Daler Yusuf: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Baris 15:
 
==Kerjaya==
Daler pertama kali berhijrah ke Malaysia pada 2010 bagi menyambung pelajarannya. Ketika mula berhijrah ke Malaysia, beliau tidak begitu fasih [[bahasa Melayu]]. Daler kemudian memotivasikan diri untuk belajar bahasa dan budaya tempatan kerana hubungan ibunya dengan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya hiburan pada usia 19 tahun dan telah menjayakan beberapa iklan termasuk [[Maxis]], [[Samsung]], dan [[Baskin-Robbins]]. Beliau dan adiknya Sherzod, yang merupakan model sambilan, mengambil bahagian dalam Minggu Fesyen Kuala Lumpur pada tahun 2015.<ref> Feride Hikmet Atak (2 SeptemebrSeptember 2018). [https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/09/468962/skrip-bantu-daler-kuasai-bahasa-melayu Skrip bantu Daler kuasai bahasa Melayu] ''[[Berita Harian]]''. Dicapai pada 5 September 2018.</ref><ref>Zaidi Mohamad (5 September 2016). [https://www.bharian.com.my/node/189778 Daler usaha fasih bahasa Melayu demi lakonan] ''[[Berita Harian]]''. Dicapai pada 5 September 2016.</ref>
 
Dalam drama ''[[Tuan Anas Mikael]]'', Daler memegang watak sebagai Mika Channarong, seorang lelaki dari [[Thailand]] manakala beliau memegang watak Adam dalam ''Lip Lap Raya''. Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama [[Nelydia Senrose]] dalam ''[[Encik Suami Mat Salih Celup]]'' yang disiarkan di [[Slot Dahlia]] [[TV3]].<ref>Zaidi Mohamad (6 Disember 2016.). [https://www.bharian.com.my/node/220862 Daler berdebar beraksi dengan Nelydia] ''[[Berita Harian]]''. Dicapai pada 6 Disember 2016.</ref> Beliau berlakon dalam drama ''[[Titian Cinta]]'' yang disiarkan di [[Slot Akasia]] TV3.
 
Kerjaya filem Daler bermula pada 2015, beliau berlakon dalam filem seram gabungan Malaysia-Indonesia, ''[[Kastil Tua]]'' arahan Chiska Doppert, yang mana beliau melakonkan watak sebagai Andre.