Piala Perisai Komuniti FA

Pertandingan bola sepak persatuan di England, UK

Piala Perisai Komuniti FA (dahulunya Perisai amal) adalah pertandingan tahunan bola sepak Inggeris yang dipertandingkan di Stadium Wembley antara juara musim Liga Perdana Inggeris menentang juara Piala FA Inggeris. Sekiranya juara Liga Perdana Inggeris juga memenangi Piala FA Inggeris, maka naib juara Liga Perdana Inggeris akan memberi tentangan. Perlawanan tersebut diiktiraf sebagai piala super kompetitif oleh Persatuan Bola Sepak England[1][2][3] dan badan UEFA.[4][5][6]

Piala Perisai Komuniti FA
Badan penganjuranPersatuan Bola Sepak England
Ditubuhkan1908; 116 tahun yang lalu (1908)
KawasanEngland
Jumlah pasukan2
Juara semasaManchester City (Gelaran keenam)
Kelab paling berjayaManchester United (Gelaran kedua puluh satu)
Penyiar televisyenBT Sport
BBC (Sorotan sahaja)
Penyiar Piala FA
Laman sesawangFA Community Shield
Piala Perisai Komuniti FA 2020

Dianjurkan oleh FA, hasil dari permainan diedarkan kepada inisiatif masyarakat dan badan amal di seluruh negara. Hasil daripada resit pintu dan jualan program perlawanan diedarkan kepada 124 kelab-kelab yang bertanding dalam Piala FA dari pusingan pertama dan seterusnya, untuk pengagihan seterusnya kepada badan amal dan projek pilihan mereka, manakala selebihnya diagihkan kepada rakan kongsi amal kebangsaan FA. Perlawanan pertama kali dimainkan pada musim 1908-09, menggantikan Sherif London Perisai Amal.

Pemegang Juara semasa adalah Manchester City, yang mengalahkan Liverpool 5-4 menerusi penalti setelah seri 1-1 dalam perlawanan pada tahun 2019.

Rujukan sunting

  1. ^ "New penalty shoot-out system to be used at Wembley for Chelsea v Arsenal clash". Talksport. 3 Ogos 2017.
  2. ^ "Leicester City 1-2 Manchester United". TheFA.com. The Football Association.
  3. ^ http://www.thefa.com/news/2019/jul/11/martin-atkinson-to-referee-community-shield-110719
  4. ^ https://www.uefa.com/uefachampionsleague/news/newsid=2392132.html
  5. ^ https://www.uefa.com/uefasupercup/match/2025638--liverpool-vs-chelsea/prematch/preview/
  6. ^ https://www.uefa.com/uefachampionsleague/news/newsid=2546638.html