Marsyal (juga dieja marshall)[1][2] adalah satu istilah yang digunakan dalam beberapa gelaran rasmi di pelbagai cabang masyarakat. Tatkala marsyal menjadi anggota istana yang dipercayai di Zaman Pertengahan Eropah, gelaran tersebut berkembang dengan reputasi. Dalam tempoh beberapa abad yang lepas, ia telahpun digunakan untuk jawatan tertinggi, seperti didalam pangkat tentera dan penguatkuasaan undang-undang awam.

Etimologi

sunting

"Marsyal" adalah suatu kata pinjaman purba daripada (Bahasa Norman) Perancis Kuno (rujuk bahasa Perancis moden maréchal), yang seterusnya dipinjam dari Bahasa Frank Kuno *marhskalk (="penjaga kuda, penjaga, orang gaji"), yang masih dapat dilihat dalam Bahasa Belanda Pertengahan maerscalc, marscal, dan dalam bahasa Belanda moden maarschalk (="ketua panglima tentera"; maksud ini dipengaruhi oleh penggunaan bahasa Perancis).

Ia kata seasal dengan Bahasa Jerman Hulu Kuno mar(ah)-scalc "id.", bahasa Jerman moden (Feld-)Marschall (="ketua panglima tentera"; sekali lagi, maksud ini dipengaruhi oleh penggunaan bahasa Perancis).[3]

Ia pada asalnya dan secara harfiah bermaksud "pengembala kuda", dari bahasa Jermanik *marha- "horse" (rujuk bahasa Inggeris mare dan bahasa Jerman moden Mähre, bermaksud "kuda berkualiti buruk") dan skalk- "pengembala" (rujuk bahasa Inggeris Kuno scealc "askar pengembala" dan bahasa Jerman lapuk Schalk, bermaksud "pengembala berpangkat tinggi").[4] Nama asal "pengembala kuda" ini dikekalkan dalam bahasa terkini Perancis untuk tukang ladam (farrier): maréchal-ferrant.

Bekas gelaran comes stabuli ("count of the stables") Rom dan Byzantine ini telah diterima pakai sebagai satu analog Latin, yang telah menjadi connétable Perancis dan, berasal dari bahasa Perancis, perkataan Inggeris ialah konstabel. Akhirnya, dalam empayar Byzantine seorang marsyal dengan kuasa yang tinggi, terutamanya di sebuah markas pemerintahan tentera daerah sempadan, juga dikenali sebagai seorang Exarch (Gabenor).

Ketenteraan

sunting

Di kebanyakkan negara, pangkat marsyal, rujuk Fil Marsyal, adalah pangkat tertinggi tentera darat, mengatasi pegawai jeneral yang lain. Persamaan pangkat tentera laut ialah Laksamana Armada.

Marsyal biasanya, tetapi tidak secara eksklusif, hanya dilantik pada masa perang. Di kebanyakkan negara, terutama di Eropah, simbol khas seorang marsyal ialah baton, dan lambang kebesaran mereka sering menggabungkan baton.

Di beberapa negara, istilah "marsyal" digunakan sebagai menggantikan "jeneral" dalam pangkat tentera udara. Empat pangkat tertinggi Tentera Udara Diraja ialah Marsyal Tentera Udara Diraja, Ketua Marsyal Udara, Marsyal Udara dan Marsyal Madya Udara (namun nama pertama, yang secara umumnya telah digantung sebagai pangkat masa aman, adalah satu-satunya yang boleh dianggap betul sebagai marsyal). Pangkat lima bintang Marsyal Tentera Udara telah digunakan oleh beberapa tentera udara Negara-Negara Komanwel dan Timur Tengah.

Di dalam Tentera Darat Perancis dan kebanyakkan Tentera Darat Nasional menjadikan sistem Perancis sebagai model, maréchal des logis ("marshal-of-lodgings") ialah istilah kavalri yang bersamaan dengan sarjan.

Sesetengah pemerintah dahulu telah menggunakan gelaran khas "marsyal" sebagai memberi ganjaran untuk matlamat tertentu. Walaupun sebenarnya bukan pangkat tentera, gelaran kehormat ini telah dikurniakan secara eksklusif kepada pemimpin tentera yang berjaya, seperti Marsyal Besar Ayacucho Antonio José de Sucre yang terkenal. Paling terkenal adalah Marsyal-Marsyal Perancis (Maréchaux de France), sekurang-kurangnya dibawah Napoléon I. Satu lagi gelaran tersebut adalah Reichsmarschall, dikurniakan kepada Hermann Goering oleh Adolf Hitler, namun ia bukan gelaran tetap kerana ia telahpun "dicipta" untuk Goering yang merupakan satu-satunya pemegang gelaran dalam sejarah. Di England semasa Perang Baron Pertama gelaran "Marsyal Tentera Tuhan" telah dikurniakan kepada Robert Fitzwalter melalui pilihanraya.

Kedua-dua Soviet Union dan Rusia mempunyai jeneral ketumbukan dan juga "marsyal" dalam sistem pangkat mereka, tetapi yang kedua merupakan satu pangkat kehormat.

Pangkat marsyal mengikut negara

sunting

Artikel berikut membincangkan pangkat marsyal seperti yang digunakan oleh negara-negara tertentu:

Lihat juga:

Setaraf marsyal

sunting

Pangkat-pangkat ini telah dianggap setaraf dengan seorang marsyal:

Polis tentera

sunting

Nama tersebut juga digunakan kepada pemimpin organisasi polis tentera.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Webster's Encyclopedic Unabridged Dictionary of the English Language. New York: Gramercy Books. 1996. m/s. 879. ISBN 0-517-15141-3.
  2. ^ According to Merriam Webster's, marshall is "considered a spelling error by several commentators" and "In American English, especially, marshal is the better choice."
  3. ^ Elmar Seebold, penyunting (2002). Kluge, Etymologisches Wörterbuch der deutschen Sprache (ed. 24th). Berlin – New York: Walter de Gruyter. m/s. 1112. ISBN 978-3-11-017473-1.
  4. ^ Jacob und Wilhelm Grimm, Deutsches Wörterbuch, Leipzig 1854–1960, Vol. 12 Col. 1673 Online-Version

Templat:Highest Military Ranks