Turus Am Republik Turki

Turus Am Republik Turki (Bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti Genelkurmay Başkanlığı, singkatan: T.C. Gnkur. Bşk.lığı) mempengerusikan Angkatan Tentera Republik Turki, yang terdiri daripada Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara dan Pasukan Khas. Markas utama Gendarmerie dan Pengawal Pantai, yang beroperasi sebagai sebahagian daripada pasukan keselamatan dalam negeri pada masa aman, berada dibawah pemerintahan Markas Tentera Darat dan Tentera Laut pada masa perang, dan kedua-duanya adalah penguatkuasa undang-undang dengan fungsi ketenteraan.

Bendera Ketua Turus Am Republik Turki

Ketua Turus Am sunting

 
Pintu gerbang markas Turus Am di Ankara

Ketua Turus Am adalah Panglima Angkatan Tentera. Ketua Turus Am terkini ialah Jeneral Hulusi Akar.[1] Menurut Perlembagaan Turki, Ketua Turus Am melapor kepada Perdana Menteri pada masa aman dan berkhidmat sebagai Panglima Angkatan Tentera Turki. Dalam masa aman, Gendarmerie dan Pengawal Pantai, sebagai sebahagian daripada pasukan keselamatan dalam negeri, yang bergabung dengan Kementerian Dalam Negeri pada masa aman, namun pada masa perang, mereka terletak dibawah penguasaan Markas Tentera Darat dan Markas Tentera Laut.

Dalam masa perang, Ketua Turus Am mengambil kuasa Panglima Tertinggi bagi pihak Parlimen, yang diwakili oleh Presiden. Memerintah Angkatan Tentera dan mendirikan polisi dan program yang berkaitan dengan persiapan anggota untuk berperang, risikan, operasi, organisasi, latihan dan perkhidmatan logistik adalah tanggungjawab Turus Am. Tambahan lagi, Turus Am menyelaras hubungan ketenteraan Angkatan Tentera Turki bersama rakan sejawatannya didalam negara keanggotaan NATO dan negara sahabat yang lain.

Ketua Turus Am memegang kedudukan kelima tertinggi, dibelakang Presiden Republik, Presiden Mahkamah Persekutuan, Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan dan Perdana Menteri, mengikut protokol Republik Turki.

Sudah menjadi adat bagi Ketua Turus Am untuk memegang jawatan Panglima Tentera Darat Pertama Turki dan Panglima Tentera Darat Turki sebelum pelantikan mereka.

Organisasi pertahanan sunting

Hierarki, perwakilan dan pekerjaan Angkatan Tentera Turki didalam organisasi negara ini telah dikawal selia oleh Perlembagaan Turki.

Menurut perlembagaan, jawatan 'Pemerintah Tertinggi' diwakili dalam entiti rohaniah Perhimpunan Agung Kebangsaan. Ketua Turus Am dilantik oleh Presiden sebagai Panglima Angkatan Tentera. Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Perhimpunan Agung Kebangsaan bagi keselamatan nasional dan persiapan Angkatan Tentera Turki untuk mempertahankan negara. Walaubagaimanapun, kuasa untuk mengisytihar perang dan menghantar Angkatan Tentera Turki ke negara-negara luar atau membenarkan angkatan tentera asing ditempatkan di Turki memerlukan undi kelulusan daripada Parlimen Turki.

Ketua Turus Am bertanggungjawab kepada Perdana Menteri Turki dan diamanahkan dengan memerintah keseluruhan Angkatan Tentera. Beliau juga bertanggungjawab menjalankan operasi ketenteraan secara efektif, dan kesediaan operasi Angkatan Tentera.

Ketiga-tiga panglima perkhidmatan (Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara) melapor terus kepada Ketua Turus Am. Turus Am dan Kementerian Pertahanan bekerjasama dengan erat untuk memenuhi tanggungjawab masing-masing.

Organisasi Pertahanan Nasional Turki

 
 
 
 
 
 
 
Presiden Turki
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ketua Turus Am
 
 
 
 
Menteri Pertahanan Negara
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Panglima Tentera Darat
 
Panglima Tentera Laut
 
Panglima Tentera Udara
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Komandan Jeneral Gendarmerie
 
Komandan Pengawal Pantai

Pasukan Khas sunting

Markas Pasukan Khas (Turki: Özel Kuvvetler Komutanlığı), digelar Beret Merun (Turki: Bordo Bereliler) kerana topi seragam mereka yang tersendiri, adalah unit operasi khas Angkatan Tentera Turki. Markas Pasukan Khas tidak bersepakat dengan mana-mana pasukan pemerintahan dalam TSK, mendapat arahan terus daripada Turus Am Republik Turki.[2] Pelopornya ialah Jabatan Peperangan Khas (Turki: Özel Harp Dairesi). Beret Merun itu juga bekerjasama dengan Pasukan Selam Pertahanan (SAS) dan Pasukan Selam Gempur (SAT).

Jabatan Perisikan sunting

Senarai Ketua-Ketua Turus Am sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting