Mareșal (Romania)

Mareșal (Marsyal) ialah pangkat tertinggi dalam Tentera Darat Romania, dan Angkatan Tentera Romania. Ia setaraf dengan Fil Marsyal di negara-negara lain.

Pangkat mareșal hanya boleh dianugerahkan kepada Jeneral atau Laksamana (Romania: amiral), dalam masa perang kerana kebaktian tentera yang luar biasa,[1] oleh Presiden Romania[2] dan di sahkan oleh Majlis Tertinggi Pertahanan Negara.[3]

Hanya tiga orang yang bukan kerabat diraja telah dianugerahkan pangkat mareșal setakat ini: Alexandru Averescu, Constantin Prezan, dan Ion Antonescu. Dua orang yang pertama ialah Jeneral semasa Perang Dunia I, dan yang kedua ialah Jeneral semasa Perang Dunia II, dan Pemerintah Romania antara penurunan takhta Raja Carol II (6 September 1940) dan penahanannya oleh Raja Michael I (23 Ogos 1944). Antara raja-raja Romania, Ferdinand I, Carol II dan Mihai I adalah Marsyal Romania. Raja Carol I adalah Fil Marsyal Rusia dan Jerman secara serentak.

Rujukan sunting

  1. ^ "Law no. 80 from 11 July 1995 regarding the Statute of the Military Personnel" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-09-08. Dicapai pada 2015-12-12.
  2. ^ The Constitution of Romania[pautan mati kekal]
  3. ^ "Law no. 415 from 27 June 2002 referring to the functioning of the Supreme Council of National Defense". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-01-17. Dicapai pada 2021-08-30.

Templat:Pangkat tentera Romania