United Technologies

United Technologies Corporation (UTC) ialah konglomerat multinasional Amerika yang beribu pejabat di Farmington, Connecticut. Ia meneliti, membangun, dan mengeluarkan produk di pelbagai tempat, termasuk enjin pesawat, sistem aeroangkasa, HVAC, lif dan eskalator, api dan keselamatan, sistem bangunan, dan produk perindustrian. UTC juga merupakan kontraktor ketenteraan yang besar, mendapat kira-kira 10% hasilnya daripada kerajaan A.S..[4][5] Gregory J. Hayes merupakan CEO dan pengerusi.[6]

United Technologies Corporation
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiNYSE: UTX
Kumpulan DJIA
Komponen S&P 100
Komponen S&P 500
ISINUS75513E1010 Sunting ini di Wikidata
IndustriKonglomerat
PendahuluUnited Aircraft Corporation
Ditubuhkan1934; 90 tahun yang lalu (1934)
PengasasFrederick Rentschler
Dibubarkan3 April 2020 Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatFarmington, Connecticut, Amerika Syarikat[1]
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingGregory J. Hayes
(Presiden, Pengerusi dan CEO)[2]
Hasil US$59.837 bilion (2017)[3]
Pendapatan kendalian US$8.672 bilion (2017)[3]
Pendapatan bersih US$4.552 bilion (2017)[3]
Jumlah aset US$96.920 bilion (2017)[3]
Jumlah ekuiti US$29.610 bilion (2017)[3]
Bilangan kakitangan202,797 (2017)[3]
Anak syarikatCarrier Corporation, Pratt & Whitney, Collins Aerospace, Sicli Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.utc.com
Twitter: UTC Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Pra-1970an sunting

1970an dan 1980an sunting

Pada tahun 1974, Harry Gray yang sebelumnya bekerja di Litton Industries, meninggalkan syarikat itu dan menyertai United Aircraft sebagai CEO.[7] Beliau juga menunjukkan cita-cita untuk mempelbagaikan perniagaan United Aircraft dengan menukar nama syarikatnya kepada United Technologies Corporation (UTC) pada tahun 1975.[8] Kepelbagaian ini bertujuan untuk mengurangkan pergantungan pesawat United Aircraft pada pesanan yang hanya datang dari tentera.[7] UTC menjadi sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada pengambilalihan dan menggabungkan usaha untuk mengembangkan perniagaannya.[7] Pada tahun 1976, UTC juga memperoleh Otis Elevator.[9] Pada tahun 1979, Carrier Refrigeration dan Mostek diperoleh oleh UTC.[10]

Mostek lalu dijual ke Thomson pada tahun 1985.

1990an sunting

UTC memperoleh Sundstrand Corporation pada tahun 1999, dan menggabungkannya dengan Hamilton Standard miliknya, bagi membentuk Hamilton Sundstrand.

2000an sunting

Pada tahun 2003, UTC membeli Chubb Security, yang juga menandakan kemasukan UTC ke dalam bidang keselamatan bangunan.

Pada tahun 2004, UTC memperoleh Schweizer Aircraft Corporation, yang dirancang akan tetap berdiri sendiri[11] dibawah kendali Sikorsky Aircraft miliknya.

Pada tahun 2005, UTC membeli Kidde, untuk mengukuhkan perniagaan keselamatan bangunannya. Pada tahun yang sama, UTC juga memperoleh Boeing's Rocketdyne, untuk digabungkan dengan Pratt & Whitney miliknya.

Pada bulan Mac 2008, UTC membuat tawaran sebanyak $ 2.63 bilion untuk membeli Diebold, pengeluar mesin perbankan.[12] Namun, Diebold menolaknya kerana dianggap kurang pantas.[13]

Pada bulan November 2008, Carrier Corporation milik UTC membeli NORESCO[14][15].

Pada bulan Disember 2009, diumumkan bahawa UTC akan memperoleh 49,5% saham di Clipper Windpower seharga $206 juta.[16][17][18][19]

2010an sunting

Pada bulan April 2010, UTC mengumumkan pelaburan € 15 juta untuk membina United Technologies Research Center Ireland di University College Cork, yang akan digunakan untuk menjalankan penyelidikan dalam sistem tenaga dan keselamatan.[20]

Pada bulan Oktober 2010, UTC bersetuju untuk memperoleh seluruh saham di Clipper.[21]

Pada bulan September 2011, UTC memberikan penawaran senilai $18,4 bilion kepada Goodrich Corporation.[22]

Pada bulan Jun 2012, UTC telah menjual bahagian ketenteraannya ke China.[23] Setelah melanggar peraturan dan membuat kenyataan palsu, UTC dan anak-anak syarikatnya didenda $ 75 juta.[24]

Pada bulan Julai 2012, UTC secara rasmi memperoleh Goodrich dan bergabung dengan Hamilton Sundstrand, untuk membentuk Sistem Aeroangkasa UTC.

Pada bulan Februari 2013, UTC Power telah dijual kepada ClearEdge Power.[25]

Pada bulan Oktober 2014, Toshiba dan UTC sepakat untuk memperluas kerjasamanya hingga ke luar Jepun.[26]

Pada bulan November 2015, Lockheed Martin menyelesaikan proses perolehan bernilai $9 bilion terhadap Sikorsky Aircraft milik UTC.[27]

Pada bulan Februari 2016, Carrier Air Conditioner milik UTC mengumumkan kepada pegawainya bahawa kilang mereka di Indianapolis, Amerika Syarikat akan dipindah ke Monterrey, Mexico.[28]

Rujukan sunting

  1. ^ "Locations". utc.com. Dicapai pada February 1, 2016.
  2. ^ "Louis Chenevert stepping down as CEO of United Technologies, being replaced by Gregory J. Hays". Market Business News. 24 November 2014. Dicapai pada 2014-11-24.
  3. ^ a b c d e f "United Technologies Annual Report 2017" (PDF). UTC. Dicapai pada 23 May 2018.
  4. ^ Ehrenfreund, Max (5 December 2016). "CEO: United Tech. considered federal contracts in decision to keep Indiana jobs in deal with Trump". The Washington Post. Dicapai pada 2 January 2016. I also know that about 10 percent of our revenue comes from the U.S. government," [United Technologies chief executive Greg Hayes] said.
  5. ^ "CorpWatch : United Technologies". Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 4, 2015. Dicapai pada Julai 3, 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ "UTC Names Gregory J. Hayes As President And Chief Executive Officer". CNN. November 24, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada November 29, 2014. Dicapai pada November 24, 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^ a b c Fernandez 1983.
  8. ^ Fernandez 1983, halaman 246
  9. ^ Fernandez 1983, halaman 246–251.
  10. ^ Fernandez 1983, halaman 260–264.
  11. ^ "Schweizer acquisition press release" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-04-10. Dicapai pada 2018-09-25.
  12. ^ "UTC's bid for Diebold". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-29. Dicapai pada 2018-09-25.
  13. ^ "Diebold rejects $2.63 billion buyout bid - Business - US business - msnbc.com". MSNBC. 2008-03-03. Dicapai pada 2012-02-16.
  14. ^ [1]
  15. ^ [2]
  16. ^ Clipper Windpower Gets GBP126.5 Million Investment From United Tech
  17. ^ "Clipper says UTC to buy 49.5 percent stake". Reuters. Dicapai pada July 3, 2015.
  18. ^ Terry Macalister. "United Technologies Corporation flies to the rescue of Clipper Windpower". the Guardian. Dicapai pada July 3, 2015.
  19. ^ UTC aims to take 49.5% of Clipper Windpower
  20. ^ [3][pautan mati]
  21. ^ UTC to acquire remaining interest in Clipper Windpower North American Windpower, October 18, 2010. Retrieved: October 23, 2010.
  22. ^ "United Technologies to acquire Goodrich in USD 18.4 bn deal". September 23, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-05. Dicapai pada 2018-09-25.
  23. ^ "United Technologies sent military copter tech to China". Reuters. June 28, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 2018-09-25.
  24. ^ Winter, Michael (June 28, 2012). "United Technologies sold China software for attack copter". USA Today.
  25. ^ Nirappil, Fenit (February 12, 2013). "ClearEdge Power finalizes acquisition of UTC Power". The Oregonian. Dicapai pada 24 February 2013.
  26. ^ "Toshiba and United Technologies ink deal to expand outside Japan" (Siaran akhbar). Reuters. 16 October 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 2018-09-25.
  27. ^ "Lockheed Martin Completes Acquisition of Sikorsky Aircraft · Lockheed Martin". lockheedmartin.com. Dicapai pada 2016-02-18.
  28. ^ Mann, Ted (13 February 2016). "Viral Video Over Plant Closure Gets Attention in GOP Debate". The Wall Street Journal. Dicapai pada 3 March 2016.

Pautan luar sunting