Tanganyika (تاڠاڽيقا) dan kemudian secara rasmi dikenali sebagai Republik Tanganyika merupakan sebuah negara berdaulat dari tahun 1961 hingga 1964. Ia terletak di antara Lautan Hindi dan Tasik-Tasik Besar Afrika iaitu Tasik Victoria, Tasik Malawi dan Tasik Tanganyika. Ia mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom sebagai sebahagian daripada Komanwel pada 9 Disember 1961 dan menjadi sebuah republik dalam Negara-Negara Komanwel setahun kemudian pada 9 Disember 1962. Pada 26 April 1964, Tanganyika bergabung dengan kepulauan Zanzibar untuk membentuk Republik Tanganyika dan Zanzibar Bersatu. Negara bersatu kemudiannya menukar namanya kepada Republik Bersatu Tanzania dalam masa kurang setahun.

Tanganyika (تاڠاڽيقا)
Republik Tanganyika (ريڤوبليق تاڠاڽيقا) (dari 1962)
1961–1964
Bendera Tanganyika
Bendera Republik Tanganyika
Lagu kebangsaanMungu ibariki Afrika
StatusAlam Komanwel, republik (dari 1962)
Ibu negaraDar es Salaam
Bahasa yang umum digunakanSwahili
Inggeris
KerajaanMonarki berperlembagaan (1961-1962), Republik (1962-1964)
• 1961-1962
Elizabeth II
• 1962-1964
Julius Nyerere
• 1961-1962
Richard Gordon Turnbull
Sejarah 
• Kemerdekaan
9 Disember 1961
• Penggabungan dengan Zanzibar
26 April 1964
Mata wangShilling Afrika Timur
Didahului oleh
Diganti oleh
Wilayah Tanganyika
Tanzania