Tentera Laut Turki

Angkatan Laut Turki (Turki: Türk Deniz Kuvvetleri), atau Tentera Laut Turki (Turki: Türk Donanması) adalah cabang perkhidmatan peperangan laut bagi Angkatan Tentera Turki.

Angkatan Laut Turki
Türk Deniz Kuvvetleri
Jata Tentera Laut Turki
Aktif1081 – kini[1]
Negara Turki
JenisTentera laut
PerananPeperangan laut
Saiz48,600 anggota[2]
51 pesawat [3]
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Turki
MarkasAnkara
Moto"Always Ready"
WarnaBiru, Putih & Emas             
KawatTurkish Navy March Fail audio "Turkish Navy March, December 2013.ogg" tidak ditemui
Peringatan27 September[1]
Laman webdzkk.tsk.tr/
Komander
Panglima Tentera LautLaksamana Adnan Özbal
Ketua StafLaksamana Madya Cihat Yaycı
Tanda kebesaran
Bendera Markas
Angkatan Laut
Turki
Roundel Pasukan Udara Tentera Laut
Masthead Pennant

Asal-usul tentera laut ini bermula dengan armada pertama Turki yang berlayar merentasi Laut Aegia pada hujung abad ke-11, armada Anatolia beylik pada abad ke-14, dan, lebih hampir lagi, dengan Tentera Laut Empayar Uthmaniyah. Walau bagaimanapun, tradisi tentera laut moden dan adat Tentera Laut Turki boleh dikesan kembali pada 10 Julai 1920, apabila ia ditubuhkan sebagai Direktorat Hal Ehwal Tentera Laut semasa Perang Kemerdekaan Turki yang dipimpin oleh Mustafa Kemal Atatürk. Semenjak Julai 1949, perkhidmatan ini secara rasminya dikenali sebagai Angkatan Laut Turki.

Pada tahun 2008, Tentera Laut Turki dilaporkan mempunyai kekuatan berjumlah 48,600 anggota aktif; jumlah ini termasuk Briged Marin Amfibia serta beberapa Pasukan Khas dan detasmen Komando.[2] Sehingga awal tahun 2015, tentera laut ini mengendalikan pelbagai jenis kapal dan 51 buah pesawat maritim.

Peralatan sunting

Pesawat sunting

Tentera Laut Turki memiliki 51 buah pesawat termasuk 14 buah pesawat kepak kaku dan 37 buah helikopter.

 
Sebuah Sikorsky S-70B-28 Seahawk dari Tentera Laut Turki.
 
Sebuah Agusta-Bell AB-212 ASW.
Pesawat Asal Jenis Versi Kuantiti[3] Nota
Pesawat kepak kaku
ATR 72 MPA   Itali Peronda maritim (ASW/ASuW)
Pesawat angkut
72-600 TMPA
72-600 TMUA

2[5][6]
8 buah sedang dinaik taraf oleh Turkish Aerospace Industries[7][8][9]
CASA CN-235   Sepanyol Rondaan maritim (ASW/ASuW)
Pesawat pengangkut

4[6]
1[6]
Sistem elektronik dinaik taraf oleh Thales[10][11]
Keluarga SOCATA TB   Perancis Pesawat latihan TB-20 7[6]
Helikopter
Sikorsky S-70B-28 Seahawk   Amerika Syarikat Helikopter maritim (ASW/ASuW) S-70B-28 25[6] 6 buah dalam pesanan[6]
Agusta-Bell AB-212 ASW   Itali Helikopter maritim (ASW) 12[6]

Lihat juga sunting

Rujukan dan nota sunting

  1. ^ a b History of Turkish Naval Forces Diarkibkan 2014-10-06 di Wayback Machine (Official Turkish Naval Forces website)
  2. ^ a b Library of Congress - Federal Research Division (August 2008), Country Profile: Turkey (PDF), m/s. 25–26
  3. ^ a b "World Air Forces 2013". Flightglobal.com
  4. ^ "Türk Silahlı Kuvvetlerinin Barışı Destekleme Harekâtlarına Katkıları". tsk.tr. Dicapai pada 18 June 2014.
  5. ^ Reed Business Information Limited. "Turkish navy receives first utility-roled ATR 72-600". Dicapai pada 14 December 2014.
  6. ^ a b c d e f g "World Air Forces 2013" (PDF). Flight Global. Flight Global.
  7. ^ Turkish Aerospace Industries, Inc. "MELTEM III (ATR-72)". Turkish Aerospace Industries, Inc. Dicapai pada 14 December 2014.
  8. ^ "Alenia Aermacchi Delivers First ATR72-600 TMUA to Turkish Navy". July 24, 2013.
  9. ^ "Raytheon to provide torpedo integration for Turkish Navy ATR-72-600ASW maritime patrol aircraft". July 17, 2014.
  10. ^ Turkish Aerospace Industries, Inc. "MELTEM II (CN-235)". Turkish Aerospace Industries, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 14 December 2014.
  11. ^ "Thales finalises delivery of MELTEM II CASA CN-235 maritime patrol aircraft to Turkey". April 28, 2014.

Pautan luar sunting