Peroksida merujuk kepada kelompok sebatian yang memiliki ikatan tunggal antara dua atom oksigen dan boleh muncul dalam sebatian organik serta tak organik. Kumpulan O-O dalam sesebuah peroksida boleh dipanggil sebagai kumpulan peroksida atau kumpulan perokso. Peroksida juga boleh merujuk kepada sebatian hidrogen peroksida, sebatian peroksida yang paling umum.

Struktur molekul hidrogen peroksida, H2O2, sejenis peroksida.

Jenis peroksida sunting

Dalam kimia organik sunting

Dalam kimia organik, peroksida merujuk kepada struktur R-O-O-R', di mana R dan R' merupakan sebarang kumpulan organik.[1] Sekiranya salah satu daripada R diambil alih oleh atom hidrogen, maka sebatian hidroperoksida terhasil dengan struktur R-O-O-H.

Dalam kimia tak organik sunting

Ion peroksida dalam kimia tak organik merujuk kepada anion O22− yang juga mempunyai ikatan tunggal antara atom-atom oksigen.[1] Atom-atom oksigen dalam ion peroksida memiliki tahap pengoksidaan +1, tidak seperti ion oksida.

Rujukan sunting