
 
'''Orkestra RTM''' merupakan sebuah [[orkestra]] [[penyiaran]] yang berpangkalan di [[Kuala Lumpur]], [[Malaysia]] dimiliki oleh stesen penyiaran awam milik kerajaan, [[Radio Televisyen Malaysia]] ([[RTM]]). Ia ditubuhkan pada 1961 dan merupakan orkestra muzik yang tertua di Malaysia. Orkestra RTM berjaya melahirkan ramai pemuzik profesional seperti Dato' Dr. [[Ahmad Nawab]], Osman Ahmad, [[Kassim Masdor]], Ahmad Idris, dan Jimmy Foong. Ia menjadi pemangkin perkembangan industri muzik tempatan yang telah melahirkan ramai komposer berbakat dengan lagu-lagu malar segar sehingga ke hari ini.<ref>{{cite news|url=http://carmahlms.com/info_muzik/ISarticles/ISkoRTM.htm|title=Kehebatan Orkestra RTM|publisher=Info Seni|accessdate=15 Mac 2017}}</ref><ref>{{cite news|url=http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm|title=Mencari Orkestra RTM|publisher=''[[Utusan Malaysia]]''|date=3 Julai 2001|accessdate=15 Mac 2017}}</ref>
 
Orkestra RTM meraikan ulang tahunnya ke-50 pada 2011.<ref>{{cite news|url=http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm|title=Orkestra RTM 50 tahun|author=Abdul Aziz Itar|publisher=''[[Utusan Malaysia]]''|date=30 Disember 2010|accessdate=15 Mac 2017}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm|title=50 tahun penuh gemilang|publisher=''[[Kosmo!]]''|date=27 Oktober 2011|accessdate=15 Mac 2017}}</ref>
 
==Sejarah==
Orkestra RTM bermula dengan nama Orkes Radio Malaysia yang dipimpin Tan Sri [[Ahmad Merican]] dengan beroperasi di Rumah Persekutuan di Jalan Raja, [[Kuala Lumpur]], dengan berkonsepkan pancaragam utama yang dianggotai seramai 13 ahli yang tertumpu dalam kelompok keluarga peralatan muzik yang dikenali dalam bahasa Inggeris brasa (contohnya seperti trompet), saxes (contoh, saksofon) dan rhythm (contoh, dram). Ahli orkestra tersebut kemudian bertambah dengan penambahan ahli muzik peralatan muzik bertali (contoh, biola) bermula tahun 1965 dengan 25 orang ahli. Dari 1967 sehingga 1969, keahlianya berkembang kepada 38 orang dengan berkonsep studio orkestra.<ref name="Sejarah Orkestra RTM">{{cite news|url=http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm|title=Sejarah Orkestra RTM|publisher=''[[Kosmo!]]''|date=17 Oktober 2011|accessdate=15 Mac 2017}}</ref>
 
Orkestra ini menjadi saksi kepada kelahiran kumpulan ini yang pada awalnya sebelum operasi [[RTM|Radio dan Televisyen Malaysia]] (RTM) bermula. Apabila operasi Radio dan Televisyen Malaysia disatukan pada tahun 1969, nama Orkestra Radio Malaysia ditukar kepada Orkestra RTM dan ia bertapak di Kompleks [[Angkasapuri]] sehingga kini<ref name="Sejarah Orkestra RTM"/> dan menjadi pelopor kepada populariti lagu pop Melayu, klasik dan asli yang mana sering mengiringi penyanyi seperti Datuk Yusni Hamid, Datuk [[Sharifah Aini]], Datuk [[Ahmad Nawab]], Datuk [[Ahmad Jais]] dan ramai lagi.<ref name="Sejarah Orkestra RTM"/> Orkestra ini juga mengembangkan lagi pengaruh muziknya dengan bentuk persembahan muzik [[jazz]] yang diselit elemen muzik Melayu.<ref name="Sejarah Orkestra RTM"/>
Baris 32:
Orkestra RTM bukan saja terbabit dalam konsert mega seperti Malam Irama Malaysia, Konsert Perpaduan, Konsert Seniman Silam, Konsert Diraja malah turut menyumbangkan tenaga untuk persembahan yang dianjurkan di bawah RTM seperti program Getaran, Konsert P. Ramlee, Konsert Tiada Lama Tiada Baru ORTM... Yusni Hamid, Konsert Eksklusif Orkestra RTM Datuk M. Daud Kilau<ref>{{cite news|url=http://www.budiey.com/konsert-eksklusif-orkestra-rtm-datuk-daud-kilau/|title=Konsert Eksklusif Orkestra RTM Datuk M. Daud Kilau|publisher=Sensasi Selebriti|date=19 November 2014|accessdate=15 Mac 2017}}</ref> dan banyak lagi.<ref name="Sejarah Orkestra RTM"/> Kewujudannya sejajar kematangan usianya dalam pembangunan industri muzik tempatan dalam usaha untuk kembali diangkat sebagai kumpulan orkestra disegani, bukan hanya gah pada namanya sebagai kumpulan okrestra paling lama bertapak di negara ini tetapi pada masa sama jenis muzik yang dimainkan.<ref name="Sejarah Orkestra RTM"/>
 
Orkestra RTM juga membuat persembahan di peringkat antarabangsa seperti di Festival Jazz Antarabangsa Jakarta (JIJF) 2012,<ref>{{cite news|url=http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2012/10/13/orkestra-rtm-wakili-negara-ke-jakarta-jazz-festival/|title=Orkestra RTM Wakili Negara Ke 'Jakarta Jazz Festival'|publisher=''[[mSTAR Online]]''|date=13 Oktober 2012|accessdate=15 Mac 2017}}</ref> dan menerbitkan 16 cakera padat pelbagai genre lain termasuk Jazz Tribute To Malaysian Songs yang diedarkan ke seluruh dunia dan Muzsic on Demand yang diterbitkan dengan kerjasama [[Penerbangan Malaysia]] (MAS). Orkestra ini diundang buat kali ketiga untuk menjayakan Festival JAVA Jazz yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 6-8 Mac 2015.<ref name="Orkestra RTM gah">{{cite news|url=http://www.hmetro.com.my/node/34627|title=Orkestra RTM terus gah|author=Ramlah Zainal|publisher=''[[Harian Metro]]''|date=4 Mac 2015|accessdate=15 Mac 2017}}</ref> Delegasinya melibatkan seramai 24 pemuzik tempatan di bawah pimpinan Pengarah Muzik Datuk [[Mokhzani Ismail]]<ref name="Orkestra RTM gah"/> yang turut menampilkan kumpulan Radio TV Malaysia Big Band yang berkongsi pentas dengan penyanyi lagenda Indonesia [[Harvey Malaiholo]].<ref name="Orkestra RTM gah"/>
 
==Konsert Gemilang 50 Tahun==
Baris 53:
 
==Pencapaian==
Pada Januari 2011, Orkestra RTM telah menerima penghargaan daripada [[MalaysianThe Book of Records|Malaysia Book Ofof Records]] sebagai orkestra paling lama bertahan di Malaysia (1961 - 2011).<ref>{{cite news|url=http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm|title=Orkestra RTM terima pengiktirafan|author=Hasnurul Mohamed|publisher=''[[Utusan Malaysia]]''|date=18 JanauriJanuari 2011|accessdate=15 Mac 2017}}</ref>
 
==Lihat juga==