Malta

negara berdaulat di Eropah Selatan di kepulauan di Laut Mediterranean

Malta atau nama rasmi, Republik Malta (Malta: Repubblika ta' Malta; Inggeris: Republic of Malta; Jawi: ريڤوبليك مالتا) ialah sebuah negara kepulauan di selatan Eropah yang terdiri daripada kepulauan di tengah-tengah Laut Mediterranean yang berada betul-betul di selatan Itali. Kedudukannya yang strategik telah menyebabkan Malta dijajah dan diperintah oleh pelbagai kuasa selama beberapa abad.

Republik Malta
ريڤوبليك مالتا
Repubblika ta' Malta (Malta)
Republic of Malta (bahasa Inggeris)
Bendera Malta
Jata Malta
Bendera Jata
Cogan kataVirtute et constantia
"Dengan kekuatan dan konsisten"
Lagu kebangsaanL-Innu Malti
Gita Puja Malta
Lokasi  Malta  (bulatan hijau) – di Eropah  (hijau cerah & kelabu gelap) – di Kesatuan Eropah  (hijau cerah)  –  [Petunjuk]
Lokasi  Malta  (bulatan hijau)

– di Eropah  (hijau cerah & kelabu gelap)
– di Kesatuan Eropah  (hijau cerah)  –  [Petunjuk]

Ibu negaraValletta
35°54′N 14°31′E / 35.900°N 14.517°E / 35.900; 14.517Koordinat: 35°54′N 14°31′E / 35.900°N 14.517°E / 35.900; 14.517
bandarSt. Paul's Bay
Bahasa rasmiBahasa Malta,[d] Bahasa Inggeris
Other languageBahasa Itali Malta (66% boleh bertutur)[1]
Kumpulan etnik
(2019[2])
Agama
Katolik
KerajaanRepublik berperlembagaan berparlimen unitari
• President
Myriam Spiteri Debono
Robert Abela
Badan perundanganParlimen Malta
Kemerdekaan 
21 September 1964
• Republik
13 Disember 1974
Keluasan
• Jumlah
316[3] km2 (122 bt2) (ke-185)
• Perairan (%)
0.001
Populasi
• Perkiraan 2019
493,559[4] (ke-167)
• Bancian Penduduk 2011
416,055[5]
1,457[5]/km2 (3,773.6/sq mi) (kelima)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$22.802  bilion[6]
$48,246[6]
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$15.134 bilion[6]
$32,021[6]
Gini (2018)negative increase 28.7[7]
rendah · ke-15
HDI (2018) 0.885[8]
sangat tinggi · ke-28
Mata wangEuro (€)[b]
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (Waktu Eropah Tengah)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (Waktu Musim Panas Eropah Tengah)
Format tarikhdd/mm/yyyy (AD)
Bahagian memandukiri
Kod panggilan+356
Kod ISO 3166MT
DPT internet.mt[c]
Laman web rasmi
gov.mt
  1.   Berdasarkan bancian pada 2011[5]
  2.   Lira Malta sebelum 2008
  3.   .eu turut digunakan bersama-sama negara Kesatuan Eropah
  4.   Termasuk Bahasa Isyarat Malta[9]

Penamaan sunting

Asal perkataan Malta adalah tidak jelas dan variasi perkataan itu diambil dari Bahasa Malta. Etimologi yang paling banyak diterima adalah kata Malta itu berasal daripada kata Yunani , meli (μέλι), 'madu'. Orang Yunani kuno menamakan pulau itu Melitē (Μελίτη) yakni 'madu manis', mungkin kerana Malta menghasilkan madu unik dari sebuah jenis lebah endemik di pulau itu. Orang Rom kemudian memanggil pulau itu dengan nama Melita yang dianggap sebagai perumian dari kata Yunani (Μελίτη) atau sebagai adaptasi pengucapan dialek Yunani Dorik bagi perkataan sama Μελίτη.[10]

Sejarah sunting

Malta mendapat kemerdekaan pada 21 September 1964 daripada United Kingdom. Pada asalnya, Malta mengiktiraf Elizabeth II sebagai Ratu Malta, tetapi menjadi republik pada 13 Disember 1974, dan ketua negara digantikan dengan seorang Presiden.

Pada 16 Julai 1990, menteri luar negeri, Guido de Marco memohon agar Malta menyertai Kesatuan Eropah (EU).[11] Sebuah referendum pada 8 Mac 2003 membawa kepada keputusan yang menyokong kemasukan ke EU.[12] Perdana Menteri Eddie Fenech Adami menandatangani perjanjian kemasukan ke EU pada 16 April 2003 di Athens,[13] dan secara rasminya menyertai EU pada 1 Mei.[14] Malta kemudiannya menyertai zon euro pada 1 Januari 2008.[15]

Geografi sunting

Keluasan Malta ialah kira-kira 316 km2, negara kesepuluh terkecil di dunia.[16] Malta ialah sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean dengan tiga pulau utama, iaitu Malta (246 km²), Gozo (67.1 km²) dan Comino (2.8 km2).[17] Pulau-pulau ini sahaja yang dihuni masyarakat negara. Malta tidak memiliki sungai atau tasik yang kekal. Titik tertinggi Malta ialah Ta' Dmejrek dengan ketinggian 253 meter.

Iklim di Malta ialah iklim Mediterrainean.[17] Malta memiliki musim panas bersuhu tinggi dan musim sejuk yang sederhana. Hujan biasanya turun pada musim luruh dan sejuk, dan musim panas di Malta ialah kering secara lazim.

Politik sunting

Malta mengamalkan sistem republik dengan sistem parlimen yang menyerupai sistem Westminster.[18] Presiden Malta bertindak sebagai ketua negara dan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan. Parlimen Malta terdiri daripada satu dewan yang memiliki 67 buah kerusi setakat kini.

Pembahagian pentadbiran sunting

Malta secara asasnya terbahagi kepada lima kawasan dengan pentadibran sendiri yang bertindak sebagai perantara antara kerajaan kebangsaan dan tempatan.[19] Di bawah pentadbiran ini ialah 68 buah badan perbandaran tempatan.

Demografi sunting

Bancian pada 2011 meletakkan angka jumlah penduduk Malta pada 408,000 orang.[20] Jumlah penduduk ini menjadikan Malta sebagai negara paling padat penduduk di Kesatuan Eropah dengan 1,282 orang/km2. Anggaran kadar kesuburan penduduk Malta ialah 1.45 orang anak per perempuan.

Bahasa sunting

Perlembagaan negara mengiktiraf dua bahasa, bahasa Malta dan bahasa Inggeris dengan keutamaan diberi terhadap bahasa Malta.[18]

Agama sunting

Kristian Katolik ialah agama rasmi Malta menurut perlembagaan,[18] dan agama hampir keseluruhan penduduk Malta, yakni kira-kira 93.9% penduduk negara setakat 2018.[21] Kira-kira 4.5% penduduk dikatakan tidak terikat dengan sebarang agama, salah satu angka terendah dalam kalangan negara Eropah.[21]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Europeans and their Languages" (PDF). European Commission (dalam bahasa Inggeris). Special Eurobarometer. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2017. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  2. ^ Diacono, Tim (18 April 2019). "Over 100,000 Foreigners Now Living In Malta As Island's Population Just Keeps Ballooning". lovinmalta.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2019.
  3. ^ Zammit, Andre (1986). "Valletta and the system of human settlements in the Maltese Islands". Ekistics. 53 (316/317): 89–95. JSTOR 43620704.
  4. ^ "World Population Day". nso.gov.mt. Malta National Statistics Office. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Ogos 2019.
  5. ^ a b c Census 2011. National Statistics Office, Malta
  6. ^ a b c d "Malta". Tabung Kewangan Antarabangsa.
  7. ^ "Gini coefficient of equivalised disposable income - EU-SILC survey". ec.europa.eu (dalam bahasa Inggeris). Eurostat. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 March 2019.
  8. ^ "Human Development Report 2019" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). UNDP. 10 Disember 2019. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 22 Mac 2017.
  9. ^ "Maltese sign language to be recognised as an official language of Malta". The Malta Independent (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2018.
  10. ^ "Archived copy" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 23 Disember 2017.CS1 maint: archived copy as title (link)
  11. ^ Grima, Noel (2 October 2011). "Retaining Guido De Marco's Euro-Mediterranean vision". The Malta Independent. Standard Publications Ltd. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 March 2016. Dicapai pada 27 February 2016.
  12. ^ "Malta votes 'yes' to EU membership". CNN. 9 March 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 March 2003. Dicapai pada 1 October 2014.
  13. ^ Bonello, Jesmond (17 April 2013). "Malta takes its place in EU". The Times (dalam bahasa Inggeris). Malta. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2016. Dicapai pada 27 Februari 2016.
  14. ^ "The History of the European Union – 2000–today". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2007. Dicapai pada 12 October 2007.
  15. ^ "Cyprus and Malta set to join eurozone in 2008" (dalam bahasa Inggeris). 16 May 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2009. Dicapai pada 12 Oktober 2007.
  16. ^ State of the Environment Report for Malta 1998 Diarkibkan 2015-04-02 di Wayback Machine
  17. ^ a b The Maltese Islands Diarkibkan 3 Julai 2007 di Wayback Machine, Department of Information – Malta.
  18. ^ a b c "Constitution of Malta". Ministry for Justice, Culture and Local Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2018. Dicapai pada 10 February 2018. - Article 40: "all persons in Malta shall have full freedom of conscience and enjoy the free exercise of their respective mode of religious worship."
  19. ^ Protokol Lokali u Reġjonali (PDF) (dalam bahasa Malta). Valletta: Dipartiment tal-Informazzjoni. m/s. 5–6. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 June 2012. Dicapai pada 2 April 2015.
  20. ^ CIA. "Malta". The World Factbook (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Disember 2010.
  21. ^ a b "MaltaToday Survey | Maltese identity still very much rooted in Catholicism". MaltaToday.com.mt (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2019. Dicapai pada 2019-03-26.

Pautan luar sunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.