Perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle

Perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle telah diadakan pada 19 Mei 2018 di Istana kota Windsor, United Kingdom. Pengantin lelaki, Putera Harry, ialah ahli kerabat diraja British; pengantin perempuan, Meghan Markle, ialah bekas pelakos Amerika.[note 1] Pada pagi perkahwinan, paduka nenda Putera Harry, Ratu Elizabeth II, mengurniakan gelaran Duke Sussex, Earl Dumbarton dan Baron Kilkeel. Di perkahwinan Markle, Markle dikenali sebagai Her Royal Highness The Duchess of Sussex (Yang Teramat Mulia Duchess Sussex).[2] The Ketua Biskop Canterbury, Justin Welby, menjalankan istiadat perkahwinan menggunakan sembahyang gereja England piawai untuk Perkahwinan Suci diterbit dalam Common Worship, teks liturgi Kristian Gereja England.[3]

Perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle
Tarikh19 Mei 2018 (2018-05-19)
Tempat
LokasiWindsor, Berkshire, United Kingdom
Hadirin

Pengumuman pertunangan sunting

Putera Harry dan Meghan Markle

Putera Henry dari Wales, yang dikenali sebagai Putera Harry,[4][nota 1] paduka putera kedua kepada Charles, Putera Wales dan Diana, Puteri Wales, dan orang kelima dalam susur galur pewarisan takhta British,[nota 2][5] dan Meghan Markle, seorang pelakon wanita Amerika Syarikat yang paling terkenal dengan wataknya dalam Suits, telah berada dalam hubungan sejak bulan Jun 2016. Hubungan itu mula-mula diakui pada 8 November 2016, ketika satu kenyataan rasmi dikeluarkan dari setiausaha komunikasi kerabat diraja yang menangani "gelombang penyalahgunaan dan gangguan" yang diarahkan kepada Markle.[6]

Pada 27 November 2017, Kerabat Clarence mengumumkan bahawa Putera Harry akan berkahwin dengan Meghan Markle pada musim bunga tahun 2018.[7] Mereka bertunang lebih awal pada bulan yang sama di London, dengan Putera memberikan Markle sebuah cincin pertunangan yang dibuat oleh Cleave and Company, yang terdiri daripada berlian tengah besar dari Botswana, dengan dua berlian kecil dari koleksi barang kemas mendiang bondanya.[8] Pada masa yang sama, diumumkan bahawa mereka akan bersemayam di Nottingham Cottage di perkarangan Istana Kensington berikutan perkahwinan mereka.[9]

Putera Wales, dan Ratu dan Duke Edinburgh menzahirkan perasaan suka cita baginda dalam berita tersebut, sementara sembah takzim tahniah datang dari pelbagai pemimpin politik, termasuk Perdana Menteri Britain, Theresa May, dan Pemimpin Pembangkang, Jeremy Corbyn. Selepas pengumuman tersebut, pasangan itu memberikan satu wawancara eksklusif kepada Mishal Husain dari BBC News.[9]

Markle akan menjadi rakyat Amerika kedua[nota 3] dan orang pertama dengan warisan berbilang kaum untuk berkahwin dengan kerabat diraja British.[10] Pengumuman pertunangan mendorong banyak komen mengenai kemungkinan kepentingan sosial Meghan Markle menjadi bangsawan dengan bangsa bercampur-campur.[11][12][13][14][15]

Walaupun Markle telah belajar di sebuah sekolah Katolik pada awal tahun, beliau tidak dikenal pasti sebagai Roman Katolik[16] dan akan dibaptiskan dan disahkan ke Gereja England sebelum perkahwinan. Gereja tidak lagi menolak perkahwinan dengan orang yang bercerai dengan pasangan hidup.[17][18] Selepas pertunangan itu, Markle memulakan proses selama bertahun-tahun untuk menjadi warganegara British.[19] Menurut beberapa sumber, beliau juga akan mengekalkan kewarganegaraan Amerika Syarikat beliau[20][21] tetapi Istana Kensington menyatakan pada akhir bulan November 2017 bahawa keputusan itu belum dibuat.[19] Pasangan itu telah dijemput untuk merayakan Krismas 2017 dengan kerabat diraja di estet Sandringham Ratu.[22]

Perkahwinan sunting

 
Gereja St George, Windsor

Berikutan pengumuman pertunangan, ia kemudian diumumkan bahawa perkahwinan akan mengambil tempat pada bulan Mei 2018 di Gereja St George, Windsor.[23] Tempat itu sebelum ini menjadi tapak untuk majlis perkahwinan ayahanda saudara Putera Harry, Earl Wessex, dan sepupunya, Peter Phillips, serta berkat untuk perkahwinan Putera Wales dan Camilla, paduka bonda tiri Harry.

Pakar menjangkakan perkahwinan itu akan menelan kos kira-kira setengah juta paun;[24] kerabat diraja telah mengumumkan bahawa mereka akan membayar untuk perkahwinan.[25]

Kerajaan British telah menyatakan hari perkahwinan itu tidak dirancang untuk menjadi cuti bank, seperti yang dilakukan untuk perkahwinan Putera William dan Catherine Middleton.[26]

Istana Kensington kemudiannya mengumumkan bahawa perkahwinan itu akan diadakan pada hari Sabtu 19 Mei 2018, tarikh yang sama dengan Pentas Akhir Piala FA, yang mana paduka kakanda Putera Harry akan berangkat hadir dalam peranannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak.[27]

Selepas perkahwinan, mereka akan tinggal bersama di Nottingham Cottage di London, di bawah Istana Kensington.[28]

Gelaran sunting

Mengikut adat istiadat, putera diraja telah dikurniakan gelaran bangsawan sebelum perkahwinan mereka; Ini berlaku dengan kedua-dua ayahanda saudara Putera Harry, Duke York dengan Earl Wessex, termasuk juga kakandanya, Duke Cambridge.[29] Berjam-jam sebelum perkahwinan ini, Putera Harry telah dikurniakan gelaran Duke Sussex, Earl Dumbarton, dan Baron Kilkeel, dan dengan Markle memegang gelaran, Yang Teramat Mulia Duchess Sussex ("Her Royal Highness The Duchess of Sussex") apabila berkahwin.[2]

Nota kaki sunting

  1. ^ Harry ialah nama panggilan tradisional untuk Henry.
  2. ^ Catherine, Duchess Cambridge sedang hamil. Jika Catherine meluaran anakanda sebelum perkahwinan, Putera Harry akan menjadi keenam dalam takhta British pada masa upacara.
  3. ^ Wallis Simpson berkahwin dengan Edward VIII pada 1937, selepas pelepasan beliau, menjadi Duchess Windsor.

Rujukan sunting

  1. ^ "Prince Harry and Meghan Markle's wedding reception venue revealed" [Tempat majlis perkahwinan Putera Harry dengan Meghan Markle didedahkan]. Hello! (dalam bahasa Inggeris). 22 Mac 2018. Dicapai pada 11 April 2018.
  2. ^ a b "Prince Harry and Ms. Meghan Markle: Announcement of Titles". The Royal Family. Dicapai pada 19 May 2018.
  3. ^ Ruffini, Karen (2018). "Who's Officiating The Royal Wedding? Justin Welby Is The Archbishop Of Canterbury" [Siapa Menjalankan Istiadat Perkahwinan Diraja? Justin Welby Ialah Ketua Biskop Canterbury] (dalam bahasa Inggeris). Elite Daily. Dicapai pada 19 Mei 2018.
  4. ^ "Prince Harry". The Royal Household. Dicapai pada 28 November 2017.
  5. ^ "Succession". Official website of the British Monarchy. Retrieved 7 May 2016.
  6. ^ Vallance, Adam (8 November 2016). "A Statement by the Communications Secretary to Prince Harry". The Royal Family. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2017. Dicapai pada 26 September 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ The Prince of Wales is delighted to announce the engagement of Prince Harry to Ms. Meghan Markle. pic.twitter.com/zdaHR4mcY6 Clarence House. 27 November 2017. Diakses pada 4 Disember 2017.
  8. ^ "Prince Harry and Meghan Markle engaged: Royal knew fiancee was 'the one' from 'very first time we met'". The Daily Telegraph. 27 November 2017. Dicapai pada 4 Disember 2017.
  9. ^ a b Siddique, Haroon; Watt, Holly; Booth, Robert (27 November 2017). "Prince Harry to marry Meghan Markle". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2017. Dicapai pada 27 November 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ "Palace: Prince Harry and Meghan Markle announce engagement". USA Today. 27 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2017. Dicapai pada 27 November 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ Markle, Meghan (Ogos 17, 2015). "I'm More Than An 'Other'". Elle UK. Diarkibkan daripada yang asal pada November 4, 2016. Dicapai pada November 4, 2016. Bapa saya ialah orang Kaukasia dan ibu saya ialah orang Amerika Afrika ... Saya telah datang untuk memeluk [ini dan] berkata siapa saya, untuk berkongsi di mana saya berasal, untuk menyuarakan kebanggaan saya sebagai wanita yang kuat, yakin, berbilang kaum. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ DeNeen L. Brown (27 November 2017). "Britain's black queen: Will Meghan Markle really be the first mixed-race royal?". The Washington Post. Dicapai pada 28 November 2017.
  13. ^ Gregory Katz, Associated Press (27 November 2017). "Britain not fazed by mixed-race fiancee for Prince Harry". ABC News. Dicapai pada 28 November 2017.
  14. ^ James Rodger (27 November 2017). "Mixed-race Meghan Markle tells of family encounters with racism". Birmingham Mail. Dicapai pada 28 November 2017.
  15. ^ Elaine Musiwa (28 November 2017). "The Problem With Calling Meghan Markle the 'First Black Princess'". Vogue. Dicapai pada 28 November 2017.
  16. ^ Kingsley, Patrick (28 November 2017). "Royal Engagement Seen as Symbol of Change, With Asterisks" – melalui NYTimes.com.
  17. ^ http://www.bbc.co.uk/religion/religions/christianity/ritesrituals/divorce_1.shtml#h2
  18. ^ "From Wallis Simpson to Meghan Markle: How the Royals Came to Accept a Divorced Fiancée".
  19. ^ a b "Is Meghan Markle Jewish? Actress is getting baptized to marry Prince Harry". 28 November 2017.
  20. ^ la-et-entertainment-news-updates-royal-wedding-location-set-meghan-1511889791-htmlstory
  21. ^ "Prince Harry, Meghan Markle wedding date set for May 19".
  22. ^ Editorial, Reuters. "Britain's Prince Harry and Meghan Markle to marry on May 19".
  23. ^ Palace, Kensington (28 November 2017). "The marriage of Prince Harry and Ms. Meghan Markle will take place at St. George's Chapel, Windsor Castle in May 2018.pic.twitter.com/lJdtWnbdpB". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  24. ^ Ivana Kottasová. "How much does a royal wedding cost?". CNN. Dicapai pada 29 November 2017.
  25. ^ Adam Whitty. "Prince Harry and Meghan Markle to wed at Windsor Castle in May". BBC. Dicapai pada 29 November 2017. Kerabat Diraja akan membayar untuk perkahwinan, termasuk perkhidmatan, lagu, bunga dan resepsi
  26. ^ "Prince Harry and Meghan: No wedding bank holiday planned". BBC. Dicapai pada 29 November 2017.
  27. ^ "Harry and Meghan to marry on 19 May 2018". BBC. Dicapai pada 15 Disember 2017.
  28. ^ "Prince Harry and Meghan Markle Want a Religious Wedding, Archbishop of Canterbury Says". 15 Disember 2017.
  29. ^ "Essential Guide to the Peerage – Dukes". Debrett's. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2017. Dicapai pada 4 Disember 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "note" ada tetapi tag <references group="note"/> yang sepadan tidak disertakan