Fil Marsyal (Thailand)

Fil Marsyal Thai (Bahasa Thai: จอมพล, จอมพลทหารบก) adalah pangkat paling kanan dalam Tentera Darat Diraja Thai. Hari ini ia dipegang secara istiadat oleh ahli kerabat diraja Thai dan hanya wujud atas kertas dalam tentera Thai. Ia tidak dikurniakan kepada pegawai tauliah tetap sejak tahun 1973. Pangkat setaraf Tentera Laut Diraja Thai dikenali sebagai Chom Phon Ruea ('Laksamana Armada') dan Chom Phon Akat ('Marsyal Tentera Udara Diraja Thai') bagi Tentera Udara Diraja Thai.

Fil Marsyal
จอมพล, จอมพลทหารบก

Bendera rasmi Fil Marsyal

Insignia epaulet Fil Marsyal
Negara
Thailand
Cabang perkhidmatan Tentera Darat Diraja Thai
Singkatan FM
Pangkat Pangkat lima bintang
Diperkenalkan 1888
Persamaan
NATO
OF-10
Pangkat tinggi seterusnya

Ketua Utama Angkatan Tentera

Pangkat rendah seterusnya Jeneral
Persamaan pangkat tentera udara Marsyal Tentera Udara Diraja (RTAF)
Persamaan pangkat tentera laut Laksamana Armada (RTN)

Raja Thai selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera secara automatik dilantik Chom Phon selepas hari pertabalan. Pangkat ini secara rasminya dizahirkan pada tahun 1888, bersama-sama dengan semua pangkat tentera yang lain oleh Raja Chulalongkorn (Rama V), yang ingin memodenkan angkatan tenteranya mengikut gaya Barat. Selain para raja, ada 13 pelantikan lain untuk pangkat ini.

Ketua Utama Angkatan Tentera sunting

Potret Nama Bertakhta dari Bertakhta sehingga Mangkat
 
Raja Chulalongkorn
(Rama V)
1 Oktober 1868 23 Oktober 1910
 
Raja Vajiravudh
(Rama VI)
23 Oktober 1910 25 November 1925
 
Raja Prajadhipok
(Rama VII)
25 November 1925 2 Mac 1935
(turun takhta)
30 Mei 1941
 
Raja Ananda Mahidol
(Rama VIII)
2 Mac 1935 9 Jun 1946
 
Raja Bhumibol Adulyadej
(Rama IX)
9 Jun 1946 13 Oktober 2016
 
Raja Vajiralongkorn
(Rama X)
13 Oktober 2016 Penyandang

Senarai Fil Marsyal sunting

No. Potret Nama Hayat Tarikh Pelantikan Nota Ruj
1
 
Putera Bhanurangsi Savangwongse 1859–1928 1910 Adinda Raja Chualongkorn. Memegang jawatan Ketua Jabatan Operasi Bersama. Kemudian baginda dilantik sebagai Laksamana Armada pada 1913.[1] Sebelum itu menyandang pangkat Jeneral dalam tentera darat. [2][3]
2
 
Putera Chirapravati Voradej,
Putera Nakhon Chaisi
1876–1913 1911 Kekanda Raja Vajiravudh. Memegang jawatan Menteri Pertahanan Siam. Sebelum ini menyandang pangkat jeneral dalam tentera darat. [4]
3
 
Putera Chakrabongse Bhuvanath,
Putera Phitsanulok
1883–1920 1917 Adinda Raka Vajiravudh. Menyusun Angkatan Ekspedisi Siam untuk dihantar ke Eropah semasa Perang Dunia I. Sebelum ini menyandang pangkat jeneral dalam tentera darat. [5][6]
4
 
Chao Phraya Bodindechanuchit
(Mom Rajawong Arun Chatrakul)
1856–1921 1917 Memegang jawatan Panglima Jabatan Operasi Bersama. Sebelum ini memegang pangkat jeneral dalam tentera darat. [5][7]
5
 
Putera Paribatra Sukhumbandhu,
Putera Nakhon Sawan
1881–1944 1917 Saudara tiri Raja Vajiravudh. Menyandang jawatan Ketua Turus Tentera Darat Siam. Juga menerima pangkat Laksamana Armada pada tahun yang sama. Sebelum itu memegang pangkat laksamana dalam tentera laut. [5][8]
6
 
Chao Phraya Surasakmontri
(Cherm Saeng-chuto)
1851–1931 1925 Panglima tentera Siam semasa Perang Haw (1865–1890). Sebelum itu memegang pangkat leftenan jeneral dalam tentera darat. [9][10][11]
7
 
Plaek Phibunsongkhram 1897–1964 1941 Perdana Menteri Thailand (1938–1944 dan dari 1948–1957). Menyandang jawatan Panglima Tertinggi Markas Angkatan Tentera Diraja Thai. Juga menerima pangkat Laksamana Armada dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada masa yang sama. Dikenali popular sebagai Chom Phon Por (Fil Marsyal Por). Sebelum itu memegang pangkat mejar jeneral dalam tentera darat. [12][13]
8
 
Phin Choonhavan 1891–1973 1953 Timbalan Perdana Menteri Thailand (1951–1956). Pemimpin Kumpulan Kudeta yang melakukan kudeta tahun 1947. Sebelum itu memegang pangkat jeneral dalam tentera darat. [14][15]
9
 
Sarit Thanarat 1908–1963 1956 Perdana Menteri Thailand (1958–1963). Menyandang jawatan Panglima Tertinggi Markas Angkatan Tentera Diraja Thai. Kemudian juga menerima pangkat Laksamana Armada dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada 1959.[16] Sebelum itu memegang pangkat jeneral dalam tentera darat, laksamana dalam tentera laut dan ketua marsyal udara dalam tentera udara.[17] [18][19]
10
 
Thanom Kittikachorn 1911–2004 1964 Perdana Menteri Thailand (Januari hingga Oktober 1958 dan dari 1963–1973). Menyandang jawatan Panglima Tertinggi Markas Angkatan Tentera Diraja Thai. Juga menerima pangkat Laksamana Armada dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada masa yang sama. Sebelum itu memegang pangkat jeneral dalam tentera darat. [20][21]
11
 
Kriengkai Attanand 1913–1972 1972 Dikurniakan selepas mati oleh Titah Diraja. Helikopter terhempas semasa bertempur dengan pemberontak komunis di Wilayah Ratchaburi. Sebelum itu memegang pangkat Leftenan Jeneral (selaku panglima Kawasan Tentera Darat Pertama). Memerintah Angkatan Ekspedisi Diraja Thai semasa Perang Korea. [22][23]
12
 
Praphas Charusathien 1912–1997 1973 Timbalan Perdana Menteri Thailand (1963–1971). Juga menerima pangkat Laksamana Armada dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada masa yang sama. Menyandang jawatan Panglima Tentera Darat Diraja Thai. Sebelum itu memegang pangkat jeneral dalam tentera darat. [24][25]
13
 
Permaisuri Bonda Sirikit 1932–kini 1992 Permaisuri Raja Bhumibol Adulyadej. Juga menerima pangkat Laksamana Armada dan Marsyal Tentera Udara Diraja pada masa yang sama. Mungkin satu-satunya wanita dalam sejarah yang mencapai pangkat tersebut. [26]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Royal Gazette, Awarding of Naval Commissions, Volume 30, Page 2441, 18 January 2456 B.E.
  2. ^ Royal Gazette, Awarding of Army Commissions, Volume 27, Page 2165, 18 December 2453 B.E.
  3. ^ Royal Thai Army. "จอมพล สมเด็จพระเจ้าบรมวงศ์เธอ เจ้าฟ้าภาณุรังษีสว่างวงษ์". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2016. Dicapai pada 27 July 2016.
  4. ^ Royal Thai Army. "จอมพล พระเจ้าบรมวงศ์เธอ กรมหลวงนครไชยศรีสุรเดช". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2011. Dicapai pada 27 July 2016.
  5. ^ a b c Royal Gazette, Awarding of Military Commissions, Volume 34, Page 2867, 31 December 2460 B.E.
  6. ^ ทหารอาสาสงครามโลกอนุสรณ์ ในบรมราชูปถัมภ์ ๑๑ พฤศจิกายน ๒๔๙๖ (PDF). 1953.
  7. ^ Royal Thai Army. "จอมพล เจ้าพระยาบดินทรเดชานุชิต (หม่อมราชวงศ์ อรุณ ฉัตรกุล)". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 August 2016. Dicapai pada 27 July 2016.
  8. ^ Royal Thai Army. "จอมพล สมเด็จพระเจ้าบรมวงศ์เธอ เจ้าฟ้าบริพัตรสุขุมพันธุ์". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2016. Dicapai pada 27 July 2016.
  9. ^ Royal Gazette, Awarding of military ranks, Volume 43, Page 432, 2 May 2469 B.E.
  10. ^ Royal Thai Army. "จอมพล เจ้าพระยาสุรศักดิ์มนตรี ( เจิม แสง-ชูโต )". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 August 2016. Dicapai pada 27 July 2016.
  11. ^ Pramote Channgam. "Famed general, Sriracha founder honoured". www.pattayamail.com. Dicapai pada 11 August 2016.
  12. ^ Royal Gazette, Announcement of Royal Decree, Volume 58, Page 981, 28 July 2484 B.E.
  13. ^ Royal Thai Army. "จอมพล หลวงพิบูลสงคราม ( จอมพล แปลก พิบูลสงคราม )". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 August 2002. Dicapai pada 27 July 2016.
  14. ^ Royal Gazette, Awarding of military ranks, Volume 70, Chapter 23, 7 April 2496 B.E.
  15. ^ Royal Thai Army. "จอมพล ผิน ชุณหะวัณ". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 August 2016. Dicapai pada 27 July 2016.
  16. ^ Royal Gazette, Announcement from the Secretariat of the Cabinet pertaining to the awarding of military ranks, Volume 76, Chapter 28, Page 12, 28 February 2502 B.E.
  17. ^ Royal Gazette, Announcement from the Secretariat of the Cabinet pertaining to the awarding of military ranks, Volume 72, Chapter 20, Page 660, 15 March 2498 B.E.
  18. ^ Royal Gazette, Announcement from the Secretariat of the Cabinet pertaining to the awarding of military ranks, Volume 73, Chapter 26, Page 1, 27 March 2499 B.E.
  19. ^ Royal Thai Army. "จอมพล สฤษดิ์ ธนะรัชต์". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2002. Dicapai pada 27 July 2016.
  20. ^ Royal Gazette, Announcement from the Office of the Prime Minister pertaining to the awarding of military ranks, Volume 81, Chapter 3, Page 1, 11 January 2507 B.E.
  21. ^ Royal Thai Army. "จอมพล ถนอม กิตติขจร". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2012. Dicapai pada 27 July 2016.
  22. ^ Royal Gazette, Announcement from the Office of the Prime Minister pertaining to the awarding of military ranks, Volume 89, Chapter 150, Page 36, 6 October 2515 B.E.
  23. ^ พิมพ์เป็นธรรมบรรณาการในงานพระราชทานเพลิงศพ จอมพล เกรียงไกร อัตตะนันทน์ ณ เมรุหน้าพลับพลาอิศริยาภรณ์ วัดเทพศิรินทราวาส วันที่ 11 กันยายน 2516. โรงเรียนอักษรสัมพันธ์. 1973.
  24. ^ Royal Gazette, Announcement from the Office of the Prime Minister pertaining to the awarding of military ranks, Volume 90, Chapter 64, Page 1, 6 June 2516 B.E.
  25. ^ Royal Thai Army. "จอมพล ประภาส จารุเสถียร". www.rta.mi.th. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 August 2016. Dicapai pada 27 July 2016.
  26. ^ Royal Gazette, Announcement from the Office of the Prime Minister pertaining to the awarding of military ranks, Volume 109, Chapter 111, Page 1, 4 August 2535 B.E.

Templat:Military of Thailand