F-2 adalah pesawat tempur usahasama Jepun dan Amerika Syarikat yang dikeluarkan oleh Mitsubishi Heavy Industries (MHI) dan Lockheed Martin untuk Tentera Udara Pertahanan Diri Jepun, dengan agihan pecahan 60/40 dalam pembuatan di antara Japan dan Amerika Syarikat. General Electric (enjin), Kawasaki, Honeywell, Raytheon, NEC, dan Kokusai Electric adalah di antara rakan usahasama terbesar. Lockheed Martin membekalkan fuislaj buritan,bilah pinggir sayap, sistem pengurusan penyimpanan, sebahagian besar kotak sayap dan komponen-komponen lain.[2] Pemasangan terakhir dibuat di Jepun, oleh MHI di kemudahan Komaki-Selatan, Nagoya. Pengeluaran pesawat ini telah bermula pada tahun 1996 dan pesawat pertama memasuki perkhidmatan pada tahun 2000. Pada 2008, 76 buah pesawat pertama dijangka akan memasuki perkhidmatan, sejumlah 94 buah pesawat akan dibina di bawah kontrak ini.

F-2
Sebuah pesawat Mitsubishi F-2A
Peranan Tempur pelbagai peranan (MRCA)
Negara pengeluar Jepun, Amerika Syarikat
Pengeluar Mitsubishi Heavy Industries
Lockheed Martin
Penerbangan sulung 7 Oktober 1995
Diperkenalkan 2000
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Pertahanan Diri Jepun
Jumlah dibina 94[1]
Kos seunit AS$ 108 juta pada 2004
Dibangunkan dari F-16 Fighting Falcon

Pembangunan sunting

 
Pesawat pejuang F-2 semasa pameran udara di Pangkalan Chitose pada 2006

Kerja-kerja pembangunan pesawat ini bermula pada tahun 1980-an di bawah program FS-X, dan ia bermula dengan memeterai memorandom persefahaman (MoU) di antara kerajaan Jepun dan Amerika Syarikat. Ini akan melihat akan pembinaan pesawat baru berasaskan dari pesawat F-16 Fighting Falcon yang dikeluarkan oleh General Dynamics (selepas 1993, Lockheed Martin), lebih tepat lagi seperti cadangan F-16 Agile Falcon. Lockheed Martin dan Mitsubishi Heavy Industries secara bersama akan membangunkan dan mengeluarkan pesawat ini, yang mana merupakan sub-kontraktor utama kepada Mitsubishi, kebanyakkan kerja-kerja pembangunan awal dilakukan oleh General Dynamics, yang telah menjual bahagian pesawatnya kepada LM pada tahun 1993. Secara dasarnya, program ini akan melaksanakan cadangan untuk F-16 Agile Falcon - pada hujung 1980-an rancangan untuk membesarkan saiz pesawat F-16 telah ditolak di Amerika Syarikat sebagai laluan untuk pembangunan program pesawat pejuang baru iaitu F-35 JSF. Pesawat F-2 menggunakan reka bentuk sayap untuk pesawat F-16 Agile Falcon, dengan kebanyakkan sistem avioniknya telah ditingkatkan ke piawai tahun 1990-an. Konsep keseluruhan pesawat F-16 Agile Falcon oleh General Dynamics bertujuan untuk melawan ancaman bersama daripada pesawat Su-27/MiG-29.

Pada Oktober 1987, Jepun telah memilih pesawat F-16 sebagai asas untuk pesawat pejuang generasi keduanya, untuk menggantikan pesawat Mitsubishi F-1 yang telah uzur dan sebagai pelengkap kepada pesawat pejuang penguasaan udaranya, iaitu F-15J dan F-4EJ. Pada masa yang sama, juga pada tahun 1980-an, General Dynamics (pengeluar pesawat F-16) telah mencadangkan pesawat F-16 Agile Falcon kepada Tentera Udara Amerika Syarikat. Apabila Amerika Syarikat menolak konsep reka bentuk pesawat ini sebagai memberi laluan kepada pembangunan pesawat baru F-35 JSF dan tingkat upaya angkatan pesawat sedia ada, pesawat F-16 Agile Falcon telah mendapat tempat di Jepun.

Program F-2 telah menjadi kontroversi disebabkan kos seunitnya, termasuk kos pembangunan secara kasarnya 4 kali ganda lebih tinggi daripada kos perolehan pesawat F-16 Falcon Blok 50/52, yang mana tidak termasuk kos untuk pembangunan. Mengambil kira kos pembangunan telah memberi kesan kepada kenaikan kos seunit (perkara ini terjadi dalam kebanyakan pesawat tentera moden), walaupun pada tahap rancangan perolehan, harga seunit pesawat adalah agak tinggi. Rancangan awalnya adalah untuk perolehan sebanyak 141 buah pesawat F-2 mungkin akan dikurangkan. Sehingga tahun 2008, 94 buah pesawat akan diperoleh. Kontroversi lain adalah jumlah yang perlu dibayar kepada pihak Amerika Syarikat untuk pelbagai yuran pendaftaran, walaupun menggunakan teknologi yang sedia ada yang mana adalah lebih murah daripada membangunkan pesawat baru secara keseluruhan.

Jepun akhirnya memutuskan untuk memperoleh sehingga 94 buah pesawat, pada harga kira-kira AS$ 110 juta sebuah (pada 2004). Ironiknya, kos seunit ini sebenarnya adalah untuk pesawat F-16 yang dipertingkatkan dan ia hanya kurang AS$ 20 juta daripada kos untuk sebuah pesawat tercanggih masa kini iaitu pesawat F-22 Raptor. Kebanyakan teknologi pesawat F-16 yang digunakan untuk pesawat F-2 telah menjadi tajuk perdebatan politik di Amerika Syarikat dan Jepun pada awal 1990-an. Pemindahan teknologi bagaimanapun telah diluluskan dan projek ini dilaksanakan.

Pesawat F-2 telah membuat penerbangan sulong pada 7 Oktober, 1995. Pada tahun yang sama selepas itu, kerajaan Jepun telah meluluskan perolehan sebanyak 141 buah pesawat (tetapi kemudian dikurangkan kepada 130), yang akan memasuki perkhidmatan pada 1999; masalah struktur menyebabkan tarikh perkhidmatan ditunda sehingga 2000.

Disebabkan isu kecekapan kos, perolehan pesawat dikurangkan kepada 98 buah pada 2004.

Reka bentuk sunting

Beberapa perbezaan di antara Mitsubishi F-2 daripada F-16A:

  • Luas sayap 25% lebih besar.
  • Penggunaan bahan komposit untuk mengurangkan berat dan kesan radar.
  • Muncung yang lebih panjang dan lebar untuk menempatkan radar jujukan berbilang.
  • Satah ekor yang lebih besar.
  • Ruang kemasukkan udara yang lebih besar.
  • Kanopi kokpit 3 bahagian.
  • Keupayaan untuk membawa 3 peluru berpandu anti kapal ASM-1 atau ASM-2, 4 peluru berpandu udara ke udara dan tangki bahan api tambahan.

Pesawat F-2 juga dilengkapi dengan payung brek, seperti pada pesawat F-16 versi NATO.

Kelainan sunting

 
Pesawat tempur F-2 Tentera Udara Pertahanan Diri Jepun
  • XF-2A : Prototaip satu tempat duduk.
  • XF-2B : Prototaip 2 tempat duduk.
  • F-2A : Pesawat pejuang satu tempat duduk.
  • F-2B : Pesawat latihan 2 tempat duduk.

Kemalangan sunting

Pada 31 Oktober 2007, pesawat F-2B telah terhempas dan terbakar semasa berlepas di lapangan terbang Nagoya, tengah Jepun. Pesawat ini dipandu untuk melakukan penerbangan ujian sebelum diserahkan kepada tentera udara Jepun. Kedua-dua juruterbang terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.[3]

Pengguna sunting

  Jepun

Spesifikasi (F-2A) sunting

 

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 15.52 m (50 kaki 11 in)
  • Rentang sayap: 11.13 m (36 kaki 6 in)
  • Tinggi: 4.69 m (15 kaki 5 in)
  • Sayap luas: 34.84 m² (375 kaki²)
  • Berat kosong: 9,527 kg (21,000 lb)
  • Berat berisi: 15,000 kg (33,000 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 22,100 kg (48,700 lb)
  • Loji kuasa:General Electric F110-GE-129 turbofan, 76 kN tujahan tentera, 131 kN dengan pembakar lepas (17,000 lbf tujahan tentera 29,500 lbf dengan pembakar lepas)

Prestasi

Persenjataan

Avionik

  • Sistem radar Mitsubishi Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA).
  • Lihat juga sunting

    Pesawat lain dalam proses pembangunan

    Pesawat setanding

    Rujukan sunting

    1. ^ "Lockheed Martin Gets $250M F-2 Contract". 2008. Dicapai pada 2008-04-09.
    2. ^ Laporan akhbar Lockheed Martin pada 8 April, 2008
    3. ^ https://archive.is/20120728132654/search.japantimes.co.jp/cgi-bin/nn20071101a2.html Japan Times

    Pautan luar sunting