Filipina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Membatalkan semakan 4685244 oleh 100.7.65.166 (Perbincangan)
Teg: Buat asal
Pengemasan.
Baris 63:
| established_date2 = [[24 Mac]] [[1934]]
| established_event3 = [[Hari Persahabatan Filipina-Amerika|Diiktiraf]]
| established_date3 = [[4 Julai]] [[1946]]
| established_event4 = [[Perlembagaan Filipina|Perlembagaan terkini]]
| established_date4 = [[2 Februari]] [[1987]]
| currency = [[Peso Filipina]] (Piso)
| currency_code = PHP
Baris 82:
}}
 
'''Filipina''' [fi-li-pi-na] ({{lang-fil|Pilipinas}} atau ''{{lang|fil|Filipinas}}'', {{lang-en|the Philippines}}) atau nama rasminya '''Republik Filipina''' ({{lang-fil|Republika ng Pilipinas}}; {{lang-en|Republic of the Philippines}}) merupakan sebuah [[negara kepulauan]] [[negara unitari|unitari]] [[negara berdaulat|berdaulat]] di [[Asia Tenggara]]. Terletak di Lautan Pasifik barat, ia terdiri daripada kira-kira 7,641 buah pulau<ref>{{cite news|url=http://cnnphilippines.com/videos/2016/02/20/More-islands-more-fun-in-PH.html|title=More islands, more fun in PH|publisher=''[[CNN Philippines]]''|date=February 20, 2016|accessdate=February 20, 2016}}</ref> yang terbahagi kepada tiga rantau iaitu (dari utara ke selatan) [[Luzon]], [[Visayas]], dan [[Mindanao]]. Ibu negara Filipina ialah [[Manila]] sementara bandar yang paling ramai penduduk ialah [[Bandar Quezon]], kedua-duanya tergolong dalam wilayah [[Metro Manila]].<ref>{{cite web|url=http://www.mmda.gov.ph/|title=Metro Manila Official Website|work=Metro Manila Development Authority|accessdate=December 17, 2015}}</ref> Dikelilingi oleh [[Laut China Selatan]] di barat, [[Laut Filipina]] di timur dan [[Laut Sulawesi]] di barat daya, negara Filipina berkongsi sempadan maritim dengan [[Taiwan]] di utara, [[Vietnam]] di barat, [[Palau]] di timur, dan [[Malaysia]] dan [[Indonesia]] di selatan.
 
Kedudukan Filipina di [[lingkaran api Pasifik]] dan hampir dengan [[khatulistiwa]] menyebabkan negara itu terdedah kepada gempa bumi dan ribu taufan, tetapi juga kaya dengan sumber alam dan antara kepelbagaian alam terbesar di dunia. Filipina mencatat keluasan tanah {{convert|343,448|km2|sp=us}}<ref name=size /> dengan lebih 100 juta orang setakat tahun 2015.<ref name="2015 census" /> {{as of|2018|1}}, Filipina merupakan negara Asia kelapan paling ramai penduduk dan [[Senarai negara mengikut jumlah penduduk|negara ke-12 paling ramai penduduk di dunia]]. Kira-kira 10 juta lago orang Filipina tinggal di luar negara,<ref name="CFO2013">{{cite web|url=http://www.cfo.gov.ph/images/stories/pdf/StockEstimate2013.pdf|title=Stock Estimate of Filipinos Overseas As of December 2013|publisher=Philippine Overseas Employment Administration|accessdate=September 19, 2015}}</ref> menjadikan salah sebuah masyarakat [[diaspora]] yang terbesar di dunia. Terdapat berbilang suku dan etnik di seluruh kepulauan. Kaum [[Negrito]] adalah antara penduduk terawal pulau sejak zaman prasejarah lagi, diikuti oleh kedatangan [[orang Austronesia]] secara bergilir-gilir.<ref name="Dyen1965">{{cite journal |author=Isidore Dyen|authorlink=Isidore Dyen|title=A Lexicostatistical Classification of the Austronesian Languages|journal=Internationald Journal of American Linguistics, Memoir|year=1965|volume=19|pages=38–46}}</ref> Berlakunya pertukaran bersama bangsa-bangsa Cina, [[Etnik Melayu|Melayu]], India dan Islam. Kemudian, ditubuhkan pelbagai negeri yang bersaing sesama sendiri di bawah pemerintahan [[Datu]], [[Raja]], [[Sultan]] mahupun [[Lakan]].
 
Ketibaan penjelajah Portugis bernama [[Ferdinand Magellan]] yang mengetuai armada bagi pihak Spanish, di [[Homonhon]], [[Samar Timur]] pada 1521 menandakan bermulanya penjajahan Sepanyol. Pada 1543, penjelajah Sepanyol [[Ruy López de Villalobos]] menamakan kepulauan ini ''{{lang|es|[[:es:Filipinas|Las Islas Filipinas]]}}'' sempena Raja [[Felipe II dari Sepanyol]]. Dengan tibanya [[Miguel López de Legazpi]] dari Bandar Raya Mexico, pada 1565, ditubuhkannya penempatan Hispanik pertama di kepulauan.<ref>{{cite web |url=http://www.cebucitytour.com/about-cebu/history/ |title= History of Cebu |publisher= Cebu City Tour |accessdate=February 22, 2013}}</ref> Filipina menganggotai [[Empayar Sepanyol]] selama lebih daripada 300 tahun. Kesannya, agama [[Katolik]] menjadi agama dominan. Pada zaman ini, [[Manila]] menjadi hab barat bagi perdagangan trans-Pasifik yang menyambungkan [[Asia]] dengan [[Acapulco]] di [[benua Amerika]].<ref name=Kane>{{cite book|last = Kane|first = Herb Kawainui|authorlink = Herb Kawainui Kane|editor = Bob Dye|chapter = The Manila Galleons|title = Hawaiʻ Chronicles: Island History from the Pages of Honolulu Magazine|volume = I|publisher = [[University of Hawaii Press]]|year = 1996|location = Honolulu|pages = 25–32|isbn = 0-8248-1829-6}}</ref>
 
Di akhir abad ke-19, berlakunya [[Revolusi Filipina]] yang membuahkan [[Republik Filipina Pertama]] yang pendek hayatnya, diikuti oleh [[Perang Filipina-Amerika]].<ref name=Constantino1975 /> Semenjak itu [[Amerika Syarikat]] memegang kedaulatan ke atas kepulauan Filipina (kecuali apabila tempoh [[Pendudukan Jepun di Filipina|pendudukan Jepun]]) hinggalah selepas [[Perang Dunia Kedua]], apabila Filipina diiktiraf sebagai bangsa yang merdeka. Semenjak itu, Filipina seringkali mengalami pergolakan dalam demokrasi, termasuklah pernah menggulingkan pemerintahan diktator secara [[Revolusi Kuasa Rakyat|revolusi tanpa kekerasan]].<ref>{{cite web|url = http://www.stuartxchange.org/DayFour.html|title = The Original People Power Revolution|accessdate = February 28, 2008|publisher = QUARTET p. 77}}</ref>
 
Filipina merupakan anggota pengasas [[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]] (PBB), [[Pertubuhan Perdagangan Dunia]] (WTO), [[Persatuan Negara-negara Asia Tenggara]] (ASEAN), forum [[Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik]] (APEC), dan [[Sidang Kemuncak Asia Timur]]. Di Filipina juga letaknya ibu pejabat [[Bank Pembangunan Asia]] ({{lang-en|Asian Development Bank}}).<ref>{{cite web|title = Departments and Offices|url = http://www.adb.org/about/departments-offices#tabs-0-1|website = Asian Development Bank|publisher = Asian Development Bank|accessdate = November 26, 2015|last = admin}}</ref> Filipina dikira sebagai sebuah [[pasaran memuncul]] dan [[negara baru berindustri]],<ref name=goldmann11>{{cite web|url=http://www.chicagobooth.edu/alumni/clubs/pakistan/docs/next11dream-march%20'07-goldmansachs.pdf|archiveurl=https://web.archive.org/web/20110810095039/http://www.chicagobooth.edu/alumni/clubs/pakistan/docs/next11dream-march%20%2707-goldmansachs.pdf|title=The N-11: More Than an Acronym – Goldman Sachs|publisher=[[The Goldman Sachs Group, Inc.]]|archivedate=August 10, 2011|date=March 28, 2007}}</ref> yang mempunyai ekonomi yang beralih daripada asas pertanian kepada yang asas perkhidmatan dan perkilangan.<ref name=CIAfactbookPhilEcon>[https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/rp.html#Econ CIA World Factbook, Philippines] {{webarchive|url=https://web.archive.org/web/20150719222229/https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/rp.html |date=July 19, 2015 }}, Retrieved May 15, 2009.</ref> Filipina merupakan salah satu daripada hanya dua buah negara majoriti [[Kristian]] di Asia Tenggara selain daripada [[Timor Leste]].